Sengaja..Sengaja aku mengubah diri dan visi..
Mengatakan aku hebat berpuisi..
Heboh pada ilmu yang aku gali...
Sedangkan, permata cahaya itu milik Ilahi..
Sombongnya...Sombongnya, aku kini...
Yang dulunya aku menyanjung diri..
Bongkak dan ego yang semakin meninggi..
Berlidah dua bercabang, disembunyi di belakang barisan gigi..
Pada madah ciptaan yang penuh ilusi..
Ada yang terpedaya pada ungkapan penuh halusinasi..
Saat teguran menyapa nurani...
Tika mata hati, membuka pandangan yang dipenuhi duniawi..
Detik nyawa yang mungkin akan berhenti...
Akulah manusia yang dilumpuri dosa daki..
Aku tidak mahu tunding jari pada diriku sendiri..
Dan tidak mahu salahkan pada insan yang berada di sisi..
Walaupun..mereka jua adalah seperti diriku ini..
Bodoh, dungu dan tuli..
Dalam membawa naskah baru di tangan ini..
Ibuku, aku sisihkan kudratku untuknya kini..
Tanpa rasa salah mahupun tersentak hati..
Seakan, dosa itu seloka yang tercipta sendiri..
Akulah panorama duniawi..
Pandangan generasi cetek ilmiah dan akhlaki..
Hilang malu dan nilai diri di injak sesuka hati..
Aku adalah anakmu ini...