App herunterladen
87.73% cempaka dirembulan / Chapter 93: urusan buat anak.

Kapitel 93: urusan buat anak.

putri membaling segala barangan yang ada di atas mejanya. melemparkan segala kemarahan yang ditahan didalam bilik mesyuarat sebentar tadi. wajahnya yang putih melepak itu menjadi kemerahan akibat lahar yabg sudah tidak terbendung.

" korang cabar aku.. takpe.. its okey.. tengok apa akan aku buat.." putri merenyuk-renyuk dokumen di tangannya. dimatanya terbayangkan wajah cempaka yang menjadi punca segala-galanya. penyebab kejatuhan keluarganya. telefonnya dikeluarkan. satu nombor didail.

" tolong aku hapuskan seseorang.." pinta putri. hatinya panas membara.

" bank in duit dulu.. baru aku akan buat kerja.." jawap suara ditalian.

" duit sahaja??" tanya putri melengking suaranya.

" hushh.. duitlah.. baru kau email gambarnya dan maklumat.. macam kau tak pernah bekerja dengan aku selama ni.." suara lelaki itu perlahan sahaja. tenang. sudah terbiasa dengan perangai ribut taufan putri.

" ye lah.. "

t.s.m jalil mengemas segala barangannya. berat rasa hati sebenarnya melepaskan witty group yang diusahakan oleh arwah bapanya. dia memerhati ruang sekeliling. telefon bimbitnya berbunyi. panggilan dari isterinya.

" abang.. nak saya mengadap cik puan cempaka dengan ku najah ke?" tanya t.p midah kelam kabut. dia sudah mendapat khabar akan pemecatan suaminya.

" tak perlulah.. abang dah jumpa tengku ikbal.. namun tengku ikbal juga tidak dapat membantu." t.s.m jalil membantah. tak guna dia merayu kalau pihak disana sudah bulat hati membuat keputusan.

" dah tu bang macam mana?? saham abang dekat sana dah habis abang serah?? 100 peratus?" soal t.p midah sambil menangis tersedu sedan. kecewa melihat satu-satunya titik peluh keluarga witty jatuh ke tangan tid.

" hmm.. ikran masih ada hati perut lagi.. dia berikan imperia selatan untuk abang uruskan. dia juga berjanji takkan ganggu business awak.." t.s.m jalil tetap bersyukur. ikran tetap tidak kejam. masih ada secebis rasa kemanusiaan lagi. sekarang dia cuma perlu mengawal tingkah laku putri sahaja.

ikran tenang menanti khabar baik daripada ikwan. satu persatu fail berkenaan syarikat ditelitinya. semakin lama meneliti semakin kelam matanya. faktor perubahan usia barangkali.

nazim menolak pintu bilik pejabat ikran yang tidak rapat tertutup.

" tuan tak sihat?" tanya nazim risau.

ikran yang menunduk pantas mengangkat wajah. menggeleng.

" owh.. dah tu tuan picit kepala.. pening?? nak ubat??" tanya nazim sangat mengambil berat.

ikran ketawa.

" nazim..nazim... kalau kau ajak aku bertumbuk sekarang.. insyaallah.. selamat engkau aku belasah.." seloroh ikran sambil bangkit dari kerusinya.

nazim turut ketawa.

" faktor usia zim.. mata makin kabur.. " beritahu ikran sambil mengurut matanya.

" muda lagi tuan.. owh.. tuan.. nampaknya berjalan dengan lancar kerjasama kita dengan witty group. mulai hari ini.. witty group adalah hak milik mutlak tid." maklum nazim dengan bangganya. inilah pengajaran kepada sesiapa yang berani membuat kacau dengan CLAN tid

" bagus.. semua berjalan dengan lancar.." ikran sangat senang hati hari ini. setiap kali tugas dan usaha yang dilaksanakan berjalan lancar,hatinya merasa sangat tenang.

" selesai ini,mana-mana staff yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.. masukkan ke dalam gaji mereka nanti bonus 30% daripada gaji." ikran menurunkan perintahnya. perintah yang paling dinanti-nantikan oleh semua kaki tangan.

" orkiddddd...." jerit cempaka di talian kegembiraan.

" hoiii.. agak-agakla kalau ye pun nak menjerit.." marah orkid yang sedang menyemak kerja sekolah pelajar ciliknya.

" sorry..sorry..sorry.. aku ter..over excited.. aku bagi proposal tu dekat laki aku.. so.. hmm.. aku rasa.. next month dah boleh start dah projek kita." cerita cempaka dengan riangnya. selepas mendapat pesan ada transaksi berlaku di dalam akaunnya,sepantas kilat dia menyemak. terbeliak dia melihat jumlah yang diberikan oleh suaminya itu. sayang betul cempaka kepada ikran.

" mesti banyak kan..." teka orkid. otaknya sudah mula membuat kira-kira.

" rahsia.. boleh lah kita buat beli cenderamata lain. tambah mana-mana yang bocor.."

orkid mengangguk. macamlah cempaka boleh melihat dia mengangguk beria-ria begitu.

" kak.. bila kita nak shoping sama ni?" orkid menukar topik perbualan.

" eemm... anytime.. " cempaka okey sahaja.

" bolehlah akak belanja.." usik orkid dengan ketawa riangnya.

" boleh ba kalau kau.." cempaka sudah tahu peel si orkid. sudah terlebih kenal. selalunya,si orkid tukang pilih,si cempaka yang membayarnya. mujur adik bongsu kesayangan.

orkid ketawa kesukaan.

" kak.. belanja untuk anak-anak aku je lah kak.. kita pergi cari present untuk diorang.." cadang orkid teruja apabila tahu kehendaknya pasti akan ditunaikan cempaka.

" iyelah.. apa kata kau datang rumah akak.. kita makan sambil borak-borak.. bawak mama sekali.." cadang cempaka. rindu pula dia ingin mendengar orkid bercerita tentang keletah anak didiknya di tabika kemas. pelbagai kerenah dan gelagat yang mencuit hati. dahulu selalu dia membantu orkid menyediakan bahan-bahan untuk pembelajaran kanak-kanak pra sekolah dan selalu menyertai program yang melibatkan kanak-kanak yang dianjurkan tempat orkid mengajar.

" boleh.. mama tu.. rindu sangat kat kau.. sikit-sikit.. ked tefon kak cem.. ked tefon kak cem.. addoiilah.." kalau anak bongsu,memang anak bongsu. suka orkid mengadu kepada cempaka.

cempaka ketawa.

" ermm.. yelah.. nanti nak datang..bagitahu siap-siap.. akak masak sedap-sedap.."

akhirnya setelah hampir panas telefon bimbit cempaka,barulah perbualan adik-beradik itu tamat.

ikran mengemas mejanya. jam sudah hampir ke pukul 8 malam. kotnya dicapai disarung ke tubuh.tali leher ditanggalkan.

" boss nak balik??" tegur kiara.

ikran mengangguk. ramai lagi para kakitangannya yang masih bertugas.

" kenapa masih ramai yang bekerja?? diorang tak reti balik awal tengok anak bini ke?" soal ikran sambil berjalan melepasi meja kiara.

kiara yang mendengar soalan ikran tercengang terus. soalan ikran tu tak boleh blah...

" awal balik long?" tegur ikman terserempak dari dalam lift vvip.

" ada urusan penting dengan kak long.." balas ikran santai.

ikman dalam diam mencebik. urusan pentinglah tu. urusan buat anak. gumam ikman dalam hati. melihat ikran berdiri santai dengan otak seperti melayang,dia sudah dapat membaca riak wajah abang sulungnya itu.


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C93
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen