App herunterladen
27.27% Cinderella seorang Putera / Chapter 9: Bab 9 : Love In Another Way.

Kapitel 9: Bab 9 : Love In Another Way.

Orange memandang kosong makanan yang terhidang di hadapannya. Selera yang selalunya menguasai dirinya, kali ini hilang sama sekali. Walaupun hampir kesemua makanan yang terhidang itu merupakan makanan kegemarannya. Selina yang duduk di hujung meja sesekali menjeling melihat kakaknya yang berwajah monyok. Jarang sekali wajah itu terpapar di raut wajah Orange, selalunya dialah yang paling rakus melahap makanan-makanan yang terhidang. Pn.Amily pula sibuk berbual dengan suaminya, En. Hardy tentang jemputan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina tanpa menyedari keadaan wajah Orange.

"Ma, can you please pass me that bosou." Sengaja Selina meminta lauk yang paling dekat dengan Orange, dengan harapan mamanya akan ternampak atau terlihat atau terjeling kearah Orange tapi sia-sia.

"Ma, pass me that soup." Dia mencuba lagi, kali ini mangkuk sup ayam yang juga dekat dengan Orange dan sekali lagi dia kecewa. Tanpa melirik kearah Orange,mamanya menghulurkan mangkuk sup tersebut. Selina menarik nafas geram.

"Ma, pass me Orange's plate."

Kali ini Pn.Amily memandangnya hairan.

"Awak dah kenapa Selina? Tak nampak mama dan papa tengah berbual ke? Nie apahal pula tiba-tiba nakkan piring kakak awak pula nie?" Pn.Amily membebel, geram dengan sikap anak gadisnya itu. Selina tidak menjawab apa-apa hanya matanya sahaja yang giat memberikan isyarat kepada Pn.Amily agar menoleh kearah Orange. Pn.Amily diam seketika, cuba untuk memahami isyarat tersebut. Kemudian dia menoleh hati-hati kearah Orange, dia kemudiannya mengerutkan dahinya melihat wajah monyok Orange dan nasinya yang belum berkurang.

"Orange, awak termenung nie kenapa? Nasi tue tidak akan berjalan memanjat masuk sendiri ke dalam mulut kamu tau kalau tidak disuap." Pn.Amily menegur, Orange melirik kearah mamanya sambil perlahan tangannya mencapai sudu dan kemudian menguis-nguis nasinya perlahan.

"Eh, dikuis-kuisnya nasi itu, mama...mama simpan harta karun ke kat dalam nasi dia?" En.Hardy pula bersuara, cuba untuk menyakat anak sulungnya itu.

"Mama, papa...Orange nak transfer sekolah barulah." Orange bersuara perlahan tiba-tiba.

"What? Sekolah baru? Kenapa pula tiba-tiba nak pindah sekolah baru nie? Orange buat masalah ke kat sekolah?" Pn. Amily bertanya terkejut dengan permintaan Orange tiba-tiba.

"Papa tak terima apa-apa call pun dari sekolah, kata awak ada masalah." En.Hardy pula menambah. Orange menarik nafas berat kemudian memandang kearah mama dan papanya silih berganti. Macam mana dia mahu beritahu hal sebenar kepada parentsnya itu.

"Nie mesti kes gaduh dengan boyfriend kan." ujar Pn.Amily tiba-tiba, menyebabkan Selina yang sedang khusyuk mengunyah makanan hampir tersedak dek makanan di dalam mulutnya. Pantas dia mencapai gelas berisi air di hadapannya. Selesai meneguk air dan menelan makanannya, ketawa yang dia tahan pecah. Lucu sungguh rasanya mendengar kata-kata mamanya itu. Bukan kerana Orange tidak menarik atau tiada aset tarikan tetapi memikirkan tentang sifat pemalu yang melampau-lampau kakaknya itu menyebabkan mustahil untuk dia mempunyai teman lelaki. Sedangkan kawan pun hanya Corina. Berbeza dengan dirinya yang easy-going dan happy go lucky, boleh dikatakan ke mana-mana dia pergi pasti ada sahaja sahabat baru yang dia akan kenal.

"Selina, tak baik tau ketawakan kakak awak. Tak sopan langsung. Mama bercakap bukan tidak berasas, okay." Pn.Amily sedikit geram dengan Selina yang mentertawakan Orange. Selina mengangkat keningnya tidak percaya.

"Wah,wah...anak papa dah pandai bercinta ke? Papa tak halang, cuma fokus dulu dengan study. Jangan sampai study terganggu pula, kan mama..." kata En.Hardy sambil tersenyum gembira.

Orange melopong memandang papanya, seriously? Papanya boleh tersenyum dan memberikan galakan positif pula? Bukan ke seorang papa yang normal akan memberikan nasihat panjang lebar dengan kesimpulan akhir, habis study then barulah bercinta?

"Iya, papa...a few days ago. Selepas mama hantar Selina ke sekolah, there was a guy waiting for her outside. I thought he was a bad guy...sekali dia perkenalkan diri, he said dia kawan Orange, schoolmate katanya. Papa percaya ke a guy yang status kawan sekolah datang nak jemput seorang gadis cantik depan rumah untuk ke sekolah?" panjang lebar penjelasan Pn.Amily kepada suaminya, dia kemudiannya melirik memandang Orange sambil tersenyum nakal.

Oh, my God! Orange tertunduk malu, dia lupa pula yang Noah ada menyebut pasal disangka stalker oleh mamanya siang tadi.

"Wow, sampai jemput kat rumah untuk ke sekolah? Bila tue mama? Why don't you told me earlier. Kalaulah papa tau, dah papa warning awal-awal lelaki tue, supaya tidak menyakitkan hati anak kita." En.Hardy pula menambah, telinga Orange terasa panas terbakar tidak lama lagi dia pasti akan berpeluh dek malu diusik mama dan papanya.

"Oh, so that rumours are true lah..." Kali ini Selina bersuara serius sambil memandang kakaknya.

"What rumours?" Orange bertanya laju. Takkanlah...

"Well, today at school my friend said that akak got boyfriend. But i don't believe it. Now, i got it. Betullah kata pepatah, takkan pokok bergoyang kalau tidak ditiup angin."

Sekali lagi Orange menarik nafas berat. Baiklah ini memang sudah parah dan serius. Pelajar-pelajar dalam aliran perdana juga tahu tentang khabar angin tidak berasas tersebut. Bagaimanalah dia mahu ke sekolah lagi dan yang paling penting, angan-angan bersama Caleb juga terkubur begitu sahaja.

"I don't believe you make it to the next step of life, sis. I'm so proud of you, Orange." Selina memuji dari hujung meja. Namun, pujian tersebut semakin membuatkan Orange sedih dan gundah-gulana. Next step of live? Level up? If only...Orange hanya mampu merungut di dalam hatinya.

"Jadi betullah Orange gaduh dengan...emm, wait...tempoh hari namanya..." Pn.Amily melirik memandang Selina.

"Noah." Selina menjawab tanpa ditanya.

Pn.Amily tersenyum lebar.

"Yupp, Noah. Tall and tough with that candy eyes of him and sexy smile."

"Ehem!" En.Hardy berdehem. Membuatkan Pn.Amily tersipu-sipu malu. Terlebih pula dia memuji, apa salahnya bakal menantukan.

"Ops, sorry...Sekadar memuji bakal menantu kita, papa. He is perfect to be Orange boyfriend and husband to be." Pn.Amily memuji lagi sambil tersenyum manis, membayangkan Orange dan Noah bersama.

"Mama...what are you talking about? He is..." Orange tidak meneruskan kata-katanya, sukar sungguh bagi dirinya untuk menerangkan hal sebenar.

"Reality and future, my dear. Then, call him after this and say sorry. Tak boleh ego dalam perhubungan, perlu bertolak ansur dan saling memaafkan. Kan papa..." Pn.Amily mengenyitkan matanya memandang En.Hardy dan suaminya itu turut tersenyum lebar.

Sesungguhnya, Orange bingung sendiri dengan perangai mama dan papanya. Parents nowadays?

Selina tersengih sendiri, dia faham perasaan mama dan papanya, mereka terlalu excited melihat perubahan Orange dari segi penampilan (walaupun sedikit sahaja) dan juga hubungannya dengan orang sekelilingnya. Semoga hubungan tersebut bukan sekadar cinta monyet sahaja kerana kalau kakaknya disakiti dia pasti akan naik berang.

"I'm done. Thank you for the foods, mama." Ujar Orange lalu berlalu ke dapur bersama piringnya dan berlalu naik ke biliknya. Tiada siapa memahami situasi dan keadaan dirinya. Noah benar-benar menyebabkan hidupnya tunggang-langgang. Pertama dengan perjanjian sampai mati, 'maid' dan kini dengan status 'boyfriend-girlfriend' fantasi yang dia war-warkan. Apalah nasib dirinya tahun ini. Selama ini, dia hidup aman dan damai (kecuali digelar weirdo dan have no friends) tetapi gelaran tersebut dan hidup hanya dengan Corina sebagai sahabatnya tidak seteruk hidupnya sekarang. Kalaulah masa boleh diputar kembali seperti tayar...

Orange mencapai telefon bimbitnya di tepi katil, 2 Mesej belum dibaca.

"You owe me lotsssssss of explanation tomorrow or you are not my bff anymore and not even my cousin."

Mesej Corina tersebut membuatnya sakit kepala, apa yang perlu dia katakan dan beritahu Corina besok? Perlukah dia berterus terang? Bagaimana kalau Noah mengetahuinya? Seteruk mana lagi nanti pembalasan yang dia akan lakukan kepadanya? Orange mahu menangis. God, this is too much. Dia mengeluh di dalam hati. Orange kemudiannya membaca mesej kedua, daripada Noah.

"No need to bring your car tomorrow. Saya datang jemput awak dan ingat, jangan ke mana-mana selagi saya tidak datang. Atau awas..."

Amaran lagi. Orange menghempaskan telefon bimbitnya di atas katil. Dia terlalu penat untuk berfikir dan membayangkan hari esok berdepan dengan Corina dan teman-teman sekelasnya dan Caleb.

******

Tangan Noah sibuk menekan punat console PS4 miliknya tetapi fikirannya menerawang memikirkan Orange. Membayangkan wajah sayu gadis tersebut dan wajah bengisnya siang tadi. What if i hurt her feeling? What if she really hate me? What if...Noah menghempaskan console tersebut dan merenung skrin televisyennya. Membiarkan perkataan game over terpapar di skrin tv. Kenapa perlu dia rasa bersalah? Dia bukan lakukan apa-apa yang salah, yang salah ialah Orange. Dia hanya melaksanakan balasannya mengingkari arahannya. Lebih-lebih lagi orang yang mengganggu 'maid' miliknya itu ialah Caleb. Dalam banyak-banyak lelaki dalam sekolah mereka, kenapa perlu Caleb? Noah mendengus geram. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia bersemuka dengan Caleb dan membelasahnya hingga lembik.

Dia kemudiannya memandang skrin telefonnya, kosong. Takkan Orange masih belum melihat teks mesejnya? Kenapa dia tidak membalasnya?

"Adoi!"

Noah menepuk dahinya, dia masih belum mengubah perjanjian mereka. Dia masih belum memberitahu Orange agar membalas mesejnya dalam masa 30s selepas dia menghantarnya. I should tell her tomorrow. Noah bermonolog sendiri. Dia perlu memastikan Orange tidak akan dekat dengan lelaki tersebut. Tidak kisahlah mereka hanya berbual atau berselisih bahu atau terjumpa di mana-mana. Kawasan sekolah cukup besar untuk dia mengheret Orange ke mana-mana tanpa bertembung dengan Caleb. Plus, dia perlu menambah peraturan dalam perjanjian mereka iaitu Orange tidak boleh keluar dari kelas tanpa dia tapi masalahnya mereka berada di kelas yang berbeza. Bagaimana jika Orange perlu ke tandas? Bagaimana jika dia pula ditahan di dalam kelas sewaktu rehat? Noah memejamkan matanya bingung. Dia perlu bertemu dengan Corina dan membuat satu lagi perjanjian dengannya. Corina? Satu lagi masalah besar yang perlu dia selesaikan secepat yang mungkin. Dia tahu Corina membencinya sejak dia membelasah teman lelakinya sehingga masuk Wad ICU. Sedangkan bukan dia yang memulakan pergaduhan tersebut. Noah menghela nafas berat. Persoalannya di sini, kenapa dia perlu pening memikirkan tentang Orange secara tiba-tiba? Gadis tersebut hanyalah boneka penghibur hatinya tetapi kenapa kini dia perlu bersusah payah mencari penyelesaian untuk memastikan gadis tersebut tidak terjebak dengan Caleb? Part of my job as her 'prince' since she is my 'maid'. Noah tersenyum sendiri. Yes, thats it. She is my maid, maknanya dia perlu menjaganya daripada dicantas oleh orang lain. She promised herself to be his maid forever.


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C9
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen