App herunterladen
63.63% Cinderella seorang Putera / Chapter 21: Bab 21 : No Regrets

Kapitel 21: Bab 21 : No Regrets

Sinar mentari kadang terpaksa akur membiarkan hujan membasahi bumi kerana tanah semakin kering dek sinarannya.

Caleb merenung skrin telefonnya, menanti panggilannya dijawab oleh Orange. Keadaan cafe yang tenang tidak membantu dirinya untuk menenangkan diri. Malahan, semakin lama dia merenung skrin telefonnya itu semakin terasa perit hatinya. Adakah dia sedang bermesra dengan Noah saat ini? Duduk berdua, berbual mesra dan tertawa bersama-sama? Caleb semakin tidak keruan memikirkan senyuman manis Orange, memikirkan tawa girangnya. Terbayang di fikirannya Orange bersama dengan Noah. Walaupun dia tahu yang Orange sudah menolak cintanya tapi dia tidak mahu berputus asa kerana dia tahu Orange pernah menyukainya. Mustahil Orange boleh melupakannya dengan begitu mudah sekali. Mungkin dia boleh membuatkan gadis tersebut jatuh cinta dengannya sekali lagi dan kali ini dia akan mencintainya kembali. Atau itu hanya bayangannya semata-mata? Alasan yang diciptanya sendiri kerana tidak dapat menerima kenyataan.

Kemudian terbayang pula wajah Noah, dia mencengkam penumbuknya marah. Tidak pasal-pasal Noah pula yang mendapat Orange. Memikirkan tentang kejadian tempoh hari, dia menyesal tidak menghadiahkan sebiji penumbuk kepada lelaki itu. Sekurang-kurangnya dia mampu untuk melepaskan sedikit perasaan marah di dalam hatinya.

"Hei, Caleb! Lama tak jumpa..."

Caleb sedikit terkejut, siapakah gerangannya yang menegur. Dia mendongak memandang kearah suara tersebut. Elisya tersenyum manis. Serta merta Caleb turut tersenyum manis kemudian berdiri dari duduknya.

"Its you! Ingatkan siapa tadi..." secara automatik Caleb menghulurkan tangannya kepada Elisya. Elisya menyambutnya dengan mesra kemudian duduk di hadapan Caleb. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan lelaki itu. Semakin tampan dan bergaya tapi bila masa pula Caleb tidak tampan dan bergaya.

"I thought its not you...bila i masuk lebih dekat. Sah memang awak. How are you?" Caleb tersengih sambil mengangkat tangannya memperlihatkan dirinya.

"As you can see..." Elisya tergelak kecil. "Masih hensem dan macho macam dulu kala." Ujarnya kemudian menyambung gelaknya. Selain daripada Noah, Caleb merupakan salah seorang jejaka idaman di sekolahnya suatu ketika dahulu. Sentiasa menjadi igauan para pelajar wanita dan sudah pasti sehingga kini dia masih menjadi idola gadis-gadis di sekelilingnya. Namun, dia tertanya-tanya kenapa sampai sekarang Caleb belum mempunyai kekasih hati.

"Dah lama awak balik? How is London? Awak dah habis study ke?" Caleb menanyakan soalan bertubi-tubi. Dulu sewaktu dia masih rapat dengan Noah, Elisya sering lepak bersama dengan mereka kerana Elisya merupakan teman wanita Noah pada ketika itu. Boleh dikatakan mereka agak rapat kerana sering bersama-sama. Namun, sejak peristiwa itu dia dan Noah sudah semakin renggang dan akhirnya tidak lagi bertegur antara satu sama lain. Elisya? Dia meninggalkan Noah dan selepas itu melanjutkan pelajarannya ke peringkat A-Level dan seterusnya ke salah sebuah kolej yang terkenal di London.

"Easy dude...one by one. Saya balik beberapa minggu yang lalu. Here is better. I miss bosou and tuhau so much. Awak buat lawak ke? I baru saja habis first semester." Giliran Caleb pula tergelak kecil. Okay, dia mengakui yang dia menanyakan terlalu banyak soalan dalam satu masa. Dia cuma tidak menyangka yang dia akan bertemu dengan Elisya hari ini. Dia ada terdengar khabar yang Elisya sudah pulang tetapi dia belum mempunyai kesempatan untuk menghubunginya.

"So good to see you, Caleb. Awak dan Noah masih belum okay ke?" Soalan Elisya membuatkan Caleb terdiam seketika. Soalan yang cukup cliche. Dia menarik nafas berat. Dia sendiri sudah semakin lupa yang dia dan Noah pernah rapat dan menjadi kawan baik suatu ketika dahulu.

