App herunterladen
3.82% Penyihir Dunia Magus / Chapter 38: Nyssa

Kapitel 38: Nyssa

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Leylin merasa keinginan untuk menjual posyen di luar akademi tidak perlu disembunyi olehnya lagi.

Pembantu-pembantu paderi Posyen yang lain juga pasti mempunyai pemikiran yang sama, tetapi tiada siapa yang jangka Leylin berhasrat menjual dalam jumlah yang begitu mengejutkan.

Dia harus sembunyikan identitinya semasa menjual, tetapi segalanya akan berjalan lancar sekiranya dia tidak dikenal pasti oleh mereka.

"Pembantu-pembantu paderi di dalam akademi agak pandai untuk kekalkan harga yang rendah selalu!" Bicky mengangguk kepalanya. "Kenapa awak tidak mengikut jejak senior awak, Merlin. Dia membuat perjanjian dengan sebuah keluarga Magus, di mana mereka akan bekalkan bahan-bahan posyen kepadanya dan juga akan belikan semua posyen yang dia bancuh!"

"Saya menikmati kebebasan saya!" Leylin menggeleng kepalanya. Dia tahu serba sedikit tentang keputusan yang dibuat oleh Merlin. Merlin telah membuat perjanjian dengan sebuah keluarga Magus. Keluarga tersebut akan bekalkan bahan-bahan untuk dia berlatih pembancuhan dan sumber-sumber penting untuk membantunya menjadi seorang Magus rasmi. Tapi selepas dia menjadi seorang pembantu paderi tahap 3, Merlin wajib bekalkan sejumlah posyen kepada keluarga itu setiap bulan. Lebih-lebih lagi, dia mesti menyertai keluarga itu selepas menjadi seorang Magus rasmi.

Ini salah satu cara keluarga-keluarga Magus untuk mengambil masuk pembantu-pembantu paderi kelas bawahan.

Tanpa Cip A.I., Leylin mungkin akan mengikut jejak jalan yang sama. Ataupun lebih buruk, tiada keluarga yang akan menerima Leylin kerana kebolehannya yang terlalu teruk.

"Bicky, keluarga awak tinggal di Kerajaan Poolfield kalau saya tidak silap, adakah awak tahu tentang pasar-pasar atau tempat-tempat untuk rakyat berdagang barangan mereka?" Leylin menanya.

"Sudah tentu! Tetapi, keadaan di sana agak merumitkan. Terdapat banyak Magi yang liar dan orang buruan, jadi ia sangat huru-hara dan membahayakan!"

"Saya tahu, tapi saya tidak perlu pergi ke sana sendirian. Contohnya, saya boleh mengupah orang lain untuk berdagang bagi pihak saya." Leylin mula merepek.

"Di dalam Kawasan Misi akademi, pembantu-pembantu paderi juga boleh memberi misi sekiranya mereka mempunyai kristal ajaib yang mencukupi dan boleh membuat deposit."

"Itu benar juga! Oleh itu, saya akan menghantar salinan maklumat yang ada ke bilik awak nanti!" Bicky mengangguk selepas membuat pertimbangan.

"Saya amat bersyukur! Saya akan belikan awak makanan di dewan makan aras dua lain kali!" Leylin bergembira.

"Baiklah!" Bicky tersenyum sehingga matanya tertutup."

...

Masa pun berlalu, Leylin teruskan analisanya terhadap kedua-dua formula itu dengan bantuan Cip A.I.. Dia juga mula mencari sihir pangkat 0 yang boleh menyembunyikan kehadirannya atau mengubah penampilannya.

Bicky sudah menghantar maklumat mengenai bazar Magus lama dahulu. Walau bagaimanapun, Leylin tidak berani keluar sehingga kejadian yang pelik di luar akademi diselesai oleh pihak atasan.

Leylin sedang menjamu selera dengan si Bill di cafeteria aras tiga yang memberi makanan percuma. Hidangan hari ini terdiri daripada roti putih dengan pes ikan, serta daging dan juga jus buah-buahan.

"Apa? Perry telah mati? Tapi dia seorang pembantu paderi tahap 3!" Leylin terkejut. Perry seorang pembantu paderi gred-lima dan mentor yang baik. Empat tahun yang lalu, dia telah berjaya mencapai tahap 3 pembantu paderi dan seseorang yang berpengaruh di akademi.

"Ya, betul! Dia menerima misi untuk menyiasat kejadian yang sedang berlaku di sekitar akademi dan membentuk pasukannya sendiri. Ada seorang lagi pembantu paderi tahap 3 dalam pasukan itu!" Muka si Bill bertukar gelap.

"Dengan formasi sebegini, hanya seorang Magus rasmi yang boleh bunuh Perry." Leylin berasa suram. Perry pasti mempunyai artifak ajaib bersamanya, dan antara yang terkuat di kalangan pembantu paderi tahap 3, tidak termasuk alat-alat hebat lain yang diberi oleh mentornya. Tetapi dia masih tidak berjaya, membuat Leylin berasa bimbang akan bahaya di sekitar luar akademi.

"Tidak semestinya, mereka mungkin tewas dari segi kuantiti pihak lawan! Saya dengar apabila mereka menjumpai Perry, bahagian bawah badannya hilang dan organ dalaman perutnya telah dimakan oleh pihak lawan. Seimbas lalu, ia jelas menunjuk perbuatan Beastmen di sebalik kematian Perry!"

"Beastmen?" Leylin teringat kandungan buku yang dia baca. Mengikut buku itu, terdapat dua penjelasan mengenai asal usul mereka. Yang pertama menerangkan mereka sebagai eksperimen gagal Magus, dan yang kedua pula menyatakan mereka sejenis subspesies manusia.

Tapi, ia turut menggambarkan Beastmen bersikap liar dan licik dari sudut penjelasan itu.

"Bukankah mereka sentiasa berada di Desolate Lands of Despair? Mengapa mereka boleh merayau ke sini? Mereka juga telah menyerang pembantu-pembantu paderi; tidakkah mereka tahu ini akan mengundang provokasi?" Leylin berasa keliru.

"Pemikiran Beastmen kurang tajam, siapa yang tahu apa yang difikir oleh mereka? Tapi mereka tidak pernah berani membuat Magi marah, kalau tidak, mereka sudahpun pupus sejak lama lagi." Si Bill berkata.

Apabila Magi rasmi akademi berjalan keluar, tiada halangan di laluan mereka, ataupun sebarang kejadian pelik. Ia seolah Beastmen ini sembunyikan diri mereka terlebih dahulu.

Tapi, mereka akan menyerang dengan kekuatan yang sepenuhnya ketika bertembung dengan seorang pembantu paderi. Ini seolah-olah membuli yang lemah dan takutkan yang kuat.

"Mereka tidak akan berkeliaran untuk lama lagi! Perry merupakan perantis Profesor Harosi. Dia seorang yang menjaga air muka dan mempertahankan kelemahannya, jadi dia pasti akan mengambil tindakan!" Si Bill berkata dengan penuh keyakinan.

Salah satu sebab mengapa Akademi Abyssal Bone Forest tidak mengambil tindakan terhadap Beastmen itu kerana mereka terlalu lemah dan bukan ancaman besar kepada seorang Magus rasmi. Sebaliknya, mereka diguna oleh pembantu-pembantu paderi sebagai peluang untuk mengasah kemahiran peperangan dan memperoleh pengalaman. Tapi, keadaan telah berubah sejak seorang pembantu Paderi telah mati dibunuh oleh Beastmen.

Walau bagaimanapun, Leylin berasa ia tidak masuk akal untuk Beastmen muncul di kawasan akademi ini. Seperti kejadian Cendawan Bermuka Labah-labah daripada sebelumnya, dia berasa ia sebahagian daripada konspirasi yang lebih besar.

"Tapi, saya bukan satu-satunya yang bijak dalam akademi ini. Kalau saya boleh fikirkannya, yang lain juga boleh berbuat demikian. Kenapa masih tiada khabar angin tentangnya lagi?"

Leylin berfikir secara mendalam, "Keadaan ini agak hairan, lebih baik saya membuat persediaan terlebih dahulu."

"Leylin!" Ada suara yang memanggilnya dari belakang and ia kedengaran bimbang sedikit. Leylin berpaling dan ternampak Guricha, seorang pembantu paderi yang menyertai akademi bersamanya dan mempunyai kebolehan pembantu paderi gred-dua. Gelombang tenaga yang dikeluar oleh tubuhnya menunjuk yang dia masih lagi seorang pembantu paderi tahap 1.

"Ini kawan saya, saya beredar dahulu!" Leylin berkata kepada Si Bill.

"Buatlah apa yang patut!" Bill tersenyum.

"Ada apa-apa masalah ke?" Leylin menuju ke Guricha dan bertanya dengan lembut. Guricha seorang yang tidak berkata banyak dan selalu dimaki oleh Kaliweir dan yang lain, jadi dia jarang meluangkan masa dengan mereka. Pastinya ada masalah kalau dia mencari Leylin kali ini.

"Ini... Kita sememangnya mempunyai masalah! Boleh awak ikut saya untuk sebentar?" Guricha bertanya.

"Baik!" Leylin setuju kerana dia tidak mempunyai sebarang rancangan.

"Ayuh ke bilik saya!" Guricha membawa Leylin ke biliknya.

Leyling memandang bilik nombor itu, '1913'. Ia agak jauh dari biliknya, tidak hairan kalau mereka jarang bertemu.

"Jom masuk! Jangan terkejut!" Guricha memberi amaran.

Leylin menarik nafasnya dan meletakkan tangan kirinya ke dalam poket pinggangnya sebelum menolak buka pintu dan masuk ke dalam.

Sebaik sahaja dia masuk, bau yang busuk menusuk deria hidungnya. Ia berbau seperti campuran bau longkang dengan bau mayat, dan Leylin hampir muntah.

Sambil menahan bau busuk itu, Leylin memeriksa bilik Guricha. Reka bentuknya sama seperti bilik dia tetapi terdapat seorang gadis sedang duduk di atas katil itu, dan di sebelahnya terdapat sebuah bentuk badan yang dibalut oleh kain hitam. Bau itu berasal dari bentuk badan yang berbalut itu.

"Hello, Dodoria! Leylin mengenalinya. Dia juga salah seorang yang menyertai akademi ini bersama Leylin. Kebolehan dia lebih teruk daripada Guricha, hanya seorang pembantu paderi gred-satu, dan belum melayakkan diri sebagai seorang pembantu paderi tahap 1 sehingga kini.

Manakala untuk badan berjubah hitam itu pula, mengikut imbasan Cip A.I., gelombang tenaganya kelihatan agak pelik . Kadang-kala bacaan tenaganya menunjuk dia bukan seorang pembantu paderi tahap 1, dan selebihnya menunjukkan yang dia berada pada puncak pembantu paderi tahap 1 dan mampu maju kepada pembantu paderi tahap 2. Lebih-lebih lagi, radiasi yang dikeluar oleh tubuh badan itu sangat kuat.

"Hello, Leylin!" Dodoria memaksa senyumannya, tapi kedua-dua matanya merah seolah baru sahaja habis menangis.

"Apakah yang telah berlaku sebenarnya?" Leylin berasa masalahnya terletak pada badan berjubah hitam ini.

Seperti yang dijangka oleh Leylin, Guricha pastikan pintu biliknya telah tutup dan kemudian, memaksa senyumannya sambil berkata kepada Leylin, "Awak sudah bertemu dengan Dodoria, tetapi ada seorang lagi, Nyssa. Adakah awak masih mengingati dia?"

