puan khaleeda yang sudah merah wajahnya meminta diri untuk berlalu. Malu sendiri atas kelancangan tutur bicaranya.
cempaka menarik nafas. ingatkan zaman moden ni Tak wujud dah makcik-makcik mulut celupar ni. rupanya masih Ada lagi saki baki yang tertinggal. kerja nak kondemkan anak orang jer...dengus cempaka dalam hati memerhati wanita separuh Abad itu berlalu.
" maaf ya cik puan.. maaf banyak-banyak.." datin ros meminta maaf atas ketelanjuran bicara puan khaleeda. Malu dia.
cempaka menggeleng. dia Tak marah Dan Tak terasa hati pun kerana apa yang diperkatakan oleh puan khaleeda itu tidak benar belaka. orang memang suka menilai luaran. jadi pekakkan sahaja telinga.
" takpelah.. nikmati majlis ye.. terima kasih sebab datang.." datin ros berlalu menyapa tetamu lain pula.
cempaka mengangguk.
" cik puan.. anak kepada rahimah Dan menantu kepada ku najah?" tanya seorang wanita separuh Abad yang duduk semeja dengannya.
cempaka menoleh ke sisi. pamer senyum mesra kemudian mengangguk.
" panggil untie umi widad. dah lama Umi Tak jumpa rahimah dengan najah. sibuk urus cucu agaknya ya.." wanita itu memperkenalkan dirinya. kedua tangan dihulur bersalaman.
cempaka menyambut mesra.
" dah lama lah Umi wi kenal mama dengan Umi?" tanya cempaka.
" sejak dari zaman pop yeh yeh lagi. kami sama-sama join buat kerja kebajikan. sekarang ni masing-masing dah tua. Tak larat."
cerita dr widad. wanita ini memiliki wajah berseri-seri. berpakaian menutup aurat bertudung labuh Dan berjubah biru muda untuk majlis ini. wanita ini kelihatan biasa-biasa sahaja kalau tiada siapa mengenalinya. hakikatnya beliau adalah ahli berah tersohor Dan suaminya Salah seorang menteri di jabatan perdana menteri.lihatlah betapa rendahnya dia memperkenalkan dirinya. orang seperti inilah yang dikagumi cempaka.
" nah ni kad Umi.. Ada mass call Umi.. join Umi dalam misi kemanusiaan.." pelawa Dr ok widad.
laju cempaka menyambut kad nama itu.
" bagus Umi.. akhirnya saya bertemu sesuatu yang boleh saya sumbangkan tenaga Dan wang." ini yang cempaka suka. sekurang-kurangnya takdelah dia membazirkan duit ikran beri kepada benda tidak berfaedah.
" jangan pedulikan kata-kata orang.. jadi diri sendiri sahaja.." pesan dr widad yang mendengar sahaja bicara puan khaleeda sebentar tadi.
" Umi wi jangan risau.. melangkah sahaja ke dalam ni sebenarnya saya dah siapkan awal-awal mental saya." beritahu cempaka tidak segan berbual dengan wanita ini yang seperti mama Dan umi.
" baguslah.. acara sudah nak Mula..katanya edisi kalini khas until orang-orang muda macam kamu.. orang tua macam Umi ni.. beli pun until anak dengan cucu je lah.." Dr widad sempat lagi berseloroh. cempaka hanya ketawa.
mereka semua diam menikmati acara yang bakal bermula.
Nadia mengenakan gaun berwarna merah hati yang again seksi potongannya until diperagakan sebentar lagi. sambil melihat figuranya di cermin,dia memasang telinga mendengar model-model lain bercerita tentang tetamu-tetamu vip yang hadir.
" cik puan cempaka Ada.. tengok live..takdelah cantik Mana.." cerita seorang model baru nak meningkat Naik.
nadia memandang sinis model baru itu.
" hmm.. korang ni semua.. takde kerja lain ke? lady boss tid tu Tak kenal pun korang semua.. kenapa dok pakat jelouse dekat dia?" tegur satu suara halus yang seksi. Tania. model terkenal yang pernah digosipkan bercinta dengan tengku ikman. Tania dahulu merapati tuan muda ketiga tid dengan niat untuk mendekati ikran,namun hampa. lelaki itu Tak pandang pun perempuan bawahan macam mereka semua. kenal pun belum tentu.
" well Tania.. kau dah dapat tuan muda ketiga so Tak payah masuk campur okey.." sampuk satu suara.
" senang cerita.. Kita gaduh-gaduh dalam ni.. diorang Makin bahagia.." nadia menyampuk. malas mendengar rakan sekerjanya bergosip. dengki Tak habis.
masing-masing diam.
nadia mengambil telefonnya. ingin menghantar WhatsApp kepada cempaka.
'babe datang seorang ke? nanti dah setle..lepak sekejap ye..'
cempaka membaca pesanan nadia.
' haah..okey babe.. tapi Tak selesa sikitlah.. hubby aku pasang bodyguard sekarang..'
balas cempaka.
nadia yang membaca balasan dari cempaka mencebik. cempaka seolah menunjuk-nunjuk kepadanya sekarang.
' okey je babe.. hubby kau takut kau kena bunuh kut..Al maklumlah dia dah beli gelang 30j dekat kau..'
cempaka senyum dalam hati membaca pesanan nadia itu.
' tu lah.. okeylah.. jumpa habis program..'
jefri yang menanti dalam kereta beberapa kali menguap. bosan duduk dalam kereta. matanya juga sudah mengantuk sangat-sangat. beginilah nasib kalau jadi pengawal perempuan. tapi nak buat macam mana.. demi keselamatan lady boss dan janji setianya kepada tengku ikran dia tetap turuti.
akhirnya majlis sudah sampai ke penghujungnya. adalah juga beberapa helai pakaian yang cempaka berkenan dan ada darinya bakal dihadiahkan kepada dayana dan orkid. untuk mira juga tidak terkecuali.
" yana.. nanti sebelum kita balik.. kakak nak jumpa nadia dulu ya.." maklum cempaka berbisik perlahan ke telinga dayana.
dayana mengangguk.
" boleh tak nanti yana dengan jeff tunggu dekat mana-mana.. akak seganlah kalau jeff dengan yana ikut. nanti diorang cakap.. akak menunjuk.."