"Bukan mudah untuk mengembalikan kembali apa yang sudah retak." Hanya itu jawapan Caleb. Elisya menggeleng perlahan sambil mengangkat tangannya memanggil waitress yang berdekatan dan memesan caffe latte. Dia tahu yang Noah dan Caleb tidak lagi bertegur sapa sejak Leon meninggal dunia kerana membunuh diri. Noah menyalahkan Caleb kerana kematian Leon dan tidak mahu mendengar sebarang penjelasan daripadanya. Namun, dia sendiri pada ketika itu walaupun teman wanita Noah tidak mengetahui punca sebenar kepada keregangan hubungan persahabatan mereka. Apatah lagi tahu penyebab kepada keputusan Leon untuk mengambil jalan singkat dalam kehidupannya.

"Awak berdua bukannya budak kecil lagi untuk mahu bergaduh. Cuba jadi matang sedikit. Ambil satu masa untuk berbincang dan berdamai. Korang sampai bila mahu bermasam muka?"

Caleb tersengih sambil merenung jauh ke luar cafe mendengar kata-kata Elisya. Bukan dia tidak mencuba tapi setiap kali dia cuba untuk berbaik-baik dengan Noah ada sahaja yang menjadi penghalang. Kini, muncul pula isu Orange. Dia tahu yang dia terlebih dahulu menyimpan perasaan terhadap gadis tersebut tapi dia tidak menyangka yang Noah memintasnya lagi. Sama seperti dulu, sewaktu mereka baru sahaja mengenali Elisya. Dia tidak menyangka yang Noah sentiasa selangkah lebih dahulu darinya dan kenapa tiap kali mereka jatuh cinta ianya pada gadis yang sama. Namun, kali ini dia tidak akan menyerah kalah dengan mudah.

"I really don't know, Elisya. Bukan saya tidak pernah untuk berbaik-baik dengannya tetapi tiap kali itu juga keadaan  menjadi semakin rumit."

Elisya memandang wajah sahabatnya itu. Kesian pula. Padahal sebelum semua ini berlaku, mereka merupakan sahabat baik yang sangat rapat dan tidak boleh dipisahkan.

"Talk about Noah. Dia sudah ada teman wanita baru ke?" Elisya mengubah topiknya tiba-tiba kerana bayangan gadis tempoh hari terlintas di fikirannya. Orange? Is it?

"Oh..." Caleb tidak menjawab terus dia menghirup seteguk iced mocha miliknya kemudian memandang Elisya serius.

"Kenapa awak tanya?" Elisya menggeleng perlahan sambil tersenyum.

"Saya hanya tertanya-tanya. Dia ajak kitorang lepak di rumahnya hari itu and something interesting happened." Elisya tersenyum lagi, terutama apabila teringatkan Noah mengucup dahinya. Walaupun selepas itu Noah meminta maaf dan menjelaskan kepadanya bahawa itu semua lakonan semata-mata. Namun, jauh di dalam lubuk hatinya, dia menganggap itu semua adalah benar dan bukan lakonan semata-mata.

"Teman wanita sementara...Orange." Caleb seakan tidak mahu mengakui kenyataan bahawa Noah dan Caleb berpacaran. Elisya mengangkat keningnya sedikit terkejut dengan kenyataan Caleb. So, betullah tekaannya selama ini. Gadis tersebut merupakan teman wanita baru Noah. Not bad.

"But what do you mean by 'teman wanita sementara'?" Dia tertarik dengan cara Caleb menjawab soalannya itu. Teman wanita sementara?

"Sebab dia akan bakal menjadi milik saya kelak." Caleb menjawab jujur dan yakin. Dia tidak malu untuk menyatakan apa yang dia mahukan kerana dia benar-benar bertekad untuk mendapatkan Orange.

"Wow, seriously Caleb? Awak nak rebut girlfriend Noah? Awak tak rasa ini akan mengeruhkan lagi hubungan awak dengan Noah?" Semakin menarik. Elisya berbisik di dalam hati. Biar betul dengan Caleb. Selama ini lelaki itu sentiasa mengalah dengan Noah dalam semua perkara kerana Noah seorang yang tidak tahu menerima kekalahan. Dia sentiasa mahu menjadi yang nombor satu dan menjadi nombor dua tidak pernah terlintas dalam kamus hidupnya.

"Dia sepatutnya milik saya Elisya dan bukan Noah."

Elisya merenung wajah Caleb dalam-dalam, cuba untuk menyelami perasaan lelaki yang berada di hadapannya itu. Setahun lebih banyak mengubah Caleb, dia bukan lagi Caleb yang dia kenal selama ini. Apa sebenarnya yang terjadi pada hari itu?

"Saya tidak rasa itu satu tindakan yang baik, Caleb. Walau apapun, Noah tetap sahabat awak. Awak tidak sepatutnya..." Elisya tidak meneruskan kata-katanya apabila melihat perubahan riak wajah Caleb.

"Cukuplah sekali saya membiarkan perasaan saya terluka sendiri, Elisya. Saya tidak akan menyerah kalah terlalu mudah kali ini." Caleb kelihatan cukup yakin dengan tindakannya. Elisya seakan-akan tidak mengenali lagi lelaki yang sedang duduk di hadapannya itu. People change, Elisya. People change. Dia bermonolog sendiri di dalam hati.

"What do you mean, Caleb?" Soalan tersebut meluncur laju dari mulutnya. Caleb tersenyum sinis sambil memandang Elisya kemudian membuang pandangannya sekali lagi ke luar cafe.

"I once in loved with you, Elisya."

Elisya terdiam tidak mampu mengatakan apa-apa. Pernah mencintainya? But when? Jantung Elisya berdegup kencang. Seriously?

"Saya terpaksa menyerah kalah dengan Noah kerana dia juga menyukai awak pada ketika itu." Elisya tertawa kecil mendengar pengakuan Caleb. So, itu kisah lalu rupanya. Dia memang sedikit perasan dengan perangai Caleb pada ketika itu tapi dia tidak mempedulikannya. Rupanya Caleb menyimpan perasaan dengannyam

"So now? Awak sudah get over me lah?" Kali ini giliran Caleb tertawa.

"Ya...lebih kurang begitulah." Dia menjawab bersahaja. "What if i tell you that i love you from the first time we met?" Kali ini Elisya bertanya serius tanpa ada tanda-tanda bahawa dia sedang bergurau.

"Oh...really?" Caleb seakan kurang percaya dengan kata-kata gadis tersebut kerana dia tahu Elisya menyukai Noah tahap dewa dewi pada waktu itu.

"Nope. Never." Elisya menjawab kemudian dia ketawa terbahak-bahak. Disambut oleh tawa Caleb. Dia tahu yang Elisya bergurau dengannya. Walaupun dia sedikit terkesima dengan kata-kata Elisya sebentar tadi kerana dia hampir percaya yang Elisya pernah menyukainya.

"So, apa rancangan awak untuk memenangi hati gadis itu? I mean...siapa nama dia sekali lagi? Orange?" Elisya mulai menunjukkan minat terhadap hubungan Noah dan Orange. Adakah dia masih menyimpan perasaan terhadap Noah? Caleb tidak dapat menjawab persoalan tersebut.

"I don't know yet. Tapi yang pastinya dia akan menjadi milik saya, no matter what happen."

Elisya mengangguk faham.

"Awak nak saya bantu?"

Caleb mengangkat keningnya tidak menyangka yang Elisya akan menawarkan bantuan kepadanya.

"Are you still in love with him?" Dia menjawab soalan Elisya dengan persoalan. Elisya tersenyum penuh makna. Is it matter?

"Saya sudah bertemu dengan pelbagai jenis lelaki dan berpasangan dengan beberapa orang darinya tapi tidak ada yang dapat mengambil tempat Noah di hati saya. I don't know why but he is special. Dia berbeza daripada mana-mana lelaki yang pernah menjadi kekasih saya." Dia tersenyum lagi. Caleb dapat melihat daripada sinar mata Elisya yang gadis itu benar-benar memaksudkan apa yang dia katakan. Shes still in love with Noah dan dia pula menyintai Orange.

"Saya sokong setiap apa yang awak mahu lakukan untuk mendapatkan cinta Noah kembali."

Kata-kata Caleb tersebut membuatkan Elisya dapat melihat sinar harapan untuknya bersama dengan Noah kembali. Memang salah dia kerana meninggalkan Noah dulu tapi kini dia mahu menuntut kembali cinta lelaki tersebut. Atau ini hanyalah perasaan tamak dan iri hati kerana Noah berjaya melupakannya dan dia pula masih tergantung dengan kisah lalu mereka.

Dia tidak peduli dengan apa yang bakal orang di sekelilingnya akan fikir tentang dia kelak kerana bila sudah tiba masa ianya berkaitan dengan cinta dan masa depan apa pun boleh terjadi. Pada pendapatnya, tidak salah untuk mencuba selagi ruang peluang itu masih ada. Lagi pun, Orange dan Noah belum mempunyai apa-apa ikatan yang sah. Jika mereka yang sudah berkahwin boleh bercerai inikan pula mereka yang baru bercinta. Elisya percaya bahawa masih ada bibit-bibit cinta Noah terhadapnya yang tertinggal dan boleh bersemi kembali. Alasan lapuk bagi mereka yang tidak dapat menerima kenyataan tentang kebahagiaan orang lain.

"Kita hanya mengejar mimpi kita masing-masing, bukan Caleb? Kita bukan mahu memusnahkan mimpi orang lain sebab kadang-kadang ada diantara kita yang mempunyai mimpi yang sama." Caleb mengangguk setuju dengan kata-kata Elisya. Mungkin dia bersetuju kerana mahu menyenangkan hati sendiri dan cuba menyakinkan jiwa mereka bahawa mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.

"Kita berhak untuk menggapai apa yang kita mahukan." Caleb menambah pada kata-kata Elisya. Kemudian mereka masing-masing tersenyum memikirkan impian mereka untuk bersama dengan insan yang mereka cintai.


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C21
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen