App herunterladen
71.42% CEO itu bukan bos aku. / Chapter 25: Sebentar

Kapitel 25: Sebentar

Merenung dan memandang sahaja Lyn pada screen di telefon dengan pandangan kosong,di biarkan sahaja ia berdering hingga ianya terhenti sendiri, tahu dan pasti akan siapa gerangan si pemanggil.

Sementara itu masih di pejabat, Arman tidak berputus asa untuk menghubungi Lyn dimana panggilan masih tidak di angkat lalu masuk ke peti suara automatik.'Tak apa la barangkali masih marah dengan usikan pagi tadi',fikir Arman lalu terus menyiapkan kerja kerana mahu pulang ke kondo secepatnya. Jika mahu berjaya harus berusaha kerana kejayaan tidak datang bergolek. Jika mengharapkan ianya datang sendiri atau jatuh ke riba tanpa mahu memberi dan menerima mana mungkin. Jika mahu berjaya harus 1. punya wawasan, impian atau mimpi 2. Usaha 3.takdir,nasib atau luck 4. habis semua,jadinya samada kejayaan atau gagal. Jika gagal ianya pengalaman yang mengajar jangan lagi mengulang kesilapan yang sama, jika kejayaan kecepailah dengan bijak tapi harus ingat bahawasanya tiada sesuatu pun akan SELAMANYA berhenti dititik tersebut tapi harus la ianya mengulang semua no.1 hingga 4 tanpa jemu.Kesemua diatas adalah resepi Arman dalam kehidupannya dimana dia sentiasa percaya segalanya mungkin asalkan berusaha tapi harus la ada memberi sebab kalau nak menerima sahaja,segalanya bukan percuma, dan harus jangan tamak. Dia tahu yang dia pasti akan berjaya dengan usahanya.'Lyn, akan kupastikan kasih dan sayangku kau sambut.'ucap Arman yang telah sampai ke kondo dan berbaring di katilnya, sedari tadi berbagi perasaan samada mahu membuat kejutan untuk Lyn dengan pergi berjumpa si dia atau tidur sahaja. Akhirnya di putuskan baik tidur,kerana inshallah esok masih ada.

"Ehmmm, entahla",kedengaran suara Lyn yang berbisik sendirian.'Padan muka buat lagi sesuatu perkara dengan hentam kromo', akalnya memarahi diri sendiri. Di capai hp lalu di hubungi sahabatnya Suhana, tidak lama ianya berbunyi, kedengaran suara memberi salam,"Assalamulaikum Lyn, lamanya tak call ingatkan dah lupakan Ana di sini...",belum sempat Suhana menyambung bicara terus Lyn memotong,"Sorry Ana, Lyn busy sangat, bukan tak nak call but tak tahu kat mana nak mula sebab dengan tiba-tiba jadi express mummy, and Ana ,Lyn dah buat sesuatu yang di luar jangkaan akal and I really...really...need someone that can lend me a shoulder to cry on", Lyn berbicara lembut dan nadanya yang seolah-olah merayu lalu menyambung lagi,"Ana,can we meet up somewhere?".Suhana menjawab,"Lyn, Ana minta izin Halim dulu give me a few minute,Ana call Lyn semula",talian diputuskan Suhana. Selepas 5 minit kemudian Suhana menelefon semula dan mereka bertemu janji di Restauran Pelita di SS15, Subang Jaya.

"W.H.A.T T.H.E H-LL!!!,You're married and didn't invite me!",Suhana yang tersangat lembut bicara setelah lama bersahabat baru kali ini bersuara agak kasar dari kebiasaannya. Lyn memandang sekeliling sambil tangannya memegang bahu Suhana menenangkan sang sahabat yang terperanjat dengan berita yang di sampai. Kelihatan Suhana mengeleng-geleng kepala tidak percaya dengan apa yang di dengarinya sebentar tadi. "Lyn kahwin dengan Arman aka your CEO dan direct superior?",di ulang jawapan Lyn tapi kali ini dengan tanda soal di belakang."Yap", ringkas jawapan Lyn."Motif?", soal Suhana lagi." He will be a father to Damien and someone to look after both of us, you pun tau yang Ikmal next month dah kena belayar balik", jawap Lyn,perkara tersebut pada diri dia tersangat logik."Lyn you dah kenapa?,cuba you ulang balik jawapan you tu then kaji semula. Pada Ana ianya sangat tidak logik", ucap Suhana yang betul-betul tidak percaya yang sahabatnya telah dan sudah melakukan sesuatu yang akan merubah 200% perjalanan hidupnya."Hai la Lyn, kalau Ana cakap sure you marahkan Ana,but it was stupid to simply marry someone spontaneous ,benda dah pun jadi Ana harap Lyn kena bersedia untuk semua kemungkinan mendatang",masih mengeleng dan memegang kepala Suhana menyekolahkan semula Lyn."Lyn , Ana rasa you need to see you doctor back, check balik mana tau your mental tak stabil",jujur sungguh Suhana hari ini."PUAN SUHANA, this friend of you, still normal lagi",bersungguh Lyn sambil jarinya menunjukkan pada diri sendiri cuba menyakinkan si sahabat."Ini bukan heart to heart Lyn, bukan shoulder to cry on, ni dah jadi cerita cartoon",Suhana menyambung bicara semula,"But Lyn it happen already ",perlahan suara Suhana menyatakan perasaanya tika itu."Lyn,my dear next time if ada lagi perkara sebegini please,please think before do it !",sangat tegas suara Suhana di situ."Jadinya both of you kira kahwin rahsia la ini, tak nak orang tahu,sampai bila?", tanya Suhana lagi."Entah, maybe sampai hati Lyn kata I love you kot", spontan kata-kata itu dari Lyn. Dengan sengaja Suhana memberikan satu tepukan di dahi Lyn."Sakit la, Ana".Selamba Suhana membalas,"Sakit ya?,apa ingat main kahwin-kahwin?,awak tu dah 35 tahun bukan 5 tahun",kasar gurauan Suhana hari ini."Ana harap Lyn dengan suami Lyn bincang elok-elok,take you time dan kenal hati budi, consider kamu berdua baru nak flirting then couple and then please declare to all, tak baik sorok lama-lama,benda baik pun", nasihat Suhana lagi."Lyn dah lewat sangat ini esok Lyn nak kena kerja , jom kita balik, bini orang dah pun",Suhana mengajak pulang kerana jam sudah menunjukkan jam 3pagi. Bila berborak memang lupa masa.

'Sahabat yang baik adalah yang berada bersamamu tika susah dan senang dan sentiasa mendengar pada kamu tapi di ulang tapi tidak akan sentiasa bersetuju dengan kamu'.


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C25
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen