" tuan.... ada perempuan.. dia maklum.. dia perlu berjumpa dengan tuan urgent" kiara menyampaikan pesanan yang diterimanya lewat telefon melalui penyambut tetamu dari lobi utama.
" perempuan??" ikran memandang nazim dengan tanda tanya.
nazim mengangkat bahunya. dia tidak tahu. kalau cik puan,selalunya cik puan akan call dia. maklumkan siap-siap kedatangannya. takut nanti akan mengganggu urusan suaminya.
" tuan.. namanya putri ann.." setelah lama diam,kiara akhirnya memaklumkan nama perempuan yang ingin berjumpa dengan ikran.
ikran senyum sinis. akhirnya..
" saya taknak jumpa sesiapa pun daripada witty group.." tolak ikran.
kiara menelefon kembali lobi utama. dia menyampaikan arahan ikran.
putri mengetap bibirnya mendengar penolakan ikran. beberapa kali dia merayu untuk bersua muka dengan ikran,namun dia ditolak mentah-mentah. nampaknya memang semakin tipis harapannya.
" dik.. macam ni lah.. boleh adik maklumkan kepada setiausaha tengku..saya akan terus berjumla dengan isterinyalah.." putri cuba mengugut pula. kalau cara baik tidak berkesan,mungkin cara inilah.
penyambut tetamu yang mengenakan tag nama roziana itu mengangguk. kemudian mendail nombor kiara pula.
ikran menyuruh nazim menyelesaikan putri bagi pihaknya. dia tidak ingin menatap wajah perempuan yang menyakiti isterinya.
" cik putri..." panggil nazim menunduk hormat.
putri terkebil-kebil melihat pembantu ikran turun berjumpanya.
" tuan menolak untuk berjumpa cik putri dan tuan juga ada pesanannya kepada cik putri.. sila mati!!" nazim menyampaikan pesanan ikran yang dirasanya pelik.
putri menggenggam jemarinya sendiri. terasa segala otot-ototnya melemah.
" encik.. benda yang berlaku ni.. bukan salah keluarga saya..bukan salah witty group.. kenapa perlu libatkan sekali.." soal putri dalam kepayahan. menyesal pun sudah tiada guna.
nazim pamer senyum sinis.
" maaf cik putri.. saya cuma pekerja sahaja. saya menyampaikan pesanan tuan besar saya.. maka dengan itu secara hormatnya..saya persilakan cik putri tinggalkan menara tid sekarang." nazim menghalau putri dengan penuh hemah.
putri memeluk tubuh. masih berdegil. selagi ikran tidak memunculkan dirinya,selagi itu dia akan tegak berdiri.
nazim memberi isyarat mata kepada pengawal keselamatan yang sentiasa bersiap sedia menanti arahan daripadanya.
kedua pengawal itu menghampiri putri,dengan wajah serius mereka berdua memaut bahu putri kiri dan kanan.
" heiii...apa ni...heii!!heiii!!! tolong...tolong.. aku nak jumpa ikran...ikrann...!!!!ikrannn!!!!" terjerit-jerit putri dibawa keluar daripada bangunan tid. memang muka tidak malu sungguh. ingat dengan kau menjerit nama ikran,ikran akan melayan.
tergeleng-geleng nazim.
" kalau nampak lagi perempuan ni datang.. terus call pengawal keselamatan.. halau dia keluar terus.." arah nazim kepada penyambut tetamu yang tercengang melihat putri diangkat keluar. bulat terus mata mereka.
"baik encik nazim.." serentak mereka berdua berkata. patuh.
nazim mengangguk. mujur dia tidak perlu mengotorkan tangannya menyentuh putri. he..he..he..
keesokkannya,kecoh di ruang kolum-kolum cyber,gambar seorang peragawati yang kini jatuh dan mengalami masalah disiplin dan skandal yang teruk,putri ann tular di laman sosial gara-gara dihalau daripada tid berhad kerana cuba membuat kecoh.
t.s.m jalil mengepal penumbuknya. guginya diketap. berani sungguh putri membuat kecoh di tid. apa sudah nak jadi dengan anaknya.
" kenapa jalil?" tanya tengku ikbal yang menerima jemputan t.s.m jalil yang mengajaknya bermain golf. pelik dia melihat wajah sahabatnya itu mula berubah. pasti ada yang tidak kena. pasti berkenaan apa yang berlaku pada masa ini.
"hal anak-anak." kecewa suara t.s.m jalil. dia sangat berharap agar tengku ikbal dapat menyekat kemaraan ikran. masalah company-nya semakin teruk. saham semakin jatuh merudum. rakan niaganya mula satu persatu menarik diri dari berkolaborasi bersamanya.
" ikbal.. aku hari ini sebenarnya ada hajat berjumpa dengan kau ni.." setelah lama berfikir,t.s.m jalil mendapat kekuatan menyatakan hajatnya.
tengku ikbal diam menyisip cawan minumannya.
" sedap flower tea dekat sini.. rasa bunganya segar.." maklum tengku ikbal neletak kembali cawannya ke meja.
t.s.m jalil mengangguk. dia melihat keadaan sekeliling. ada lebih kurang tiga lelaki berbaju putih berseluar hitam duduk di satu sudut memerhati mereka.
" sejak menyerahkan takuk kepimpinan kepada anak-anak aku.. aku dah tak masuk campur lagi tentang tid group. 100% aku serahkan kepada anak-anak lelaki aku. aku biarkan diorang bina empayar diorang sendiri. jadi.. sejujurnya lil.. aku x dpt nak bantu kau.." tengku ikbal mula berkata setelah agak lama berdiam diri. dia memang tidak mahu lagi terlibat dalam dunia perniagaan. pencen baginya adalah masa untuk dinikmati bersama isteri,anak-anak,keluarga dan sahabat handai.untuk apa pada usia yang sudah mencecah 65 tahun,dia masih lagi sibuk memikirkan kerja. cukuplah zaman mudanya.
t.s.m jalil mengeluh. kata-kata tengku ikbal menyebabkan semangatnya semakin merundum.
" aku tahu.. semua ni salah aku yang gagal mendidik anak.. tetapi kau pun mesti faham.. anak aku sangat sayangkan anak engkau,tu yang dia hilang pertimbangan." t.s.m jalil mula meraih simpati.
" suruhlah anak kau hukum sahaja aku.. jangan apa-apakan witty group dan anak gadis aku.. semua ni berpunca daripada aku.."
tengku ikbal bersandar pada kerusi. ada senyuman di bibirnya. kalau dahulu semua pekerjanya takut melihat bos senyum, senyuman manis bos pasti berakhir dengan ribut taufan. namun kini,apakah makna senyuman itu?
" aku rayu dengan kau bal.. aku rayu agar kau pujuk ikran untuk tarik balik semua yang dia buat pada witty group sekarang. kalau tentang keadaan isterinya yang menjadi kerisauan..mengikut sumber aku,isterinya sudah pulih. untuk apa kita perpanjangkan sengketa. hal kita boleh bawa bincang selesai baik-baik." melihat tengku ikbal tidak memberi sebarang respon t.s.m jalik menyambung lagi bicaranya panjang lebar.
" cakap sahaja.. berapa ganti rugi yang ikran mahukan.. aku akan cuba berikan. lagipun mereka berdua masih muda dan kuat. masih boleh lagi cuba mendapat anak akan datang."
tengku ikbal masih diam menyisip minumannya. dia hanya mendengar celoteh t.s.m jalil. berfikir rasionalnya tindakan ikran. apakah perlu dia membantu t.s.m jalil.
" beginilah... aku akan cuba berbincang dengan ikran,tetapi aku tak berani nak janji apa-apa dekat engkau. aku dah takde kuasa langsung dekat tid." akhirnya tengku ikbal memilih lorong tengah. sejujurnya dia masih ada kuasa sebagai penasihat tid. namun biarkanlah tiada sesiapa pun yang tahu.
" iyelah.. aku percayakan kau.. " t.s.m jalil menarik nafas lega dengan janji tengku ikbal.
ikran tekun mengadap komputernya. meneliti laporan kerja di rusia dan itali yang sudah bermula. ada senyum lega di wajahnya.
" tuan.. tengku ikbal line 1.." maklum kiara melalui interkom.
pantas ikran menjawap panggilan dari abinya.
" macam mana proses pengambil alihan witty group?" tanya tengku ikbal apabila mendengar suara ikran menyapanya penuh hormat.
" lagi 1 minggu.." tenang ikran menjawap.
" teruskan.. abi sokong 100%. mulai esok.. mulakan dengan projek tekun megah dan projek lotus riveria." tanpa segan silu tengku ikbal menyokong ikran. dia mula menambah baik perancangan yang diatur oleh anak-anaknya setelah mendapat maklumat daripada pembantu peribadinya. dengan ini secara rasminya,tengku ikbal menolak untuk membantu witty group.
" thank you abi.. "