App herunterladen
25% Kejadian Paranormal Yang Terjadi Atas diriku ( warning kisah benar ) / Chapter 1: pengalaman pertama:- ketika kursus asas perajurit muda siri 1/2004
Kejadian Paranormal Yang Terjadi Atas diriku ( warning kisah benar ) Kejadian Paranormal Yang Terjadi Atas diriku ( warning kisah benar ) original

Kejadian Paranormal Yang Terjadi Atas diriku ( warning kisah benar )

Autor: linchufeng

© WebNovel

Kapitel 1: pengalaman pertama:- ketika kursus asas perajurit muda siri 1/2004

Pagi yang indah dengan kicauan burung berterbangan disetiap genap pelusuk negeri sembilan, tapi hari yang gelap bagi aku dan kawan-kawan dimana kami perlu mengikuti kursus rekrut asas perajurit muda, seramai 110 orang anggota rekrut lelaki dan 20 orang anggota rekrut perempuan siap berbaris di padang kawat bersama bagasi dan kelengkapan masing-masing dengan lengkap berpakaian pakaian hijau 4b dengan nama bersulam.

Kasut spike boot yang pada ketika itu agak berat, kami menunggu penuh sabar sehingga pukul 8.00 pagi masih tiada lagi tanda-tanda kehadiran jurulatih kami, tika itu matahari sudah terpacak tegak diatas kepala, dengan beret biru gelap yang agak ketat peluh sudah mula mencucuri wajah kami, sehinggalah jam menunjukkan pukul 9.30 baharulah ada tanda-tanda kehadiran jurulatih.

"Baiklah hari ini ialah satu hari yang kamu lapang dari apa jua latihan, latihan akan dimulakan hanya pada hari esok, hari ini kamu akan di berikan briefing oleh Tuan Kapten Sulaiman ( bukan nama sebenar ) dan setelah selesai briefieng kamu perajurit lelaki akan beratur dihadapan bilik stor simpanan kelengkapan yang pertama ialah proses pemotongan rambut, kedua ialah pembahagian tray makanan dan juga mistin bekas minuman kamu, yang ketiga pembahagian kelengkapan seperti " pouchers", helmet tempur latihan medan dan juga pembahagian no. senjata yang akan kamu guna sehingga tamat latihan, Faham semua skod"!!!?

"Faham koperal!!! jawab kesemua anggota rekrut.

" Baik bergerak mengikut barisan masing-masing"!! Faham!!?

"Faham koperal!!!

Hari itu, kami diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengemas katil tempat kami tidur mengikut tatacara didalam tentera, bagaimana kedudukan selimut dan bantal dan juga susunan kasut dihujung katil, kami juga diberi tunjuk ajar bagaiman caranya menguruskan anggota dalam proses pengambilan senjata, satu hari penuh kami diberi tunjuk ajar tiada masa untuk berehat walaupun kelas tempur masih belum bermula kami sudah penat dengan briefing yang ada.

Kami dapat berehat sepenuhnya pada pukul 12.30 tetapi pada hari esoknya kami mesti sudah ada dipadang kawat berpakaian lengkap 4b bersulam dan berbaris disana untuk nyanyian lagu negaraku, lagu tentera darat dan lagu pasukan simpanan seterusnya latihan fizikal yang tak perlu saya sebutkan dengan detail.

Begitulah seterusnya kehidupan kami untuk hari-hari yang akan datang, " with the same old routine".

sehinggalah genap seminggu kami berada disitu, barulah cabaran mental bermula sebenar-benarnya, kami berada disitu tanpa mengetahui asal tapak kem tersebut sebenarnya ialah tapak hospital lama yang mana apabila malam menjelang tempat kem ini kelihatan suram dan seram.

Sarjan ada memberi amaran kepada kesemua anggota apabila mahu melakukan latihan malam jangan sesekali melakukan latihan berseorangan dan lebih afdal jikalau berdua nak dijadikan cerita pada keesokan paginya kami beratur seperti biasa kerana pagi itu kami ada latihan kawat senjata dan semasa beratur kami mengira kekuatan anggota dan mendapati seorang tiada didalam barisan, wakil ketua skod dan beberapa anggota yang lain mencari dimana hilangnya seorang lagi skod, setelah sejam kami mencari tidak terjumpa walau sehelai rambut, kami jadi pelik kerana kem ini tidaklah besar mana, dalam kekalutan mencari kehilangan seorang anggota, tiba-tiba sarjan menjerit meminta bantuan beberapa orang dan mengatakan anggota yang kamu cari sudah dijumpai didalam parit kering, kelihatan tidak sedarkan diri, kami mengeluarkan dia dari parit kering itu dan menyapu air kemukanya tetapi dia masih tidak sedar, lalu sarjan menyuruh seorang anggota untuk memanggil ustaz dari unit KAGAT ( kor agama angkatan tentera ) datang untuk menguruskan perkara ini, lalu tibalah ustaz yang lebih dikenali sebagai sarjan iman ( bukan nama sebenar ) dia mula terkumat-kamit membacakan beberapa potong surah pada air didalam mangkuk lalu disapukan kemuka skod yang tidak sedarkan diri tadi, setelah beberapa kali menyapukan air yang telah dibacakan surah barulah nampak tanda-tanda yang dia bakal tesedar dari komanya, sampai secara tiba-tiba dia seperti tersentak daripada mimpi yang menakutkan dan cuba untuk bangun dan melarikan dirinya namun dapat kami atasi tindakannya itu dengan merangkul erat leher, kaki dan lengannya dimana ustaz pun bertanya padanya, "apa yang berlaku pada kamu semalam sehingga kami menjumpai kamu tidak sedarkan diri di dalam parit kering tepi pejabat MT"? tanya sarjan iman.

Skod itu menjawab, "semalam saya membuat latihan kawat berseorangan dipadang kawat dalam cuba mengingati langkah dan arahan, berpusing ke kanan kekanan pusing, berpusing kebelakang kekanan pusing, berpusing ke kiri ke kiri pusing pada saat itu saya terkejut munculnya satu lembaga yang tingginya mencecah 20 kaki berpakaian putih berambut panjang mencecah kelantai bermata merah berdiri tegak memandangi tepat pada saya, saya ingin menjerit meminta tolong tetapi apakan daya suara saya seperti tersekat dikerongkong, tubuh badan saya tidak mempunyai upaya untuk bergerak sama sekali dan itulah yang terakhir saya mampu ingat", kata skod itu, hasil dari ceritanya itu kami yang ada disitu, mendengar dengan penuh fokus mula merasai seluruh bulu roma ditubuh kami ini tegak dan rasa seram bangkit mendadak bersama degupan jantung gugup dan gementar kami.

Saat itu ustaz Iman berkata ," tidak perlu kamu merasa takut dengan makhluk tuhan ini kerana dia juga makhluk yang dicipta olehNya, seperti mana kamu jua, tetapi tahap kamu jauh lebih tinggi dari mereka, janganlah kamu takut padanya, tanamkan rasa takut pada tuhan bukan pada makhluk ciptaannya".

"Sudah!, bersurai dan lakukan tugas yang patut kamu laksanakan, kecuali kamu, berehat disurau sehingga waktu maghrib, banyak lagi proses " pembersihan" yang kamu perlu jalankan dan moga dijauhkan dari gangguan jin dan syaitan yang direjam".

Kami semua bersurai dan meneruskan aktiviti yang patut kami ikuti tetapi perkara tersebut kekal dibenak fikiran kami. Ada sesetengahnya mulai gugup untuk berkata-kata dalam masa yang sama badan menggigil ketakutan, takut diganggu makhluk tersebut.

Setelah habis kelas ilmu medan perang ( IMP ) iaitu pada pukul 2.30 pagi, kami dihidangkan dengan "showprade" penuh dengan peringatan dan teguran dari sarjan dan leftenan yang bertugas selama setengah jam, jangan sesekali membuat latihan berseorangan, itulah yang diulangnya berkali kali kami diperingatkan olehnya.

3 pagi baru dapat berehat masa tu lah kami nak membasuh baju, stokin mahupun pakaian dalam yang kotor mahupun basah dibasahi peluh, kilatkan kasut, "iron" baju, memang tidak cukup kerana pukul 4 pagi kami akan tercongok balik dipadang kawat, bayangkanlah sendiri bagaimana rasanya. Dengan bilik air yang ada hanya ada 4 bilik air tetapi anggota seramai 110 orang anggota lelaki, terpaksalah kami berkongsi 1 bilik air ada 5 orang, seorang pegang gayung dan simbah sampai kebelakang biar semua 5 orang tu terkena air sekali, sabun dan simbah lagi boleh dikira berapa kali gayung kami guna dengan hanya 6 kali simbahan gayung kami dah siap mandi dan selepas itu kumpulan seterusnya, hahaha...masa tu tak ingat apa dah semua dok pikir nak mandi secepat mungkin takut kena denda nanti.


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C1
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen