App herunterladen
23.58% cempaka dirembulan / Chapter 25: suamiku cerewat bab makan.

Kapitel 25: suamiku cerewat bab makan.

cempaka membuka matanya perlahan-lahan. tubuhnya terasa penat dan sakit seperti mendaki bukit(hiking). kepalanya ditoleh ke kiri. mencari sang suami. kelihatan ikran disisi bersandar di kepala katil. ditangannya tersepit sebatang rokok. bahagian bawah badannya berbalut tuala. cempaka merapati dirinya ke arah ikran dan meletak kepalanya di peha ikran. tangannya memeeluk pinggang ikran. terasa tangan kiri ikran mengusap kepalanya. jam di meja sisi menunjukkan pukul 9 malam. lama juga dia tertidur setelah penat bertarung.

" jom mandi.." ajak ikran setelah selesai menghisap sisa terakhir rokoknya.

" mandi dalam bathtub?" tanya cempaka masih terasa malas mahu bangun.

" erm.."

cempaka bangun perlahan menarik selimut menutup tubuhnya. mengutip bathrobe-nya lalu menghilang ke bilik air. menyediakan air mandian.

ikran melihat bintik-bintik merah di atas cadar katil. bangga terselit dalam hatinya. isterinya masih dara dan hanya menyerah kepada yang berhak. tersimpul senyum bangga di bibirnya.

" abang.. erm..air dah siap.. abang nak mandi dulu?" tanya cempaka di muka pintu bilik air.

ikran bangkit dari katil. membuat senaman ringkas membetulkan urat-uratnya sebelum berjalan menghampiri bilik air dan menarik cempaka ke dalam bilik air.

" wa.. sedapnya.." terliur cempaka melihat hidangan yang disediakan di atas meja oleh chef razin.

" puan muda dengan tuan muda nak makan sekarang?" tanya mira. maid yang ditugaskan khas untuk melayan cempaka oleh ku najah. setiap maid yang disediakan mempunyai tugasan masing-masing di dalam villa ini.

" takpelah mira.. kamu rest dahulu.. buar saya sahaja yang urus di meja makan ini" cempaka menyuruh mira berlalu. ruangan makan kini sudah berubah wajah. jikalau sebelum ini menepatkan meja makan yang panjang,kini cukuplah meja yang memuatkan 8 orang makan. tidaklah terasa jauh nak makan bersama. ruangan selebihnya dihias dengan bunga segar dan almari perhiasan serta sofa berangkai.

ikran memerhati sekeliling ruang makan yang bertukar wajah.

" siapa yang ubah suai?" tanya ikran mencuci tangannya.

" saya.. abang tak kisahkan?" takut juga cempaka jikalau ikran tidak suka.

" okey.." ikran tidak kisah. buatlah apa yang cempaka suka asalkan tidak memudaratkan.

cempaka tersenyum suka. tahu suaminya walau kedekut dengan ayat manis namun pasti setuju dengan segala aturannya.

" cukup tak?" tanya cempaka menyenduk nasi ke dalam pinggan ikran.

ikran angguk.

ikran makan menggunakan tangan. terkejut juga cempaka. ikran yang sempurna makan menggunakan tangan. OMG!!

" umi biasakan kami makan tangan kalau di rumah." maklum ikran seperti dapat membaca fikiran cempaka.

cempaka tersengih malu. okey kalau genius itu genius juga. apa kita fikir,dia boleh tahu. hebat.

" saya belajar makan tangan pun sebab berkawan di sekolah dulu.." perlahan cempaka memberitahu ceritanya. malu juga dia dengan ikran. umi mendidik anaknya dengan bagus. walau lahir di dulang emas masih lagi menerapkan didikan adap dan budaya kepada anaknya. harus cempaka berguru sama umi selepas ini.

" mario... siapa nama chef kita?" tanya ikran tiba-tiba selepas selesai menyudahkan makannya.

" chef razin tuan muda." maklum butler mario.

" ermm.. saya tekak orang melayu.. kalau saya nak makan.. makanan barat.. baik saya makan dekat restoren.." komen ikran. dia tidak suka makan masakan barat di rumah.

" maaf tuan.. saya akan maklum dengan chef razin.." butler mario mencatit sesuatu pada nota ditangannya.

" puan pula bagaimana? puas hati dengan hidangan malam ini?" tanya butler mario kepada cempaka yang hanya diam mendengar.

" ermm.. macam mana ye saya nak maklum.. sebenarnya kalau ikutkan.. saya tak perlukan chef untuk memasak dirumah.. saya cuma perlukan seseorang yang boleh bantu saya memasak..saya boleh masak.."benar.. sejujurnya cempaka memang tak perlukan tukang masak dirumahnya. setakat hidangan mereka semua. cempaka boleh masak. petik jari sahaja. hidangan kampung, barat,chinese dan india. serah sahaja.

" ermm tapi puan.. puan besar pesan saya tak boleh biarkan puan buat kerja berat.." butler mario membantah. pesanan ku najah terngiang-ngiang di telinganya.

" abang okey kan..?" cempaka meminta simpati ikran. pasti kalau ikran beri arahan akan didengari.

" mario..lepasni kalau puan nak masuk dapur untuk memasak. kamu minta chef razin untuk membantu puan.." ikran memberi arahannya.

cempaka senyum kemenangan. selepas ini bolehlah dia masuk dapur memasak. rimas juga sebenarnya maid ramai-ramai ni. dahlah tiada privasi. nak buat semua kerja,maidnya asyik ulang benda yang sama. puan besar tak bagi puan buat kerja berat. hadoiiii... ku najah ni pun satu. sekali datang bawa lima orang maid untul memudahkan urusannya. pertama si mario ketua butler yang berusia 50an. chef khas chef razin untuk urusan didapur. mira yang akan membantu memudahkan kerjanya. mak pah pula adalah isteri kepada butler mario yang membantu ku najah mengasuh ikran sedari kecil dan mungkin akan membantu mengasuh anaknya nanti. serta bik tina wanita dari indonesia yang turut membantu memudahkan segala urusan dalam villa ini.

" mario.. nanti jumpa saya di bilil bacaan ya.." ikran yang sudah selesai makan mencuci tangan dan melangkah dari ruangan makan.

cempaka membantu mak pah dan bik tina mengemas meja makan.

" mak pah.. boleh saya tanya.." cempaka meminta kebenaran untuk bertanya kepada mak pah. wanita itu pernah menjaga suaminya, pasti wanita itu tahu tentang suaminya.

" iya puan?" mak pah memandang wajah puan mudanya itu.

" mak pah pernah bantu umi asuh tuan kan.. mesti mak pah tahu lebih banyak tentang tuan kan.." cempaka mula mengorek rahsia.

mak pah mengangguk.

" saya nak tahu tentang cara pemakanan tuan.."

mak pah tersenyum. pasti puan mudanya ini ingin buat yang terbaik untuk tuannya.

" tuan muda sangat cerewet kalau tentang makanan.. dia tak makan makanan pedas sangat. masakan barat kalau boleh dia takkan jamah di rumah. dia suka masakan kampung. macam masak lemak.. asam pedas.. kari. nanti saya beri senarai ikan dan sayur yang tuan tak makan.." mak pah menerangkan secara terperinci.

cempaka mula membayangkan kecerewetan ikran. aduhai nasib..suamiku cerewet bab makan. redhalah.. apakan daya sudah nasib.

" puan.. lagi satu mak engku hantar saya ke sini sebab dia nak saya bantu puan kalau puan mengandung, bersalin dan jaga anak nanti.." maklum mak pah tujuan kedatangannya ke sini dan dia terus menghilang ke arah dapur.

cempaka pamer sengih. wajahnya memerah kalau disebut tentang hamil. malu teringat adegan panas petang tadi.

selepas mandi tadi terkejut dia melihat di badannya di lehernya penuh dengan hickey.

" puan.. telefon puan berbunyi.." mira datang membawa telefonnya yang masih berbunyi tanda ada panggilan masuk.

cempaka mengambil dan melihat nama si pemanggil. nadia.

" hello..." cempaka mengangkat panggilannya dan memberi isyarat pada mira untuk pergi.

" hello babe.. kau dekat mana? honeymoon ke?" amboi macam peluru nadia menyoalnya.

" taklah.. nak honeymoon apekebendenya.. laki aku sibuk.." jujur cempaka memaklumkan.

" aikk.. takkan tak pergi honeymoon.. sayanglah.. orang kahwin semua nak pergi honeymoon.." nadia memprovok.

" la... dah laki aku sibuk.. takkan aku nak desak dia kut.." cempaka malas nak melayan perangai nadia yang suka membuat provokasi itu. bukan sehari dua dia mengenali peel nadia.

" iyalah babe.. so.. sekarang kau stay dekat mana?" nadia mengorek rahsia tempat tinggal cempaka.

" villa laki aku.. kenapa? kau nak datang ke?"

" kalau kau buat hi tea jemput aku.. aku datang la.."

" otak kau asyik hi tea je kan.. "

" eleh.. kalau saja-saja datang.. aku taknak.. lagipun aku seganlah dengan laki kau tu.."

" segan.. lah...laki aku tu tak makan orang. "

" ermmm.. nantilah kalau aku free aku datang ziarah kau.. bawak present.. aku sekarang dekat dubai.. teman mr fiance aku kerja.."

" wow... selamat holiday.. kirim salam kat pak -pak arab yang hensem."

" okey babe.. babe.. aku letak dulu ya.. aku nak keluar jalan ni.. muah.."

" take care.." talian dimatikan cempaka. nadia ini ada-ada sahaja. dalam ramai sahabatnya, hanya dia sahaja yang bileh bersahabat dengan nadia dan terima perangai gedik nadia.

" mario.. kalau puan nak buat kerja rumah.. biarkan sahaja.." ikra memberi arahannya kepada mario.

" tapi tuan.. puan besar tak..."

" puan besar tak perlu tahu tentang semua yang terjadi dalam villa ni.." ikran tahu mario sangat setia kepada uminya. kerna itu umi menghantar mario untuk memastikan sikapnya kepada cempaka.

" tolong pastikan keselamatan puan muda sewaktu dia buat kerja rumah.. itu sahaja. pastikan dia tak cedera."

mario mengangguk.

ikran memberi isyarat untuk mario berlalu. dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi. mata dipejam. dia bukan jenis lelaki yang rapat dengan perempuan. cempakalah satu-satunya perempuan yang kini dekat dengannya selain dari umi dan mak pah. dia tidak mengerti perasaannya kepada cempaka. namun dia akan sedaya upaya menjaga dan melindungi cempaka bermula dari hari mereka menikah.


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C25
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen