SURAU ASPURI-MAAHAD YAHYAWIAH.
PADANG RENGAS.
ZAHRATU jatuh terduduk, dengan tubuhnya yang tegak separa berdiri dan lututnya menyembam ke tanah basah. Mujur, bukan di atas batu atau tanah keras. Dia jatuh ke atas tanah gambut yang berstuktur lembut. Jika ianya tanah berbatu, pasti kedua-dua belah lututnya cedera.
Raut tanpa hiasan itu bergerak secara rela ke atas. Kepalanya mendongak, memandang dada langit yang gelap gelita. Hitam tidak punya sebutir bintang walau langit tak mendung. Tak berawan. Mukanya itu, dirasakan basah lencun dengan peluhnya yang berjuraian dari umbun-unbum hingga ke pengkal leher.
Seluruh anggota badannya terasa membahang dengan haba panas hingga dia badannya berkeringat peluh.
Tiada reaksi! Dia masih membatu bagai patung yang dipasak ke bumi. Utuh di tempat yang sama. Tidak pula dia menjarakkan dirinya serta, dia tidak pula gerun pada suhu panas api yang membakar. Dia berterusan menghadap marak api.
Bibirnya perlahan-lahan dan melebar sehingga kelihatan dia tersengih dan menampakkan baris gigi belakang. Senyumannya kelihatan aneh dan memyeramkan. Selang waktu dia berkeadaan bergitu bagai khayal dengan tarian si api. Dia mula bangun. Berdiri di hadapan unggun api, tempat dia membakar tangkal-barang pujaan itu. Apinya bergerak meliak-liuk seperti tarian yang memukau. Geraknya mengikut deru angin kuat yang menyapa. Bahang panas dan sejuk angin yang bercampur, membuatkan dia tenggelam dalam imaginasi dan mula mengatur langkah. Tangannya melentik bagai sang penari gayung, kakinya diatur seperti wanita yang sedang asyik dalam tariannya. Kakinya bergerak, perlahan-perlahan dengan lenggok tarinya berentak. Zahra leka sembari dia tersenyum. Matanya tertutup rapat, menikmati malam dan rentak api yang membakar dan menjulang. Namun, setiap gerak adalah langkah memuja. Gerakkannya semakin lama semakin laju. Terhuyung hayang dengan ganas.
"Ara!!" Zahra terhenti.
Tanpa berhenti, kepalanya menoleh memandang ke arah Zafran. Mukanya membengis dan anak matanya memerah dan bibirnya tersungging tatkala melihat wajah Zaffran berubah pucat. Tidak lama, isterinya kembali mengerakkan tubuhnya. Membuai pada tarian pujaan.
"Kekal di tempatmu!" Ustaz Yusof memberi amaran. Zaffran akur walau dia kegelisahan melihat isterinya.
"Ara!!!" suara jerkahan Zaffran agak keras, memanggil nama isterinya membuatkan Zahra tersedar serta merta. Dia terjatuh dan terduduk. Terpana-pana dia dengan degup jantung yang laju. Renungan matanya melihat ke tanah.
Dia masih di tempat yang sama.
Masih berdiri di hadapan api, dengan separuh badannya di atas muka bumi. Lututnya kotor dengan rumput dan tanah. Remang di belakang tengkuknya, tegak berdiri. Dahinya berpeluh dan belakang bajunya berkeringat dingin bahkan bahagian dadanya terasa hangat membakar. Anak mata hitamnya meligas, melihat sekeliling dengan renungan mata yang kosong. "Ara...! Ara..., Ara!" Zaffran tetap memanggil, berulang kali. Mata batinnya dapat melihat bayangan isterinya yang berperilaku aneh, bergerak tari berseorangan mengelilingi api. Namun, dalam masa yang sama dia melihat jasad isterinya yang membatu itu, umpama patung batu tanpa ruh.
Zahra berpaling. Namun kali ini, wajahnya berwarna pucat dan badannya mengigil seperti orang yang sedang kesejukkan. Mujur dia sempat tersedar dan dapat kembali ke titik nyata.
Pandangannya seketika tadi seperti tertutup dengan satu hijab. Dia seperti terkurung dalam jasadnya sendiri. Di kelilingnya, tiada ustaz. Tiada suaminya dan tiada juga kawan-kawannya kecuali Najihah. Setelah di tegur Zaffran. Pandangannya perlahan-lahan kembali jelas dan menangkap jelas kelibat mereka yang berada di sekelilingnya. Dia gagah, berdiri dan bangun dengan badan yang gementar. Bergerak ke belakang. Sewaktu dia menghumban barang mungkar itu ke dalam api. Jeritan dan pekikkan sangat nyaring sehingga memekakkan deria pendengaran. Mengelapkan pandangan matanya. Asap hitam yang keluar, melingkar ke arahnya dan menghilang perlahan-lahan. Pandangannya juga gelap.Badannya panas dari ibu jari hingga anak jari kakinya terasa pedih dan bahang panas menjalar dari ke atas. Hal itu membuatkan dia hampir tersungkur ke depan. Teringat dengan pesan ustaz untuk terus membaca ayatul kursi. Suhu badannya menurun, dan nafasnnya mulai lancar. Kekuatannya seakan kembali. Ammar macam mana? Matanya terus mencari kelibat menantu lelakinya yang kelihatan tenang, sambil membalas senyumannya ke arahnya.Barulah dia melihat ke arah suaminya. Riaksi suaminya yang tampak lega adalah isyarat balas yang sama dengannya. Hatinya melurut lega. Walau, ada beberapa rakan-rakannya hampir terhumban ke belakang ataupun ada beberapa yang hampir terbenam ke dalam tanah. Termasuklah ustaz mereka. Tiada yang mengalami cedera cuma kekeliruan dirinya yang seumpama dirinya dikurung.Mujur suaminya dan anak lelaki Najihah memengang Ustaz Yusof, jika tidak. Pasti ustaz yang berusia setengah abad itu terlentang ke belakang. Kerusi plastik yang menjadi tempat duduk ustaz juga, tampak patah dua kakinya.Matanya beranjak pada tubuh Najihah yang masih terbujur tak sedarkan diri. Walaupun, tangkal dan alat pujaan itu sudah dibakar sehingga mereka hampir disapu angin kuat seperti angin ribut. Najihah masih kaku tak sedarkan diri. Zahra mati akal. Walhal, dia bertemu Najihah yang termenung dengan renungan kosong. Dia mahu menegur. Tetapi, pengerakkannya terbatas.
"Ustaz." keruh suaranya.
"Kita dah usaha. Kita akan cari cara untuk, sedarkan dia."
Zahra mengangguk. Dia mendapatkan Najihah.
"Yang lain dah boleh gerak? "tanya Nabila, ragu-ragu untuk bergerak setelah ustaz melarang mereka untuk bergerak.
Ustaz Yusof yang masih kelelahan, menganggukkan kepalanya sebagai jawapan dari pertanyaan anak muridnya. "Ustaz nak ambil wuduk. Rasa yang lain pun boleh ambil wuduk, sebab kita nak buat solat sunat hajat."
Masing-masing angguk.
Nabila dan beberapa wanita lain, mendapatkan Najihah yang masih terbaring. Wajahnya yang pucat, sudah nampak kemerahan-merahan. Zahra senyum nipis, apabila mereka dapat melihat perubahan raut di wajah rakan mereka."Kita akan teruskan sehingga termampu." balas yang lain. Mengangguk-angguk, membalas antara mereka.
....
SOFEA terpenpam. Seperti potret lukisan yang bergerak. Lukisan ibunya, sama seperti lelaki di wajah hadapan mereka. Walaupun, lelaki ini kelihatan tidak terurus dengan rambutnya yang panjang. Bawah matanya yang lebam dan kemerahan itu masih menampakkan kemiripan mereka. Bibirnya biru dan ada yang merekah.
Ilustrasi gambar itu seakan keluar. "Kau...kau siapa?"
Rafael buat tidak endah. Dia tidak tentu arah, melihat ke atas dan kawasan gelap di belakang mereka.
"Kau, siapa!!" marah Sofea. Air matanya mulai membasahkan roman mukanya. Bahu Rafael, dipengang kejap. "Kau siapa...mana kakak aku!!" tangisnya bergema. Dia yang asalnya agak penakut, mulai membentak Rafael.
"Sudah. Kita bawa dia keluar." Avienna yang berada di belakangnya, memujuk lembut. Kelakuan lelaki mirip dua beradik kembar itu, mendatangkan rasa yang kurang enak pada hatinya.
"Jom! Jom keluar!" jawab Rafael, laju sahaja menyambut ucapan Avienna. Soalan Sofea, di abaikan tanpa perasaan. "Jom!"
"Tak!! Kau tak akan keluar. Kau tunggu sini." marah Sofea. Tangannya mengelap air matanya yang bersisa dengan kolar bajunya. "Kau nak sangat keluarkan." Sofea berjeda seketika. "Aku. Aku tak akan izinkan." tambahnya lagi, dengan bahang amarahnya yang dilempiaskan. Dia menjeling pada Avienna sebagai kata penamat.
Bersambung...