"Assalamualaikum...Syah! apa yang kau buat lama sangat dalam bilik air tu?" suara Mazlan mengejutkan mereka bertiga; Amry dilihat keluar dari tandas dan menutup pintu dibelakangnya dengan reaksi cemas.
"?!?! Eh...Er...Lan! sorrylah...aku sakit perut sikit tadi.." bohongnya; cuba menyembunyikan reaksi cemasnya tadi.
"Oh...okay, eh? Tadi, kalau tak salah aku, Laila cakap yang kau ada tetamu tadi...mana diorang? Aku tak nampak pun sesiapa disini?" Mazlan memanjangkan lehernya selari mata mulai meliar kesekeliling ruangan dalam bilik itu mencari kelibat orang dimaksudkannya tadi.
"Te...tamu?"
"Yalah..."
"Oh...tetamu! tadi...diorang dah blah dah..." baru tersedar; matanya teralih ke arah pintu bilik air secara refleks sebelum mengalihkan semula ke arah Mazlan dengan harapan dia takkan perasan.
"Dah blah?" Lelaki itu mengangkat kening mendengar jawapan yang kedengaran asing baginya; tak pernah dia dengar Amry kedengaran begitu bersahaja sebelum ini.
"Maksud aku...diorang dah keluar dah tadi...katanya ada hal..." Amir memperbetulkan ayatnya lagi selari tersengih sambil menggaru belakang kepalanya.
"Oh...okay..ni, kau macam mana? Ada sakit mana-mana ke? Tak selesa? Anything?"
"Hah? Tak...tak ada pula...aku rasa okay sangat...kau tak payahlah risau, ya?"
"Ya? Betul ni?"
"Yes, I'm pretty sure..." sekali lagi dia cuba memberikan kepastian dalam ucapan.
"Hmm...baiklah kalau macam tu... tapi, kalau kau ada rasa tak kena, beritahu aku; okay? By the way, paal show, shooting, semua tu; aku tak nak kau fikir langsung..okay? aku dah clear kan jadual kau untuk 2 minggu ni..aku nak kau fokus pada proses penyembuhan kau, faham?" terang Mazlan dengan panjang lebar.
"2 minggu?" suaranya dilantangkan sambil matanya terbeliak.
"Ya...aku nak kau betul-betul sihat bila kau kembali bekerja nanti, boleh?"
"O...kay, kalau kau dah cakap macam tu...you're the manager..."
"Eh? Ka..kau setuju?" sekali lagi Mazlan terkejut dengan jawapan spontan Amir; kontra dengan perangai kebiasa Amry yang sering bertelagah dengan dia dalam hampir semua perkara sebelum memberikan apa-apa kata sepakat.
"Habis tu, kau nak aku cakap apa?"
"?" aku membuat muka pelik sambil memasang telinga disebalik pintu bilik mandi yang tertutup rapat itu; ditemani lelaki yang menyerupai abang kandungku ini duduk disebelah
"Selalunya saya akan protes dulu apa yang Lan cakap dan tak pernah terima bulat-bulat apa yang cuba dia nak cadangkan."
'Ah...patutlah dia bagi reaksi macam tu...?!?!'
"Kalau macam tu...macam mana...?!?!"
"Shh...kita tunggu apa yang abang awak nak cakapkan nanti..." aku terdiam mendengar arahannya itu.
"O...kay."
'Abang, it really helps if you use your creative mind now.' Aku berharap dalam hati tanpa menyebutnya dibibir.
"Ah...bukan maksud aku...macam tu..."
"Aku malaslah nak bergaduh...boring duduk bilik ni lama-lama, tahu?"
"...tapi, bukan kau baru sedar hari ni?"
"?!!?...Hah! itulah...kalau aku yang baru sedar ni pun dah mula terasa bosan duduk disini, bayangkan kalau sampai 2 minggu aku kena terperuk dalam ni? Agak-agak aku boleh survive, tak?"
"Make sense...so, kau nak balik?"
"Hah? Er...ya? kalau boleh? Lagipun, aku pasti korang bayar mahal untuk bilik hospital ni, kan? Membazir duit tu kalau aku boleh duduk berehat dirumah saja."
"Aduh!"
"Kenapa?" aku mengalihkan pandangan kepadanya dengan penuh tanda tanya.
"Abang awak ni memang macam ni, ya?" suaranya perlahan bagai berbisik selari menjeling ke arahku dengan sebaris senyuan sinis.
"Maksud... awak?"
"Selama saya Mazlan kenal dengan saya, saya tak pernah berkira pasal duit dan tak ambil tahu pun pasal semua tu...jadi, saya takkan cakap pasal perkara yang dia sebut tadi tu."
"?!?!" aku membeliakkan mataku apabila menyedari apa yang cuba disampaikan lelaki ini tadi.
'Alamak... walaupun abang dah berubah wajah, sikap tangkai jering dia tu memang masih melekat pada dia macam gam gajah... buat malu betul lah...' aku memejamkan mata erat selari masih memasang telinga di belakang pintu bilik air itu tanpa membuat sebarang suara.
"..."
"Kenapa kau pandang aku macam tu? Aku tersalah cakap?" Amir perasan akan reaksi yang diberikan lelaki yang dikenali sebagai Mazlan itu selari mula bersuara panik.
"Tak...bukan salah...tapi, macam pelik sebab sebelum ni kau tak pernah pun fikir pasal kos mahupun berapa yang kitorang perlu habiskan untuk kau...kenapa tiba-tiba..."
"Oh...ya? aku tak pernah fikir pasal benda tu sebelum ni? Ah...mungkin sebab masa tu aku tengah bodoh...biasalah kalau kita pernah buat salah, kan? Nama pun manusia... lagipun, bila aku sakit ni, buatkan aku banyak terfikir pasal harta aku, macam mana aku spend selama ni..." selamba nada yang keluar dari mulut lelaki itu sambil menggarukan kepalanya dan tersengih tanpa sebarang rasa bersalah diwajahnya sebelum dia mula meletakkan tangan ke atas bahu lelaki tadi dan mengajaknya untuk keluar dari bilik itu ke ruangan lobi.
"KTAAK!!" bunyi pintu depan tertutup memberikan isyarat kepada kami berdua untuk keluar dari blik air itu.
"..."
"Awak...Er...awak okay?" lelaki yang menyerupai abang ku ini mendiamkan diri tanpa sebarang reaksi sejak tadi hinggalah saat kami keluar dari bilik tadi.
"Dia panggil aku bodoh?"
"!?!? Er...abang memang macam tu perangai dia... saya harap awak takkan..!??!"
"Pfft...hahahah!!!" aku terdiam apabila lelaki dihadapan ku ini tiba-tiba ketawa berdekah sebelum mula duduk bersila di atas katil hospital yang terletak di tengah-tengah ruang bilik ini.
"Eh? Awak?" aku mengangkat kening memandangannya dengan tanda tanya.
'Dah kenapa pula dengan mamat ni, tiba-tiba tergelak ni? Otak dia masuk air kah? Ke.. tertekan sangat dengan apa yang jadi ni?'
"Serious lah abang awak tu? Kalaulah tadi saya boleh tengok macam mana rupa Lan tadi...pfft..."
"A...awak tak marah?" sekali lagi aku bertanya sambil menghampiri hujung katilnya itu.
"Gila tak marah? Dia siap kutuk saya depan-depan lagi...tapi, itu bukan masalah kita sekarang... buat masa ni, saya rasa saya boleh percayakan abang awak tu untuk gantikan saya..."
"Awak...percayakan abang Amir? Er..." aku menundukkan pandangan dengan perasaan serba salah.
"Kenapa? Dia kan abang awak, bukankah awak patutnya lebih percayakan dia?"
"Bukannya itu maksud saya... awak nampak sendiri perangai dia tadi, kan? Tak apakah kalau orang nampak awak dengan perangai macam tu?" sejujurnya memang aku agak was-was dengan tingkah laku abang kandungku itu memandangkan dia seorang yang susah untuk dijangka dan kadangkala bertindak ikut emosi semata-mata.
"Jangan risau, Mia...saya pasti, at the end diorang akan anggap saya cuma berubah sebab penyakit saya tu saja..."
"...okay, kalau awak dah cakap macam tu."
"Sekarang...kita ada satu lagi masalah...."
"Masa...lah?"
"Boleh awak tolong saya untuk sesuaikan diri dengan kehidupan abang awak sementara kita selesaikan masalah ni?"
"?!?!" aku membeliakkan mata dengan permintaannya selari kepalaku mulai ligat dengan pelbagai perkara bermain kotak fikiran.