"Uhuk!Uhuk! Uhuk! " Air yang di teguk tadi dengan tak semena-mena tersekat di tekaknya membuatkannya tersedak dan terbatuk dengan keadaan panik.
"Kamu ni dah kenapa, Syah? Cubalah makan perlahan-lahan sikit, tak bolehkah?"
"Hah? Er..ya...maaf, ma..."
'Siapa pula yang mengumpat pasal aku ni? Jangan kau; sudah, Mia...' sempat lagi dia mengomel dalam hati selari menyuapkan hidangan petang ke mulutnya lagi. Sejak keluar dari hospital tempoh hari, Amier terpaksa tinggal dirumah keluarga Amry selepas didesak ibu Amry.
Pada masa yang sama;
"Jumpa tak?"
"Tak ada pula...eh? kenapa awak tak cari sekali? Mungkin kita boleh jumpa dengan lebih cepat benda tu kalau awak tolong cari."
"Hah? Er... bo...bolehkah?"
"Apa maksud awak? Inikan bilik abang awak... takkan awak ak boleh masuk, dan carikkan barang dia?"
"...tapi... abang tak bagi saya usik langsung barang dia... nanti dia marah, macam mana?"
"Mia, bukankah sekarang ni kita tengah terdesak? Mungkin betul benda yang awak cakap tu ada kena-mengena dengan incident ni? Siapa tahu, kan?"
"..." aku terdiam mendengarkan ayat yang keluar dari lelaki yang masih kelihatan duduk di
"I guess it can't be helped..." kedengaran dia melepaskan keluhan;seterusnya lelaki itu mulai bangun dari situ dan menuju terus ke arahku sebelum berdiri betul- betul menghadapku dengan sebaris senyuman sinis.
"?!!??" aku yang ketika itu agak terkejut hanya menundukkan pandanganku darinya dengan perasaan panik.
'Apa pula dia ni?'
"Dengar sini...kalau awak takut sangat pasal abang awak marahkan awak sebab masuk bilik ni, okay...sekarang, saya abang awak; saya abang Amier awak...dan saya minta awak tolong saya carikkan loket yang awak cakapkan tadi, boleh?"
"Hah?"
"Boleh tak?"
"Ah...y...ya... boleh." Walaupun aku masih keliru dengan keadaan itu, aku akurkan jua.
"Terima kasih...dah, jom." Bagai puas hati dengan jawapanku tadi, Amry mula berpaling semula dariku dan meneruskan 'sesi penyelongkaran' nya tadi dengan penuh tekun.
"O...kay..." aku menjawab perlahan sambil melangkah malas menuju ke katil abang Amier sebelum duduk disitu dan mengalihkan perhatian ke arah laci sisi katil.
'Apakah? Kenapa aku rasa pelik bila dia pandang aku tadi? Mungkin sebab abang Amier tak pernah layan aku macam tu sebelum ni? Hah! Mesti sebab tu...kan?' aku mengomel dalam hati selari mula membuka laci sisi katil untuk mula mencari loket yang di maksudkan kami tadi sambil sesekali memerhatikan lelaki yang kelihatan persis rupa abang itu tapi dengan karekter yang berlainan darinya.
'Betulkah aku bukan bermimpi, ni? Kenapa macam pelik sangat benda ni? Macam... tak logik langsung... tapi...kenapa nampak macam betul? Entahlah...aku harap semua ni akan berakhir dengan cepat...?!?!' mataku terbeliak apabila aku melihat ada satu kotak kecil berwarna hitam diletakkan rapi dibahagian paling dalam laci itu.
"Am!" lantas aku memanggil Amry yang kelihatannya masih mencari dibahagian almari pakaian abang sejak tadi.
"?!?! Kenapa ni, Mia?" secara spontan, dia terus bergerak tergesa-gesa ke arahku dengan reaksi bimbang.
"Mungkin...benda ni yang kita cari, tu?"
"Mana?
"Ini... kotak hitam ni." Aku sekali lagi menunjukkan ke arah kotak yang dari tadi yang dari tadi aku tak berani untuk hampiri.
"Awak pasti?"
"Ya... sebab sebelum ni abang pernah tanya dan tunjukkan kotak hitam ni pada saya; dia kata dia jumpa dalam beg tangan saya...dan ada loket eyedrop didalamnya."
"Eye...drop?" mendengarkan penjelasanku tadi, Amry sekali lagi mengalihkan perhatiannya kembali ke arah kotak hitam tadi sebelum mula mencapainya.
"Am!"
"?!?" dengan spontan aku menarik lengannya dengan panik; perasaan takut mula terasa.
"Tak apakah kita buka benda ni?" aku menatapnya dengan perasaan risau.
"Mia, jangan takut; tak ada apalah..." nadanya kedengaran tenang membuatkan aku terdiam seketika.
"Okay." Aku menjawab perlahan selari melarikan pandangan ke bawah; rasa bersalah pula dengan sikap paranoid ku sendiri tadi.
"?!?!" saat Amry membuka kotak hitam tadi, mataku terbeliak melihatkan isinya; ternyata tekaan aku betul, memang seperti yang diungkapkan abang tempoh hari.
"?!?!"
"Jadi, awak nak buat apa, sekarang?"
"Saya tak pasti... tapi, saya rasa saya perlu jumpa dengan abang Lan...mungkin dia tahu pasal benda ni."
"Abang...Lan?..?!?! pembantu awak tu?"
"A'ah.. dialah...dia juga kawan baik saya dari dulu... dan orang yang saya paling boleh percayakan."
"..tapi, macam mana? Takkanlah awak nak ceritakan semua ni pada dia? Dia akan percayakah?"
"...."
"Awak?"
"Honestly, saya tak tahu...tapi, saya harapkan sangat yang dia boleh terima dengan apa yang kita nak cakap nanti."
"Ki...ta? eh? Maksud awak, saya ikut sekali?" aku mengalihkan pandangan ke arahnya semula sambil mengangkat kening.
"Ya... awak kena ikut sebab kita nak cakap pasal abang awak tu...awak tak nak jumpa dia?"
"Nak...tapi; saya takut kalau abang yang tak nak jumpa dengan saya nanti..." akukembali tunduk dengan pernyataannya tadi; aku masih takut kalau abang akan bersikap dingin dengan aku disebabkan hal ni.
"Jangan merepeklah...saya pasti Amier tu pun rindukan awak."
"Baik... kalau awak dah cakap macam tu, saya akan ikut."
"Baguslah...sekarang, saya masih kena fikirkan cara macam mana nak yakinkan Abang Lan pasal hal ni..." dia kemudian mengalihkan pandangannya ke arah kotak tadi sekali lagi dengan reaksi serious.
"Pasal tu..." aku bersuara tanpa sedar.
"Kenapa, Mia? Awak ada idea?"
"Hah? Tak...tak apalah... mungkin tak boleh pakai kot.." lantas aku menggelengkan kepala sebelum tunduk; menolak keinginan ku sendiri untuk bersuara.
"Manalah tahu kalau boleh guna idea awak tu...beritahulah... kalau tak kena, saya takkan marah pun. Cakaplah..." nadanya yang bersahaja membuatkan aku terpanggil untuk bersuara lagi.
"Okay, macam mana kalau..." aku mula memberinya akal selari dia kelihatan setia mendengarnya tanpa sebarang kata sambil tampak sedang berfikir dengan reaksi serious.
"Kan saya dah cakap...idea tu..?!?!"
"Bagus juga! Saya tak terfikir pun pasal hal tu..." aku terdiam kembali apabila Amry secara tiba-tiba bangun dari situ sambil tersengih.
'Eh? Dia... dengar cadangan aku?'