App herunterladen
33.33% Sfera / Chapter 14: Cubaan

Kapitel 14: Cubaan

Entah kenapa, sejak dari dahulu lagi, aku mempunyai satu tabiat yang mana aku akan makan dengan banyak sekali apabila aku berada dalam keadaan gementar atau pun tertekan. Itulah yang aku lakukan ketika menikmati sarapan sendirian di hadapan Capital Square pada satu hari Selasa yang cerah.

Semasa dalam perjalanan dari Masjid Jamek ke Capital Square, aku sempat membeli nasi lemak, bihun goreng dan beberapa jenis kuih muih yang di jual oleh peniaga-peniaga di tepi jalan. Perlahan-lahan aku menyuap satu-persatu hidangan sarapan pagi itu ke dalam mulutku. Semakin berisi perutku, semakin kurang rasa gementar yang aku rasakan sejak malam. Aku berasa lebih tenang dan bertenaga.

Aku cuba mencatat nota mindaku ke atas satu helaian kertas. Ketika itu, aku cuba mengagak apa yang akan ditanya kepadaku apabila aku berada di pejabat majalah Hey nanti.

Beberapa hari sebelumnya, aku telah dipanggil untuk menghadiri satu sesi temuduga. Menurut Chan, wanita yang menghubungiku berkenaan dengan temuduga itu, bahagian editorial majalah Hey memerlukan seorang kerani untuk membantu mereka di sana. Aku bersetuju untuk mencuba lalu membuat temujanji untuk ditemuduga di Terry Lee Publication.

-Good Luck Marina -

Harry

Aku menerima satu mesej dari Harry. Kunyahanku terhenti seketika. Perasaan gementarku yang hilang kembali terasa. Aku menarik nafasku dalam-dalam. Cuba mengembalikan ketenangan yang aku rasai setelah menikmati sarapan pagiku yang berat itu.

Sebenarnya Harry adalah orang yang bertanggungjawab dalam menyusun langkahku ke situ. Walaupun dia tidak mengakuinya, aku tahu, jika tidak kerana dia yang menarik perhatian ketua operasi Hey kepadaku, mungkin aku tidak akan berada di situ.

Sebaik sahaja tamat Pesta Buku Kuala Lumpur, Harry menghubungiku dan meminta aku menyiapkan satu jurnal berkenaan dengan pesta buku yang berlangsung di PWTC itu.

"Tulis apa yang awak fikir tentang pesta buku tempohari. Itu sahaja" kata Harry.

"Untuk apa Harry?"

"Setiap aktiviti yang melibatkan Hey akan diletakkan di dalam jurnal. Untuk Pesta Buku itu, Daniel perlukan satu rekod untuk jurnal Hey. Dia percaya hanya hanya awak yang boleh menyiapkannya kerana awak yang berada di sana setiap hari sepanjang pesta buku itu. Hey amat memerlukannya dari awak. Boleh ya Marina?"

"Okey. Saya cuba. Tetapi jangan pula marah saya kalau apa yang saya buat nanti tidak seperti yang kamu semua jangkakan"

"Eh. Tidaklah. Nama pun minta tolong. Tidak akanlah kami hendak marah pula" kata Harry.

Walaupun aku nampak ragu-ragu di hadapan Harry, di dalam hati, aku sememangnya teruja dengan apa yang dikatakan oleh Harry. Manakan mampu aku menolak permintaan ketua editor Hey. Di dalam benak fikiranku, aku tahu permintaan Daniel itu adalah sesuatu yang tidak patut aku sia-siakan. Ia memberi peluang untuk aku menunjukkan kebolehanku. Manalah tahu, untung-untung ada rezeki untuk aku buat kerja sambilan di Hey. Ketika itu, aku sudah mula berangan untuk menjadi salah seorang dari contributor bulanan Hey. Aku melakukan yang sehabis baik. Bagiku, sekiranya tiada apa-apa hasil sekalipun, aku tidak akan menyesali apa-apa di masa akan datang. Sekurang-kurangnya aku mencuba.

Dua minggu berlalu tanpa apa-apa berita dari Harry selepas aku menyerahkan jurnal pendek itu kepadanya. Apabila terserempak dengannya, kami hanya tersenyum dan berbual pendek. Aku tidak bertanya sedikit pun mengenai jurnal pendek yang aku siapkan itu. Dia cuma mengeluh kecil tentang jadualnya yang sibuk. Sehinggalah tiba saat di mana Chan menghubungiku berkenaan dengan jawatan kerani itu, aku menghantar mesej kepadanya.

- Chan dari Hey ada telefon saya tadi. Dia mahu saya datang temuduga untuk jawatan kerani. Awakkah yang cadangkan nama saya?-

- Tidak. Saya tidak cadangkan nama awak. Awak tidak suka dengan jawatan itu?-

- Suka. Ini ada kena mengena dengan jurnal pendek itukah?-

-Saya tidak tahu Marina. Daniel tidak beritahu saya apa-apa langsung. Awak pergilah ya. Saya rasa ini peluang baik untuk awak. Kita boleh kerja bersama nanti-

-Saya akan pergi. Terima kasih Harry-

"Aku tahu yang kau akan dapat kerja itu sayang. Kau akan bergelar seorang editor tidak lama lagi!" kata Gina sejurus sahaja aku memberitahunya tentang temuduga itu di Dr Love.

"Gina. Janganlah ucap tahniah dahulu. Belum apa-apa lagi. Aku baru sahaja hendak pergi temuduga. Lagi pun aku ditawarkan untuk menjadi seorang kerani di sana"

"Ia satu jawatan penting Marina dan ianya di Hey! Bukan sebarangan tempat! Ianya satu permulaan yang baik!" kata Ally kepadaku.

Setibanya aku di Terry Lee Publication, aku duduk menghadap penolong pertama dan kedua ketua editor majalah Hey iaitu Cindy dan Susan. Dalam posisi menegak, aku duduk menyandar ke kerusi yang menyokong elok posturku ketika itu. Mataku melilau ke segenap bahagian pejabat, mencari-cari bayang lelaki yang bernama Daniel. Aku tertanya-tanya ke manakah agaknya ketua editor majalah Hey itu pergi. Menurut kedua-dua wanita itu, merekalah yang akan menemuduga aku pada hari itu. 'Alahai. Aku ingat Daniel yang akan temuduga aku' kataku di dalam hati. Ketika itu, pelbagai kemungkinan tentang Daniel keluar dalam fikiranku.

'Hmmm. Dia sakit barang kali. Atau dia tidak suka menemuduga orang. Atau pun dia kurang sihat? Bagaimana kalau dia sekarang ini berada di bilik sebelah? Mungkin dia boleh melihat aku dari mana-mana dinding yang ada di dalam bilik ini seperti yang aku tonton dalam rancangan Style of Jury?'

Cindy dan Susan kembali semula ke meja setelah meninggalkan aku untuk beberapa minit.

'Hentikannya Marina! Hentikan semua ini! Bertenang...' aku mengingatkan diriku. Aku tahu aku patut berhenti dari menyoal diri dengan soalan-soalan yang mengarut dan fokus pada apa yang ada di hadapan mataku.

Semasa menemudugaku, Susan dan Cindy nampak begitu menyenangkan sekali. Sebelum aku disoal dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan kerja, kami berbual-bual dahulu mengenai harga gula, petrol dan cuaca di Kuala Lumpur yang semakin panas. Perbualan itu sedikit sebanyak mengurangkan perasaan gementarku. Oleh kerana fokus majalah Hey adalah berkenaan dengan gaya hidup di Kuala Lumpur, maka topik perbualan kami pun berkenaan dengan hal-hal yang berkaitan. Sebenarnya aku tidak menyangka yang ianya akan menjadi satu sesi temuduga yang begitu kasual sekali. Bukan sesi soal-jawab yang aku bayangkan sebelumnya. Sebelum temuduga itu, aku membayangkan yang aku akan disoal dengan soalan-soalan sukar yang bertujuan untuk menguji karaktorku dan dari situ, mereka mampu melihat sejauh mana sihatnya mentalku. Aku pula akan berpeluh-peluh memikirkan jawapannya.

Namun, perkara-perkara lain juga turut disentuh. Apabila ditanya tentang pengalaman kerja pula, suka atau tidak, aku tidak boleh mengelak dari bercerita mengenai Markonah dan apa yang berlaku di Nona Silk. Ternyata, mereka terkejut dengan apa yang aku ceritakan kerana mereka tidak menyangka yang mereka sedang menemuduga orang yang berada di sebalik drama yang melibatkan Nona Silk beberapa bulan yang lalu. Apabila ditanya apa rasanya bekerja untuk seseorang yang digelarkan sebagai 'paling kejam di Lembah Klang', aku menjawab yang aku amat menyukai cabarannya walau pun ianya tidak berakhir seperti yang diharapkan. Ianya satu jawapan yang selamat kerana Gina selalu berpesan kepadaku untuk tidak terlalu kritikal terhadap Markonah apabila ditanya dalam temuduga.

Selain daripada itu, mereka juga sempat bertanya beberapa soalan lain seperti rancangan masa depanku dan kemungkinan untuk aku meninggalkan syarikat itu dalam masa enam bulan. Soalan terakhir yang diajukan kepadaku itu membuatkan aku berasa sedikit gugup dan aku memilih untuk berlaku jujur lalu menjawab "Ya". Namun, aku menambah pada akhirnya "Jika saya mendapat tawaran yang lebih bagus, mengapa tidak?" kataku dengan nada bercanda yang penuh hati-hati. Susan dan Cindy berpandangan dan tersenyum.

Selepas temuduga itu berakhir, aku sempat meninjau-ninjau pejabat Terry Lee Publication yang senyap sunyi pada ketika itu. Kesunyian itu bukanlah kerana ketiadaan orang di pejabat, namun ianya kerana kesibukan dan ketekunan mereka yang berada di situ. Melihat situasi itu, aku bertanya kepada diriku, "adakah aku mahu berada di sini sekiranya aku diterima?"

Soalan itu membuatkan aku berhenti berfikir untuk seketika. Aku cuba mengingati kisah silamku dan cerita suka-duka mereka yang terlebih dahulu makan garam daripadaku. Mungkin itu bukanlah sesuatu yang aku harapkan selama ini. Tetapi ianya mungkin sesuatu yang aku perlukan. Sebelum itu pun aku tidak pernah tahu hala dan tujuku yang sebenar. Mungkin aku patut mengubah pandanganku tentang karier dan kehidupan. Aku tidak perlu takut untuk memulakannya semula. Lagi pun, Hey dan Terry Lee adalah satu tempat yang baik untuk aku lakukan perubahan di dalam kehidupanku. Rugi sekiranya aku tidak mengambil peluang yang diberi. Sejujurnya, pada ketika itu, aku sendiri masih lagi samar-samar tentang sejauh manakah peluang itu akan mengubah hidupku pada masa akan datang. Namun, aku dapat merasakan yang ianya satu pilihan yang tepat. Hey seolah-olah memberi aku peluang untuk berkongsi sesuatu dan mengukir senyuman di wajah ribuan orang dan yang pasti, aku perlu bersedia untuk memulakan sesuatu yang baru.


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C14
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen