App herunterladen
10.17% NAGA PUSAR / Chapter 82: Pakar Ada di Mana-mana (Bahagian 2)

Kapitel 82: Pakar Ada di Mana-mana (Bahagian 2)

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Soalan itu membuat Linley gugup. Dia teragak-agak sebelum menjawab. Banyak perkara yang terlintas dalam fikirannya. Tetapi akhirnya dia mengangguk. "Benar. Nama dia Alice."

Mata Delia serta-merta menjadi merah. "Tahniah."

Delia terus berpaling, tidak mampu menahan air matanya daripada tumpah ke pipi. Dia berlari keluar dari ruang bacaan itu.

Namun Linley tidak nampak air mata Delia.

"Aduhai." Selepas berterus terang dengan Delia, Linley rasa tidak senang duduk dan gemas. Tetapi pada masa yang sama, dia juga berasa lega.

Selepas kejadian itu, Linley hilang semangat untuk membaca. Selepas mencatat nama buku itu, dia menyimpannya semula ke rak.

Dalam perjalanan pulang ke bilik asrama, Linley tidak dapat menahan dirinya daripada asyik merengus.

'Bos, saya faham. Kamu suka budak Delia itu juga, bukan?' kata Bebe, sengaja menjolok sarang tebuan. 'Kamu tahu, saya rasa Delia gadis yang sangat baik. Dia lebih baik daripada Alice, tahu?'

'Diamlah.' Linley menengking Bebe secara mental.

"Hrmph, hrmph, tekaan saya betul, bukan?" Bebe berkata dengan girang.

Linley mengeluh panjang. Lama selepas itu, senyuman memekar di bibirnya. 'Sudahlah itu. Aku sudah berterus terang dengan Delia, aku tak patut memikirkannya lagi. Oh, ya. Aku akan bertemu Alice esok. Aku perlu sediakan hadiah.'

Apabila memikirkan Alice, Linley berasa lebih gembira dan tenang.

29 Disember. Lewat petang. Linley berpecah dengan Yale dan sahabat-sahabatnya. Dia menuju ke rumah Alice untuk bertemunya. Kali ini, Linley dapat meluangkan lebih masa bersama Alice.

Hari pertama pada bulan pertama setiap tahun dikenali sebagai 'Festival Yulan'. Ini merupakan perayaan terbesar benua Yulan. Setiap tahun pada hari ini, Gereja Cahaya akan mengadakan perjumpaan keagamaan besar-besaran.

Kota Fenlai dikenali sebagai 'Ibu Kota Suci' kerana ibu pejabat Gereja Cahaya terletak di Kota Fenlai Barat. Jadi sudah tentu perjumpaan keagamaan di Kota Fenlai ialah yang paling meriah di seluruh benua Yulan. Apabila tiba masanya, Maharaja Suci sendiri akan merasmikan acara. Perjumpaan ini benar-benar hebat dan dihadiri oleh ramai orang.

1 Januari.

Kota Fenlai Barat, ibu pejabat Gereja Cahaya. Kuil Cahaya merupakan sebuah bangunan yang besar. Tingginya mencecah seratus meter. Sesiapa pun akan dapat melihatnya di latar langit walau di mana pun dia berada di Kota Fenlai.

Di hadapan Kuil Cahaya terdapat sebuah plaza kota yang sangat besar. Panjangnya melebihi seribu meter. Jalan di plaza itu diturap dengan batu-batu putih licin yang sama saiz. Pada ketika itu, plaza tersebut dipenuhi lautan manusia. Linley dan Alice juga ada di situ.

Ramai kesatria berkuda Gereja Cahaya bersiap sedia di situ, menjaga keamanan para hadirin. Namun secara umumnya, mereka yang hadir semuanya sangat teratur dan patuh arahan.

"Abang Linley, pada jam lapan, sekumpulan pegawai tinggi Gereja Cahaya akan tiba, termasuk Maharaja Suci." Alice memberitahu Linley dengan lembut.

Linley mengangguk. Dia melirik ke arah kesatria Gereja Cahaya yang sedang bertugas. "Alice, cuba tengok kesatria pelindung yang ada di sini. Sekurang-kurangnya ada beberapa ribu orang. Daripada rupa mereka, tiada seorang pun yang lemah."

"Tentulah. Ini adalah Festival Yulan. Mereka yang mengawal majlis ialah kesatria elit Gereja Cahaya. Setiap seorang daripada mereka yang hadir sekurang-kurangnya ialah pahlawan tahap lima." Alice yang membesar di Kota Fenlai lebih tahu tentang festival ini berbanding Linley.

Linley terkejut.

Semua kesatria ini pahlawan tahap lima atau lebih? Trup kesatria yang sangat hebat. Mereka ialah kesatria tahap lima yang memiliki kuasa tidak terbayang dek akal. Sebagai seorang ahli sihir tahap lima, kekuatan Linley tidak dapat menandingi mereka.

Alice menunjuk ke arah beberapa orang berpakaian mewah di hadapan. "Lihat, ramai bangsawan peringkat tinggi datang hari ini. Sekejap lagi, puak diraja dari semua negara Kesatuan Suci juga akan tiba."

Masa berjalan dengan begitu pantas. Dalam sekelip mata, jam sudah menunjukkan pukul lapan.

Tiba-tiba, Kuil Cahaya setinggi seratus meter itu bercahaya, menyinari plaza dengan cahaya putih. Sebuah arca bidadari bersaiz besar di tengah-tengah plaza juga mula mengeluarkan cahaya malap. Pada masa yang sama, seluruh plaza tiba-tiba bergema dengan sebuah lagu indah. Iramanya kedengaran seperti lagu alam dewa-dewi.

Pada waktu itu, ada sekumpulan orang keluar dari sebuah bangunan di tepi Kuil Cahaya. Di hadapan mereka, ada beberapa baris lelaki memakai perisai putih berkilat dan topi besi berambu merah. Mereka ialah kesatria pelindung Gereja Cahaya. Setiap seorang daripada mereka tampak perkasa. Sekumpulan kesatria yang terdiri daripada hampir seratus orang sedang berkawat. Keseragaman pergerakan mereka memukau semua yang hadir, menyebabkan ruang sunyi sepi.

"Atuk tak sangka Gereja Cahaya memiliki kuasa sebesar ini. Kesatria seramai seratus orang itu sekurang-kurangnya memiliki kuasa pahlawan tahap tujuh." Doehring Cowart muncul di sebelah Linley, memerhatikan orang yang hadir dengan teliti. "Ada penempur tahap Dewa di sini? Aduhai, baik Atuk sembunyi dalam cincin."

Kemudian, Doehring Cowart sekali lagi menghilangkan diri.

"Penempur tahap Dewa?" Linley spontan meneliti kumpulan itu.

Di belakang kesatria pelindung Gereja Cahaya, ada lebih kurang sepuluh orang yang memakai jubah panjang berwarna putih. Di belakang mereka pula, diapit dengan beberapa orang Kardinal berbaju merah ialah seorang lelaki tua botak berjubah perak.

"Maharaja Suci!"

Jelas sekali, lelaki tua berjubah perak itu ialah orang paling penting dan nadi kumpulan itu. Linley spontan menumpukan perhatiannya kepada lelaki itu. Maharaja Suci ialah seorang lelaki bertubuh tinggi. Ketinggiannya mungkin mencecah dua meter. Di tangan kirinya, Maharaja Suci menggenggam sebatang cogan alam yang hampir sama tinggi dengan baginda.

Di belakang Maharaja Suci dan Kardinal, ada empat orang lelaki berbaju hitam dan seratus orang pahlawan berbaju violet. Kumpulan yang baru tiba ini berjalan dengan teratur menuju ke tengah plaza. Tiada seorang pun hadirin seramai ratusan ribu orang itu berani bersuara.

'Atuk Doehring, Atuk kata ada penempur tahap Dewa di sini? Yang mana satu?' Linley bertanya dalam mindanya.

'Sekali pandang pun Atuk dapat tahu. Maharaja Suci dan empat orang lelaki tua berpakaian serba hitam di belakang itu ialah penempur tahap Dewa. Nampaknya mereka sangat yakin dengan kuasa mereka. Tiada seorang pun yang cuba menyembunyikan kuasanya. Atuk tak sangka selepas lima ribu tahun, Gereja Cahaya yang menyorok dalam Empayar Pouant mampu berkembang hingga peringkat ini." Doehring Cowart tidak henti-henti mengeluh.

'Tak menyembunyikan kuasa mereka?'

Linley terkejut. Dia sekali lagi meneliti kumpulan itu. Sejujurnya, apabila melihat Maharaja Suci, Kardinal-kardinal dan empat lelaki tua berpakaian hitam itu, Linley hanya nampak orang-orang yang mengagumkan dan agung. Akan tetapi, dia langsung tidak dapat mengesan apa-apa aura berkuasa yang datang dari mereka.

Tapi Doehring Cowart baru saja cakap… Penempur tahap Dewa itu langsung tidak menyembunyikan kuasa mereka?

"Linley, banyak lagi kamu perlu belajar. Di benua Yulan ini, ahli sihir tahap lima bukanlah sesiapa. Mungkin apabila kamu mencapai tahap ketujuh barulah kamu dianggap 'berkuasa'. Sungguhpun begitu, penempur tahap tujuh masih bukan lawan kuasa-kuasa besar dari seluruh benua ini"

'Di benua ini, Gereja Cahaya, Kultus Bebayang, Empat Empayar Agung, dan banyak lagi organisasi rahsia, apabila digabungkan, memiliki lebih ramai pakar daripada apa yang kamu mampu bayangkan. Sekarang, kuasa kamu masih lemah. Kamu belum pernah bersemuka dengan orang ditahap mereka. Suatu hari nanti, kamu akan faham.' Doehring Cowart ketawa kecil sambil berkata, 'Kelebihan terbesar kamu ialah keremajaan kamu. Kehandalan mereka yang berkuasa itu disemai melalui latihan berterusan selama bertahun-tahun. Suatu hari nanti, kamu juga akan sehandal itu.'

Linley mengangguk kecil.

Disebabkan dia sering dipuji sebagai seorang genius, di dalam hatinya, Linley benar-benar merasakan dirinya hebat. Akan tetapi, kata-kata Doehring Cowart telah menyedarkannya daripada mimpi itu. Jika dibandingkan dengan mereka yang berada di seluruh benua Yulan, Linley bukanlah sesiapa.

Sebaik sahaja kumpulan Maharaja Suci tiba, semua orang yang ada di plaza saling berbincang sesama sendiri dengan suara rendah.

"Abang Linley, tengok tu. Keenam-enam puak diraja telah tiba. Yang paling depan ialah puak diraja Kota Fenlai. Lelaki berbadan besar dan berambut keemasan itu adalah Duli Yang Maha Mulia Raja. Baginda seorang pahlawan tahap sembilan," bisik Alice ke telinga Linley.


Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C82
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen