" makanlah...." cempaka dengan baik hati membantu menyedokkan lauk pauk ke pinggan ikman. ada senyuman penuh misteri terlakar di wajahnya.
dayana dan jefri yang turut serta makan bersama saling jeling menjeling. nak ketawa pun ada mereka berdua melihat gelagat ikman yang mengelabah.
" kak long pun makanlah.." ikman menyuruh cempaka makan sekali. daripada tadi dia melihat wanita itu sibuk menyuruh orang makan. sedangkan makanan dipinggannya tidak terusik. kadang-kadang bila cempaka terlalu baik macam ni,terlihat jelas pula sisi menakutkannya.
" kak long makan sikit je.." cempaka menyuap makanan ke dalam mulutnya. sup ayam dihirup menggunakan sudu.
" akak dah habis pantang kan?? dah boleh dah makan macam ni.." tegur dayana. cempaka langsung tidak menyentuh makanan yang dimakan mereka. hanya hirup sup ayam semata-mata.
" akak pantang makan sahaja.. " maklum cempaka sambil menikmati hidangannya.
suasana terus berubah sunyi dan janggal. masing-masing makan tanpa bicara.
ikran memandang gambar perkahwinannya. mata difokus pada senyum manis di bibir cempaka. mampukah dia mengekalkan senyuman semanis itu di wajah cempaka? ikran mengusap wajah ayu itu. wajah yang mula mengisi sedikit demi sedikit hatinya yang tandus dan gersang.
" hmm..hmm... boss makanan saya letak atas meja ni ya.." nazim berdehem beberapa kali sebelum meletak makanan yang dipesan ikran atas meja kopi.
ikran mengangguk. dia bangkit dari duduknya dan membetulkan urat-urat ditubuhnya. tubuhnya terasa benar-benar lesu. namun digagahkan juga demi mencapai matlamatnya.
" ikman bila balik semula ke pejabat?" tanya ikran sambil melangkah ke sinki untuk mencuci tangannya. perutnya sudah berkeroncong minta diisi.
" selepas selesai makan malam dengan cik puan.." jawap nazim sambil menanti ikran untuk makan sama-sama. sudah menjadi rutinnya,jikalau stayback di pejabat,ikran pasti akan mengajaknya makan bersama.
" zim.. ada sebarang gerakan tak dari pihak sana? bila mesyuarat ahli lembaga pengarah akan diadakan?" tanya ikran serius.
nazim menggeleng. orang-orangnya sudah dihantar untuk mengintip ke witty group,namun sangat menyedihkan. tiada talian hayat untuk witty group kini. rasanya lagi beberapa hari tamatlah riwayat witty group.
" kak long nak cakap apa??cakaplah.. jangan tengok macam tu.." tahan tidak tertahan ditenung cempaka,akhirnya ikman bersuara. seram dia dengan panahan mata cempaka. lagi seram sewaktu melihat baran ikran. okey.. nampaknya kini sudah ada orang yang ikman takuti. kalau keluarganya tahu,pasti semuaborang akan bersorak.
" apa hu.bu.ngan along dengan nirina?" tanya cempaka siap berpeluk tubuh sambil kaki disilangkan. dia sengaja menseriuskan wajahnya.
ikman menggaru rambutnya yang tudak gatal. memandang jefri dan dayana. mencari ayat untuk memulakan ceritanya.
" arwah anak angkat yang umi jaga.."
belum habis ikman menamatkan ayatnya,cempaka memotong. ." itu kak long dah tahu.. straight to the point.. kak long nak tahu macam mana pula along boleh bertunang dengan dia sampai nirina hamil dan bunuh diri?? macam mana pula boleh ada kaitan dengan al fateh?? macam mana pula ayah al fateh dan adik al fateh terbunuh?? pleaseee...."
cempaka taknak dengar cerita yang sudah diceritakan ku najah. jadi dia bertanya tentang apa yang mahu didengarnya.
ikman menarik nafas. part yang serius dah tu. patutlah ikran menyuruhnya selesaikan. rupanya cempaka lagi degil dari abangnya.
" okey.. baiklah.. man jelaskan semuanya.." ikman membetulkan duduknya supaya lebih selesa bercerita.
" beberapa tahun dulu.. rina datang jumpa along.. dia bagitahu along yang dia mengandung anak sahabatnya. dia tak cintakan lelaki tu.. tapi dia cintakan along. dia minta along tolong dia. dia nak kahwin dengan along demi anak dia." ikman berhenti menarik nafas apabila teringat penipuan nirina.
" along terima. along percaya cerita nirina. umi akhirnya ambil keputusan untuk tunangkan mereka. rina pula tak pernah cerita siapa lelaki tu sehinggalah al hafiz jumpa along. minta along putuskan pertunangan dengan rina. dia bagitahu along..dia sangat mencintai rina." cerita al hafiz terhenti. itu yang menjadi persoalannya. kenapa nirina berbohong menyatakan cintanya kepada along sedangkan dia bersama dengan al hafiz.
" lepastu?" soal cempaka tidak sabar.
" along soal rina betul-betul anak siapa yang dikandungnya. akhirnya terjawap. anak al hafiz. tetapi rina tetap taknak bersama al hafiz dan dia minta rahsiakan daripada al hafiz yang dia mengandung." ikman berhenti sekejap. minum air.
cempaka mula memahami sedikit ceritanya.
" al hafiz dan nirina bercinta ke?" tanya cempaka.
ikman mengangguk.
jefri dan dayana hanya diam tidak mencelah. mereka tahu kesuluruhan cerita ini.
"tapi kenapa nirina bagitau along dia cintakan along? al hafiz ada kekasih lain ke?" tanya cempaka curiga.
" ada.. tetapi hingga sekarang identiti kekasihnya rahsia. kita tak tahu kisah cinta mereka berdua macam mana sebab rina pendiam sangat dan misteri. kenapa rina mengaku dia cintakan along.. dia sebenarnya terdesak. takut along marah."
" hmmm... sampai ke sudah al hafiz tak tahu yang anak dalam kandungan rina anaknya?? macam mana pula al fateh boleh terlibat sampai jadi dendam?" cempaka ingin tahu semuanya. bila mengetahui yang tiada cinta antara ikran dan nirina,dia sebenarnya lega. lega sangat-sangat.
" al hafiz mula berubah semenjak kisah pertunangan along dengan rina. al fateh upah orang menyiasat dan dia dapat tahu rina mengandung anak along..kononnyalah.. lepastu bila al fateh tahu.. jadi al hafiz pun tahu. al hafiz mengamuk di kelab dekat singapore..dia ditikam dengan botol arak dan mayatnya dijumla belakang kelab malam dalam keadaan yang.. teruk.. pembunuhnya sampai sekarang tak dapat dikesan." ikman menceritakan serba sedikitlah tentang al hafiz punya kematian yang diketahuinya. lain-lain dia tak tahu.
bulat mata cempaka. kasihan al hafiz. sampai ke akhir hayat dia tak tahu tentang kenyataan sebenar.
" bila dapat tahu pemergian al hafiz.. rina berubah. dia minta pertunangan dengan along diputuskan. dia macam hilang arah. kecewa mungkin. salahkan diri sendiri. dia tertekan sampai dia dijumpai gantung diri dekat kondo dia. dia bunuh diri." wajah ikman berubah sedih. suaranya pun berubah. sampai sekarang mereka menyalahkan diri mereka sebab biarkan nirina sendirian lalui kekecewaannya.
" owhh.. dah tu.. macam mana pula ayah al fateh meninggal disebabkan along?"
" hmm.. along berjumpa dengan keluarga al hafiz, menceritakan kebenarannya mungkin ajal orang tua tu.. dia dapat serangan jantung dan meninggal dalam kemalangan kereta. jadi.. al fateh salahkan along untuk semua yang berlaku. "
cempaka mengangguk sambil menghadam cerita ikman. kisah cinta yang berselirat.
" al fateh tahu kebenarannya?" tanya cempaka setelah agak lama mendiam diri.
" hmm.. tak guna cerita dengan orang macam tu.. dia nak percaya apa yang dipercayainya.." sinis suara ikman. orang macam al fateh itu satu hari nanti menyesal tidak berguna lagi.
" kasihan nirina dan al hafiz.. semoga roh mereka tenang di sana.." cempaka tiba-tiba merasa sedih. dia terbayang wajah cantik nirina yang tersenyum manja di dalam gambar yang dilihatnya.
" along cintakan rina?"