App herunterladen
38.67% cempaka dirembulan / Chapter 41: wanita terhebat

Kapitel 41: wanita terhebat

sepanjang hari cempaka resah memilih pakaian untuk majlis pada malam ini. satu persatu pakaian dicuba. jenuh otaknya memilih. maklumlah ini kali pertama dia menghadiri majlis penting seperti ini. yang paling dia risau adalah malam ini dia bukan datang sebagai cempaka tetapi dia akan datang sebagai cik puan cempaka isteri kepada boss besar tid. besar status yang akan dibawanya. pasti ada banyak mata yang akan memandangnya.

" puan.. nak saya tolong rias rambut puan?" mira mempelawa dirinya. tak tertahan dia melihat keadaan puan besarnya itu yang seperti ayam berak kapur.

" boleh ke?" tanya cempaka. dia selagi sesuatu benda tu dia boleh buat,dia akan buat sendiri.

" boleh puan.. insyaallah.." mira memberi jaminan.

" mira ni pandai dandan rambut puan.." sokong mak pah. hampir sebulan dia mengenali perwatakan cempaka,dia sudah merasa senang. cempaka sangat bertolak ansur seperti ku najah. secara automatik rasa hormatnya dan kagum terbit untuk cempaka.

" kalau macam tu.. bolehlah.."akhirnya cempaka membuat keputusan.

ikran semenjak turun dari kapal terbang dan sekarang sudah berada di pejabatnya masih tekun meneliti fail-fail yang perlukan semakannya segera. sebentar lagi dia akan menandatangi perjanjian kerjasama bersama company dari rusia. hasil bantuan sahabat kuliahnya dahulu yang kini menjalankan perniagaan di rusia. misinya menakluk dunia semakin hampir.

tok..tok..

" masuk..."

muncul wajah setiausaha barunya menggantikan setiausahanya yang sebelum ini berhenti mengikut suaminya berpindah. satu kehilangan yang besar buat ikran sebenarnya. dia suka dengan pekerja yang efisien.

" tuan.. wakil dari rusia sudah sampai dan saya sudah bawa mereka ke ruang khas." maklum kiara.

ikran mengangguk. dia nenunjukkan dokumen penting diatas mejanya.

kiara sudah faham.

" call nazim.. suruh sedia." pesan ikran memerhati kiara menyusun dokumen yang akan digunakan.

kiara mengangguk sambil tangannya lincah menyusun fail-fail untuk dibawa sekali.

" sebentar lagi pakaian untuk malam ini akan sampai.. nanti tolong ambilkan." pesan ikran lagi. dia menyandarkan tubuhnya di kerusi empuknya sebentar sambil matanya dipejam.

kiara mengangguk lagi menyudahkan tugasnya. dia terasa kekok lagi berdua-duaan bersama big boss dalam ruang pejabat yang luas ini. al-maklumlah big bossnya itu 24jam serius. keluar suara bila perlu. kalau tak,pandailah buat apa yang patut.

" lagi satu.. tolong semak maklumat tentang siapa model terbaru untuk angsana sdn bhd."

permintaan ikran yang terakhir.

" baik tuan.. sebelum pukul 8 akan ada di meja tuan." patuh kiara.

" email.. sebelum sabtu.." ikra tidak mahu tergesa-gesa pun. dia cuma nak tahu sahaja.

" ohh.. baik.." lega juga kiara. kalau tak jenuh dia nak menyiasat. setelah selesai urusannya dia terus berlalu keluar.

ikran bangkit dari kerusinya. kot yang tersangkut di penyangkut khas dalam biliknya dicapai dan terus disarung ke tubuhnya. ikutkan hati,dia mahu hari ini cepat berlalu. dia sudah tidak sabar mahu berbaring di katilnya sambil memeluk cempaka.

" tuan dah sedia?" tanya nazim di muka pintu.

ikran mengerut dahi memandang nazim. bila masa nazim muncul? dia tak perasan orang buka pintu biliknya.

" oh..saya dah ketuk.." maklum nazim seakan faham akan maksud pandangan ikran.

" bawa sekali fail ni.." ikran menunjukkan satu fail sulit kepada nazim.

nazim dengan pantas mengambil fail itu. fail berkaitan projek rahsia ikran di rusia yang sulit.

" jom.. " ajak ikran berjalan mendahului nazim.

cempaka akhirnya memilih untuk mengenakan gaun berwarna peach potongan duyung. rambutnya disanggul tinggi oleh mira. cantik hasil kerja tangan mira. kagum juga cempaka. untuk acara malam ini, cempaka cuma mengenakan mekap lembut sahaja. sesuai dengan warna gaunnya. cempaka kelihatan sangat menawan. warna yang dipilihnya sangat lembut. menyerlahkan ciri-ciri kelembutan si pemakai.

" puan dah sampai..." maklum butler mario.

cempaka melihat keluar tingkap kereta. bangunan hotel yang megah berdiri dipandang resah. tetiba perutnya terasa memulas.

mario membuka pintu kereta untuk cempaka.

" nanti balik..puan balik dengan tuan sekali.." maklum mario sambil menutup pintu.

cempaka mengangguk. dia mula melangkah dengan langkah kanan.

mario hanya memerhati cik puannya berlalu. berdoa semoga semuanya berjalan lancar. risau juga dia membiarkan cik puannya bersendirian. takut ada sesuatu berlaku. mati dia nak menjawab nanti.

cempaka menarik nafas sebelum berjalan melepasi pengawal khas dipintu masuk.

" kad jemputan..?" pinta pengawal di pintu masuk.

cempaka mengeluarkan kad jemputan yang sempat diserah oleh ikman kepadanya sewaktu makan malam kemarin.

pengawal itu membisikkan sesuatu ke telinga seorang wanita yang tugasnya memakaikan reben dada setiap tetamu yang hadir.

" cik puan boleh saya pakaikan reben ini kepada pakaian cik puan?" tanya wanita yang mengenakan pakaian pelayan hotel dengan sopan.

cempaka mengangguk. tubuhnya yang rendah,memudahkan tugas wanita itu.

" terima kasih. ini nombor meja cik puan." wanita itu menyerahkan satu nombor kepada cempaka.

cempaka melangkah dengan nombor di tangannya. di pertengahan jalan,dia terserempak dengan nadia bersama dezrin.

" hai babe..kau pun ada.." sapa nadia dengan suara cerianya. dia merapati cempaka. berpelukan siap ciom pipi lagi. macam setahun tak jumpa.

" wa... cantiknya kau nad.. ni kan baju yang kita tengok haritu.." cempaka memuji gaun yang dikenakan nadia. sangat cantik dan tentulah seksi belah depan. terpamer kakinya yang putih melepak.

" kau pun sama.. kau datang dengan sape? tak nampak pun laki kau.." nadia tertoleh mencari suami cempaka. suka dia melihat wajah kacak tengku ikran.

" hmm.. dia datang kemudian.." perlahan suara cempaka.

" kau tak cerita pun dekat aku kau datang majlis ni kan masa kita date haritu.. " komen nadia buat-buat marah.

" aku ni pun last minute tahu.." dalih cempaka.padahal ikran dah maklum awal dekat dia. hahahaha...

" well.. fat pun ada malam ni.. haritu dia dok puji-puji kau.." sempat lagi nadia cucuk jarum.

cempaka hanya senyum. tak tahu nak jawab apa. nadia takkan tak tahu kot yang dia dah berlaki. takkan nak cerita tentang lelaki lain kut depan dia.

" well..panjang umur.." dezrin menunjukkan pada satu arah.

cempaka dan nadia serentak menoleh kearah yang ditunjuk dezrin.

al fateh tersenyum manis merapati mereka.

" tak sangka malam ni boleh jumpa lagi cik puan cempaka." sapa al fateh.

" cempaka sahaja?" usik dezrin menghulur tangannya kepada al fateh.

" well.. mata aku hanya terpanah pada wanita tercantik malam ni.." al fateh sempat berseloroh. membalas usikan dezrin dengan usikan juga.

cempaka terasa wajahnya merona merah. segan juga dipuji.

al fateh menghulur tangannya untuk menyalami cempaka.

serba salah cempaka dibuatnya. sambut ke tidak? kang tak sambut orang cakap sombong.. sambut pulak,mati lah kalau orang ikran nampak. nak tak nak melihatkan al fateh yang beria-ria menghulur tangan,cempaka menyambut juga.

pada masa yang sama.....


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C41
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen