App herunterladen
51.51% My Reflection of You(Malay) / Chapter 17: Bab 16

Kapitel 17: Bab 16

'Mak cik ni dari tadi diam saja....perlukah aku cakap apa-apa dengan dia ni? ...nanti kalau kekok sangat, mesti dia akan mula ingat yang bukan-bukan, kan? ...tapi... apa agaknya yang patut aku cakap dengan dia ni? Kenal pun tidak; yang aku tahu, nama dia dan dia adik kepada lelaki ni...benda lain aku tak tahulah pula...' sempat lagi lelaki itu mengomel selari berjalan kaki menuju ke perhentian bas tak jauh dari rumah mereka.

"Er...Mia; tak pergi kelas hari ni?" pertanyaan itu membuatkan gadis yang dari tadi berjalan laju mendahuluinya kini berhenti sebelum berpaling untuk menghadap lelaki itu dengan reaksi curiga diwajahnya.

"?!?!" dia terdiam apabila gadis itu tiba-tiba berpusing dan berjalan kembali ke arah lelaki itu; sebelum terhenti betul-betul dihadapannya

'Dah kenapa pula dengan mak cik ni?'

"A...wak...siapa?" akhirnya aku memberanikan diriku untuk bertanyakan soalan itu sambil memerhatikan reaksi lelaki yang tampak sangat serupa dan persis dengan abangku ini.

"Ap...apa yang awak cakap ni? Saya abang awaklah...kenapa Mia tanya macam ni pula?"

'Tak! Dia tipu! Dia bukan abang Amier...aku pun tak tahu macam mana aku nak buktikannya, tapi, aku pasti lelaki ini bukan abang aku, bukan abang Ikmal Amier Qushairi; aku dapat rasakan.' Aku memerhatikan lelaki itu yang kini sengaja berjalan mendahuluiku untuk mengelakkan dari disoal lagi.

"Mia...tak ada kelas hari ni?" pertanyaannya itu membuatkan aku tersentak dan mataku terbeliak dek kerana terkejut. Ternyata reaksiku itu menarik perhatian lelaki itu apabila dia menoleh memandangku dengan wajah pelik.

"Eh? Kenapa Mia buat muka terkejut macam tu? Mia ponteng kelas ke? Bagitahu ayah..." nadanya seperti cuba mengusikku; kontra dengan nada kebiasaan yang digunakannya padaku selama ini.

'A...pa yang terjadi pada abang aku ni, sebenarnya?' aku

"Abang...Mia tak pernah dapat sambung belajar pun...macam...mana Mia nak ponteng kelas pula?"

"?!?!?"

'Eh? Aku tersalah cakapkah? Alamak! Macam mana ni?' lelaki itu mulai panik dengan reaksi yang diterimanya tadi selari mulai mencari akal untuk mengelak.

"??"sekali lagi Mia memberinya pandangan penuh curiga

"Er...Eh? abang cuma bergurau sajalah dengan Mia...takkan itu pun Mia tak perasan? Mestilah abang tahu kalau Mia sambung belajarkah tak, kan?...Mia tak kerja?"

"??"

'Salah lagi? Tapi...takkanlah..kalau tak belajar, mesti mak cik ni kerja kan? Ke..dia menganggur?'

"Abang gurau sajalah, Mia..."

"..." dari membalas, Mia hanya terdiam sambil terus melangkah ke arah perhentian bas tadi.

'Mungkin aku patut ikutkan mainan dia dulu? Lepas tu, mungkin aku boleh tahu apa motif sebenar dia menyamar jadi abang aku? Tapi....macam mana kalau dia seorang yang merbahaya? Pembunuh bersiri ke? Perogol bersiri? Penyamun, ataupun sindiket jual organ? Lanun? Ah! Jangan kau nak merepek, Mia! Tak mungkin orang ada niat pada kau sampai macam tu sekali! Lagipun...kalau dia nak buat jahat, dari awal lagi dia dah buat; tadi.' Marahku pada diri sendiri selari menjeling ke arah lelaki yang masih berjalan dengan langkah kekok di belakangku ini.

'Nampak macam confused pula mamat ni, aku tengok...mungkin, dia bukan orang jahat? Tapi...kenapa rupa dia sama sangat dengan abang Amier?' sekali lagi aku menjadi serba salah dengan tuduhan melulu ku tadi.

"Mi...Mia?"

"Hah?"

"Er...sebenarnya, saya...."

'Dia nak berterus terang dengan aku kah? Cepat betul...' aku mengalihkan pandanganku kepadanya selari kami tiba di perhentian bas itu.

"Mia tak nak tanya...abang nak pergi mana?"

"Abang nak beritahukah Mia, kah?"

"Rasanya...baik tak, kot...tapi, Mia tolong percayakah abang, okay? Abang janji abang takkan apa-apakan Mia."

'Ke..kenapa dia cakap macam tahu aku dah syak dia?'

"Eh? Kenapa abang cakap macam ni pula? Mia percayakan abanglah, Mia ikut abang, kan? Lagipun, abang ni kan abang Mia...takkanlah abang nak apa-apakan adik sendiri..."

"Eh? Ah...ya...maaf...abang hampir lupa."

"Abang, Mia nak tanya something, boleh?"

"Hmm?"

"Abang okay? Kenapa abang nampak macam takut sangat pagi tadi? Mak dengan ayah risau tahu?" sengaja aku bersuara bagai sedang menanyakan abang Amier ketika itu; sedangkan aku sendiri telahpun curiga akan identiti lelaki dihadapanku ini sejak awal lagi.

"Hah? Er...ya...abang okay...mungkin, abang sebab abang dapat berita yang mengejutkan...sebab tu abang jadi macam tu pagi tadi; terima kasih sebab risaukan abang."

"Sama...sama?"

'Terima kasih? Comform! Ini bukan abang aku! Abang aku takkan minta maaf mahupun terima kasih dengan aku tak kira apapun yang aku buat untuk dia selama ni! Kalau ada pun, semata-mata sebab terpaksa dan tak ada keikhlasan langsung! Sah-sah, ini bukan abang Ikmal Amier...' aku mengalihkan pandanganku darinya dengan perasaan janggal berbaur keliru.

'Tapi...kalau dia bukan abang, mana abang Amier yang sebenarnya? Mungkin lelaki ni tahu?' aku segera mengalihkan perhatianku kepadanya semula.

"??" aku agak terkejut apabila dia kelihatan sedang meneliti dirinya sendiri dari tempat duduknya; diselak lengan bajunya dan kaki seluarnya bagai mencari sesuatu.

"A..bang cari apa tu?"

"Hah? Er...tak... tak ada apa-apa..." secara refleks, lelaki itu kembali duduk tegak di sebelahku sebelum menundukkan kepalanya; bagai seorang pelajar sekolah yang bersalah.

'Bodoh! Macam mana kau boleh terlupa yang dia ada disebelah ni tadi?' dia memarahi dirinya dalam hati sambil mencuri-curi pandang gadis yang kini kelihatan telahpun mengalihkan pandangan darinya tadi; lantas membuatkan dia bertenang semula.

'...tapi..dia dah syak aku dari awal tadi, kan? Kenapa pula dia cakap yang mak dan ayah dia risaukan abang dia...macam dia tak perasan pula aku ni bukan abang dia...ke...aku yang salah tafsir, ni?' dia kembali meneliti reaksi gadi disebelahnya itu sebelum Mia secara tiba-tiba menoleh ke arahnya.

"?!?!?"

"Abang, bas dah sampai! Jom!"

"Eh? Er...hah, okay.." masih dengan keadaan kekok, lelaki itu mulai bergerak mengikuti 'adik' nya menaiki bas awam menuju ke destinasi yang dimaksudkannya tadi.

"Eh? Kita turun sini, bang?" aku menoleh ke arahnya yang turun mendahului tadi dengan perasaan penuh tanda tanya.

"A'ah...sebab nak pergi tempat tu, tak ada bas...kita naik teksi, okay?"

"Tek....si?" sekali lagi aku terkejut dengan kata-katanya.

"Kenapa?"

"Hah? Tak...tak ada apalah..."

"O...kay...jom! nanti lambat pula..."

'Aku lupa pula...dia ni bukan abang Amier...kalau abang, sanggup dia jalan kaki dari bayar duit teksi tu!' aku tersengih dengan monologu sendiri selari.

"Mia?"

"Ah, ya...bang!"

"Cepat sikit!"

"Sorry..." aku menundukkan kepalaku selari mengangkat tangan sebelum mempercepatkan langkahku lagi.

"Dah, Jom! Nanti tertinggal lagi!"

"?!?!" sekali lagi dia mengarah tapi kali ini; tangannya menarik tanganku dengan pantas sebelum sempat aku memberikannya sebarang respon selari kami berdua berlari anak melintas ke seberang jalan ke arah teksi yang telah sedia menunggu dari tadi.

'Si..siapa dia ni? Kenapa...sentuhan dia sama dengan abang? Tak kekok langsung aku rasa bila dia pegang tangan aku; kalau dia orang lain, mesti aku rasa pelik dan janggal...kenapa?' secara refleks, aku merenungnya lama sebelum kami berdua masuk ke dalam perut teksi tadi dan dia memberikan alamat destinasi kami kepada pemandu yang merupakan alamat...sebuah hospital?

'Hos...pital? Hospital swasta pula tu! Dia nak jual akukah? Ke...ada vip nak beli organ secara haram?....' fikiranku kembali mulai melalut dengan berbagai andaian tak masuk akal berlegar di dalam ruangan otakku ini dengan ligatnya.

"Abang, kita nak pergi hospital? Buat apa?" lantas aku membuka mulut sambil cuba mengawal nadaku.

'Mungkin aku terlalu banyak berfikir...mungkin, aku tak patut salah anggap pada dia...' aku yang masih cuba menenangkan hati sendiri.

"Mia akan tahu nanti...percayakan saya...." katanya sekali lagi selari tanganku masih berada digenggamannya.

"?!?!"

"Ma...maaf...saya tak sengaja tadi...."

"Tak..tak apa..."

'Punyalah lama tadi dia pegang tangan kau; tak pula kau nak elak, kan; Mia? Sekarang baru kau nak sentap? Hipokrit betullah kau ni...' aku memarahi diriku sendiri selari mengalihkan pandangan ke arah tingkap sisiku dengan perasaan kekok; aku tahu lelaki yang masih tak kuketahui identitinya ini pun sedang merasakan perkara yang sama denganku.


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C17
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen