App herunterladen
30.58% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 26: Orang Yang Paling Kecil

Kapitel 26: Orang Yang Paling Kecil

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula.

Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas menuju ke kafe untuk membeli makanan.

Ashley mengemas barang-barang yang ada di atas meja dia.

Ted yang sedang memerhati Ashley itu terus menepuk bahu Ashley secara perlahan untuk mendapatkan perhatian Ashley.

Ashley menoleh ke arah Ted.

Melissa yang sedar Ashley menoleh ke arah Ted, juga memandang ke arah Ted.

"Oh, kenapa Ted? Kau nak minta tolong apa?" tanya Ashley.

"Korang nak ke kafe kah hari ni? Boleh saya join? Saya pun nak ke kafe juga. Laparlah!" kata Ted.

Ashley tersenyum kecil. "Boleh saja kau join. Kalau macam tu, marilah!" kata Ashley.

Ted tersengih gembira mendengar kata-kata Ashley.

Mereka bertiga pun bergerak ke kafe untuk membeli makanan.

Seperti biasa, mereka terpaksa beratur untuk membeli kerana barisan sangat panjang.

Setelah siap membeli, mereka mencari tempat duduk. Tapi, mereka tidak nampak tempat duduk yang kosong untuk mereka duduk dan makan.

Tiba-tiba, ada sebiji kacang dibaling ke arah Ashley, mengenai tepat pipi Ashley. Ashley terus menoleh ke arah kacang itu dibaling.

Bila dia melihat Bryend sedang melambaikan tangan ke arah dia, Ashley terus menyuruh Ted dan Mellisa mengikuti dia.

"Ash, duduk sini!" kata Bryend.

Ashley tersenyum melihat Bryend. Dia duduk di sebelah Bryend dan Mellisa duduk di sebelah Ashley lagi. Ted pula duduk di bahagian depan Mellisa, iaitu berdekatan dengan Charles.

"Ni mesti budak baru yang semua orang cakap tu, kan?" tanya Charles. Dia menghulurkan tangan dia untuk bersalaman dengan Ted. "Hai, saya Charles."

"Saya Ted," balas Ted sambil bersalam dengan Charles.

"Tak sangka budak baru ni boleh tahan hensem juga. Patutlah semua pelajar perempuan bercakap pasal dia," kata Jeremy pula.

Ted hanya tersengih saja. "Oh, ye keh!??"

"Saya nampak korang sedang mencari tempat duduk tadi. Jadi saya panggil korang duduk makan di sini," kata Bryend.

Ashley pula hanya tersenyum mendengarnya. Dia memandang sekeliling untuk mencari Kenzie. Tapi tiada...

Pelik pula tiada Kenzie di sini sedangkan dia selalu ada kalau kawan-kawan dia ada di sini. Steven dan Eden juga tiada di sana.

"Urmm, mana yang lain? Kenapa korang berempat saja ada di sini? Selalunya korang semua ada di sini," kata Ashley. Untuk menyembunyikan niat sebenar dia mau mencari Kenzie, dia tidak menyebut nama Kenzie secara terus.

"Oh, Kenzie dan Steven ada hal dengan Coach Dhin pasal kelab. Eden pula ada buat di bilik guru. Rasanya dia tidak akan datang membeli ke sini," jawab Jared.

Ashley mengangguk mendengarnya. Dia pun mula memakan makanan dia. Eemm, sedihnya tiada Senior di sini... Kalau dia ada kan lebih bagus....

"Ash, Raquel ada kacau kau lagi kah?" tanya Herry.

Ashley menoleh ke arah Herry. "Tiada, buat masa ni belum ada lagi."

"Kalau kau mau, kami boleh jadi bodyguard kau... Yalah, Raquel tu bukan jenis yang lepaskan orang begitu saja kalau dia berdendam. Mesti lepas ni dia nak serang kau lagi," kata Bryend pula.

"Tak payah lah... Saya okey saja," kata Ashley pula.

Melissa yang mendengar tawaran yang Bryend berikan kepada Ashley itu hanya mengeluh tidak percaya dalam diam. Mellisa tidak prcaya kalau Bryend sanggup mau jadi bodyguard hanya untuk Ashley, sedangkan mereka belum kenal lebih dari 10 hari.

Mellis menjeling ke arah Ashley dan dia memandang ke arah para lelaki itu pula. Semuanya menumpukan perhatian kepada Ashley.

Mellisa merasa cemburu.

Kenapa bukan saya yang jadi pusat perhatian dorang? Kenapa semua nak care pasal Ashley?? Apa yang bagusnya dengan Ashley?

Mellisa tidak mau Ashley terus-menerus menjadi pusat perhatian para lelaki hensem itu. Dia juga mau dilayan oleh mereka.

"Hey, boys... Macam mana dengan latihan korang?? Tidak lama lagi kan Festival Tournament akan bermula. Korang dah ready untuk pertandingan kah?" tanya Mellisa. Wajahnya ditukarkan menjadi semanis yang mungkin agar semua lelaki itu memberi dia perhatian lebih dari yang Ashley dapat.

"Of course kami sudah ready. Coach Dhin kan jurulatih kami. Kami sudah ready dari awal lagi," kata Jeremy.

"Kalau kami bertanding ni, mesti kami akan menang!" kata Herry pula.

"Oh, ya.... Kau pun join Festival Tournament kan?? Kau adalah pemain center dalam netball, right?" tanya Charles pula.

Mellisa yang mendengar pertanyaan Charles itu terus mengangguk gembira. Dia tidak menyangka yang Charles tau dia adalah pemain bola jaring dan seorang center lagi tu...

Berbunga-bunga hati dia bila mendengar soalan itu. Dengan hati yang bangga, dia menjawab cepat. "Oh, kau tau juga saya ialah pemain netball? Ya, saya memang pemain center dalam netball. Kemungkinan besar kita akan berjumpa masa tournament nanti," kata Mellisa.

"Oh, jadi kau lah center netball yang kuat tu? Tak sangka pula itu adalah kau," kata Jared.

Mellisa tersengih bangga lagi. Dia sangat suka bila ada orang lain memuji dia. Lebih lagi bila orang itu adalah kelompok pelajar terkenal macam empat orang kawan Kenzie ni.

"Saya ada dengar dari Captain netball cakap, kumpulan dorang akan memang tahun ni sebab ada center yang kuat," balas Bryend pula.

Mellisa terus menutup mulutnya kerana gembira. Dia berpura-pura menunjukkan sikap malu dia sedangkan hatinya berbunga-bunga masa itu.

"Janganlah cakap macam tu. Di dalam team kami, ada satu lagi junior center yang lebih kuat dari saya," kata Mellisa pula.

"Apa kami cakap betullah... Semua orang pun cakap begitu. Pemain yang ambil posisi center dalam netball seorang yang kuat," kata Jeremy pula.

Mellisa tersipu-sipu malu. Dia menggunakan jari dia untuk menyelak rambut dia ke belakang cuping telinga. Sengaja!

Ashley pula hanya mendengar saja mereka bercerita begitu. Yalah, bagi pelajar macam dia yang tiada ikut apa-apa aktiviti, perkara macam ni memanglah sesuatu yang awkward bagi dia.

Ashley memandang ke arah Mellisa. Ashley selalu merasa bertuah mendapat kawan macam Mellisa.

Sebab Mellis itu baik, penyayang dan selalu tersenyum.

Kalau Ashley dalam kesusahan, Mellisa akan tolong Ashley.

Malah Mellisa juga adalah seorang yang berpengaruh di sekolah. Ke mana-mana dia pergi, semua pelajar di sekolah akan memandang ke arah dia.

Bukan macam Ashley. Sudahlah dia kaki bangku... Bukan lah kaki bangku, tapi dia tidak ikut mana-mana sukan walaupun ada segelintir sukan yang dia boleh main. Lagi pula, di dalam kelas, dia mendapat kedudukan nombor dalam peperiksaan yang lebih rendah dari Mellisa.

Kalau Mellisa ada di kedudukan 10-ke atas, Ashley pula mendapat kedudukan 15-kebawah.

Ashley mengeluh kecil. Syoknya boleh bercerita dengan Bryend dan yang lain pasal sukan. Tapi saya tidak tau apa-apa pasal sukan... Mungkin kalau tenis.. Tapi adakah orang minat tenis?

Ashley merasa dialah orang yang paling kecil di sana.. Tiada sukan atau kedudukan peperiksaan yang boleh dibanggakan...

Ted mengetuk tray makanan Ashley dengan sudu besi yang dia pegang.

Ashley mengangkat muka dia ke arah Ted.

"Kau tidak ikut apa-apa sukan?" tanya Ted.

"Huh!?" Ashley menjawab dengan muka blank. Yalah, dia kan menghayal lagi tadi...

"Kau tidak join sukan??" tanya Ted lagi.

Ashley menggeleng kecil. "Saya lemahlah dalam sukan.. Lagipun, saya sudah jadi assistant dalam kelab basketball. Kalau saya ikut sukan lain, habislah, saya tak boleh buat dua benda dalam satu masa."

Ted tersenyum mendengarnya. Dia tidak kisah pun kalau Ashley ada ikut sukan atau tidak. Tapi yang buat dia terkesan dengan Ashley ialah, Ashley tau hujung batas dia sebagai seorang pelajar di mana.

Kalau Ashley hanya mampu buat kerja satu saja, dia hanya akan tumpukan perhatian pada kerja itu saja. Ashley tidak akan susahkan diri dia untuk buat kerja kedua lagi.

"Tak apalah... Jadi assistant kelab juga sudah okey. Banyak tu kerja assistant yang perlu dibuat," kata Ted.

Ashley tersenyum kecil. Dia melirik ke arah yang lain. Mereka masih sibuk bercerita pasal sukan.

Ashley kembali menumpukan perhatian dia kepada Ted." Kau macam mana, Ted? Kau mau ikut sukan apa-apa kah?" tanya Ashley.

"Saya terfikir nak join bola sepak. Kau rasa dorang nak terima saya kah? Lagipun, Festival Tournament yang dorang cerita ni sudah nak dekat. Takut saya dorang tolak ahli baru," kata Ted dengan wajah risau.

"Apa yang kau cakap ni, Ted? Kau belum cuba belum tau lagi macam mana keputusan. Kau pergi saja try masuk.. Mungkin dorang akan terima kau last minute. You have to be confident," kata Ashley, memberi kata-kata semangat kepada Ted.

Ted tersenyum lagi.

"Wah, kau bagi dia kata-kata semangat. Tapi kau tidak pernah pun bagi kami kata-kata semangat," kata Bryend, tiba-tiba mencelah. Elok-elok saja bercerita dengan Mellisa tadi, sekarang sudah beralih kepada Ashley pula.

Ashley terus memandang ke arah Bryend sambil terkebil-kebil. "Saya kan boleh jumpa korang tiap-tiap hari di tempat latihan. Nanti masa latihan, saya bagilah semangat!" balas Ashley.

"Tipu!" balas Bryend.

"Eih, saya pun nak lah! Bukan Bryend saja!" kata Herry pula.

Bryend dan Herry pun mula bertekak lagi. Jeremy dan Jared pula hanya ketawa melihat mereka.

Mellisa kini tidak lagi bercakap malah dia hanya memandang empat orang lelaki itu bercakap dan ketawa. Bila dia melihat mereka ketawa bersama Ashley, Mellisa merasa sangat marah.

Masa dia bercerita, tidak pula mereka ketawa macam ni. Tapi bila dengan Ashley, automatik mereka akan ketawa.

Kenapa pula?? Apa kurangnya dari saya?? Kenapa saya tidak boleh buat dorang ketawa sedangkan Ashley boleh??

Dalam diam, Melissa melemparkan jelingan tajam dan dengki kepada Ashley.

Mellisa lupa yang Ashley ini adalah kawan baik dia. Mellisa lupa yang selama ini mereka sentiasa berkawan tanpa ada salah faham.


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C26
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen