App herunterladen
88.67% cempaka dirembulan / Chapter 94: pembunuhan?

Kapitel 94: pembunuhan?

cempaka laju membuka pintu apabila mendengar deruman kereta ikran. pembantu rumah hanya melihat keletahnya. tergeleng-geleng kepala mereka melihat sikap kebudak-budakan cik puan mereka.

" mana semua orang? kenapa awak yang buka pintu?" tanya ikran sengaja mengusik cempaka yang tersenyum menyambutnya pulang.

" diorang semua sibuk.." dalih cempaka malu-malu pula memandang ikran.

ikran senyum. dia menyerahkan briefcase-nya yang berisi dokumen penting dan laptop kecilnya serta kotnya kepada cempaka.

" jom naik.." ajak ikran berjalan mendahului cempaka.

" erm..." cempaka menurut sahaha labgkah suaminya.

mira mengikuti daripada belakang membawa dua cawan berisi jus.

ikran membuka pintu bilik tidur utama. mempersilakan cempaka masuk dan pantas mengambil dulang di tangan mira sebelum menutup pintu.

mira hanya memandang sahaja pintu yang ditutup oleh ikran. nampak sangat kehadirannya tidak diperlukan.

tiba-tiba cempaka merasakan pinggangnya dipeluk daripada arah belakang.

" laju lari tadi..tak sabat nak bagi abang upah ye?" usik ikran dengan senyum mengusiknya.

cempaka ketawa memusing tubuhnya berhadapan ikran. tangannya fisangkut pada leher itu.

" thank you..tapi tak rugi ke? banyak sangat tu bang.."

ikran menggeleng.

" abang dah makan?" tanya cempaka ada riak ambil berat di wajahnya.

ikran angguk.

" meh saya sediakan air mandian awak." cempaka mula melepaskan dirinya. terasa janggal pula apabila wajahnya ditenung ikran.

" ermm.. nantilah kita mandi sama.." tolak ikran dengan senyum sengetnya.

tangan cempaka membuka satu persatu butang kemeja ikran.

interkom villa yang terletak di tepi pintu utama berbunyi. mira yang kebetulan lalu,bergegas berkejat mendapatkan interkom. pasti ada tetamu yang mahu bertandang.

" villa nombor 4?" tanya pengawal yang bertugas.

" iya..boleh saya bantu?" jawap mira lembut sahaja suaranya.

" puan.. ada tetamu datang nak bertemu tengku ikran." maklum pengawal keselamatan di talian. " siapa ya?" tanya mira lagi. dia ingin tahu siapa. senang untuk dia maklum kepada ikran.

" pegawai polis dari cawangan jenayah."

" owh.. kalau macam tu . tunggu dululah.. saya panggil tuan dulu." mira tidak berani nak buat keputusan. dia memandang tangga menuju ke tingkat atas. segan pula nak mengganggu pasangan itu. dengan rssa malas dia menaiki satu persatu kaki tangga.

cempaka hanya membiarkan ikran menanggalkan pakaian kecilnya dan mencampak ia ke lantai. matanya bertemu pandang dengan mata ikran. apabila bibir ikran merapat ke bibirnya,dia sudah pasrah dalam rela. membiarkan ikran melumat bibirnya. saling bertukar rasa. semakin hanyut dan hanyut.

tok..tok..tok..

bunyi ketukan di pintu mematikan gerakan ikran seterusnya. dengan mata kuyu dia meletak kaki cempaka yang yang dipegang ke bawah.

" siapa?" jeritnya dari dalam bilik. marah sedikit kerana ketukan itu menggangu misinya.

" saya.. mira tengku" kuat suara mira di balik pintu. .

ikran bangkit menarik tuala lantas melilit di pinggangnya. cempaka yang menarik selimut menutup tubuhnya dipandang sekilas sebelum dia membuka pintu.

" hmm.." tanya ikran dengan wajah serius.

" ada pegawai polis nak jumpa.. " maklum mira menunduk wajahnya. takut dimarahi kerana mengganggu kegiatan pasangan itu.

" polis...?? jemputlah.. saya akan turun dalam masa 10 minit.." selesai berkata,ikran terus menutup pintu. dia menuju ke bilik air untuk mandi nampaknya kena extend program malam ini.

apabila ikran menghilang ke bilik air,cempaka bangkit mengutip pakaian yang bersepah diatas lantai dan mengenakan pakaiannya. rambutnya dikemaskan ala kadar sahaja.

" bang.. saya turun bawah dulu ye.. nak tengok apa yang patut.." maklum cempaka sambil menyerahkan pakaian untuk dipakai ikran.

" tak payahlah..awak tidur je.. tunggu abang.." bantah ikran mengambil pakaian di tangan cempaka. dia mula menyarungkan pakaiannya di hadapan cempaka tanpa rasa segan silu.

" tapi..."

" ermmm..dah..dah.. baring sini.. tunggu abang." sebelum cempaka menghabiskan ayatnya,cepat-cepat ikran memotong. dia menarik tangan cempaka dan merebahkan tubuh cempaka atas katil. selimut ditarik.

" tidur..pejam mata.." suruh ikran mengucup dahi cempaka.

cempaka terus pejam mata.

" mana?" tanya ikran kepada mira dan mak pah yang tegak berdiri di hadapan pintu utama.

" dekat luar tuan.. nampak macam polis.." maklum mak pah risau riak wajahnya.

ikran pamer wajah serius. dengan langkah santai dia membuka pintu.

" selamat malam tengku.. saya inspektor ismail dari bahagian jenayah." lelaki yang berpakaian kasual memperkenalkan dirinya.

ikran mengangguk. dia menghulur tangan untuk bersalaman.

" boleh saya tahu tentang tujuan kedatangan encik-encik sekalian?" ikran seperti biasa. jarang berbasa-basi. terus menuju topik utama.

" begini tengku.. saya cuma ingin mendapatkan keterangan daripada tengku berkenaan dua kes pembunuhan yang mungkin ada kaitan dengan tengku dan isteri tengku." ins.ismail menerangkan maksud kedatangannya.

" pembunuhan?" tanya ikran inginkan kepastian.

ins.ismail mengangguk.

" kalau macam tu.. jemput masuk dululah.." ikran mempersilakan para tetamunya masuk.

" mak pah.. bawakan minuman ke dalam ruang kerja saya dan suruh jefri naik sekali.." pesan ikran sambil memberi isyarat agar para tetamunya mengikut jejaknya.


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C94
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen