Setelah satu bulan tidak mempunyai khabar tentang pergerakan kongsi gelap terhadap kawasan - kawasan tertentu di wilayah distrik hitam setelah muncul pasukan khas Ak4 yang dipimpin oleh zarul dan pasukan khas yang dipimpin oleh kapten Khai.
Setelah berlalu satu bulan setelah kehadiran pasukan khas Ak4 dan pasukan khas, kongsi gelap dark of daekness telah menunjukkan taring mereka walaupun sudah ada pasukan khas Ak4 dan pasukan khas yang menjaga wilayah distrik hitam tersebut tetapi mereka kongsi gelap dark of dakness tidak menghiraukan mereka dan mereka telah membuat kekacauan dan kehancuran atas kegilaan dengan menghancurkan salah satu kuasa besar kongsi gelap iaitu kongsi gelap Shah , kongsi gelap Hasan dan kongsi gelap dark mengikut turutan. Pemerintah di ibu negara gembira tentang kehancuran tiga kongsi gelap yang merupakan kuasa besar dalam kongsi gelap tetapi lain cerita pula dengan komandan utama di ibu kota. Komando utama takut akan khabar tersebut di mana ia rasakan bahawa akan terjadi peristiwa 45 tahun yang lepas yang sekarang menjadi legenda di wilayah distrik hitam. Dengan kekuatan dan bilangan kongsi gelap dark of darkness tidak mustahil mereka mampu mengatasi dan mengalahkan pasukan khas dan pasukan khas Ak4. Kekhawatiran itu berlandaskan pengalaman di mana pasukan khas dan pasukan khas Ak4 masih mentah dan sembilan puluh lapan peratus masih mudah dan belum berpengalaman dan dua peratus adalah muka lama. Selain itu, dua peratus tersebut belum tentu bertarung kerana sudah berusia lebih enam puluh tahun kerana Meraka adalah salah satu yang berjaya menumpaskan penjahat yang menjadi legenda tersebut.
— Bald kommt ein neues Kapitel — Schreiben Sie eine Rezension