"Nyssa?" Secara umumnya, Leylin teringat seorang gadis kecil yang mempunyai kebolehan seorang pembantu paderi gred-satu dan mempunyai hubungan yang agak baik dengan Dodoria. Dia juga berasal dari tempat yang sama dengannya.

"Ini…" Bentuk badan berjubah hitam itu kelihatan besar dan bengkak, seperti seorang yang amat gemuk, dan keluarkan bau yang jijik. Ia agak sukar untuk Leylin menghubungkan bentuk badan ini dengan gadis yang kecil dan mesra dari dahulu.

"Nyssa, tanggalkan jubah awak! Leylin bukan orang luar! Selain itu, awak masih perlukan pertolongan dia!" Guricha berkata.

"Ya, betul!" Dodoria memberi galakan dari sisinya.

Selepas mendengar perbualan itu, Nyssa yang berjubah hitam itu teragak-agak untuk seketika dan akhirnya menanggalkan jubahnya.

"Ugh!" Leylin menutup mulutnya dengan mata terbuka lebar, kelihatan terkejut.

Bagaimanakah ini merupakan satu "Orang"!

Mukanya penuh dengan parut, dan terdapat beberapa tanda jahitan. Dia mempunyai hidung muncung seakan seekor khinzir, kepalanya botak, sebelah telinganya hilang, dan mempunyai gigi yang kasar. Cecair kuning yang pekat mengalir keluar dari mulutnya tanpa henti. Muka dia seolah-olah telah dirosak dan ditampal semula oleh seseorang.

Melihat penampilan dia, dua perkataan yang berada di minda Leylin: "Suture Freak." Sekarang, penampilan Nyssa seperti seorang yang mengambil bahagian-bahagian mayat haiwan dan menjahitnya bersama.

Dengan penampilan yang begitu teruk, dan berbanding dengan imej seorang gadis biasa, Leylin akhirnya memahami mengapa Nyssa memilih untuk membalut dirinya dengan jubah hitam itu.

"Ini… Apa yang sedang berlaku sebenarnya?" Muka Leylin bertukar gelap.

"Adakah awak masih ingat lagi syarat-syarat tambahan yang ada ketika memilih mentor kita?" Guricha ingatkan.

"Maksud awak… Membantu dalam eksperimen!" Leylin terkejut. Dia asalnya ingat syarat yang ditawar oleh profesor itu terlalu baik, dan sekarang ia sebenarnya perangkap!

"Betul! Kita tidak mempunyai apa-apa kristal ajaib, jadi pemilihan mentor telah dibuat oleh kita secara rambang. Nyssa mendapat seorang profesor yang pakar dalam Penjelmaan!"

"Dia melayan Nyssa dengan baik, bukan sahaja dia memberi banyak pengetahuan kepada Nyssa, malah dia juga janjikan 1 kristal ajaib setiap bulan kalau dia mengambil bahagian dalam eksperimennya!" Dodoria berkata sambil mengelap air matanya dengan sapu tangan dari masa ke semasa.

"Tiga hari yang lalu, Nyssa telah diracun oleh radiasi sihir, dan sejak itu dia kelihatan begini." Guricha terangkan dengan sedih.

"Eksperimen manusia?" Leylin berasa sakit hati. Dia tahu banyak Magi di akademi ini yang membuat eksperimen manusia secara sulit. Tapi, mereka jarang guna pembantu-pembantu paderi mereka sendiri.

"Walaupun banyak Satria dan petani yang dia boleh gunakan dalam eksperimen, pembantu paderi merupakan pilihan terbaik kerana mereka mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap sihir!" Nyssa akhirnya bersuara. Suara dia serak seperti orang tua.

"Ya, betul!" Guricha menyambung sambil terbatuk, "Uhuk! Uhuk… Saya juga telah membantu dalam eksperimen profesor saya. Walaupun tiada perubahan yang drastik sekarang, terdapat beberapa kesan-kesan yang mula muncul…"


Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C38
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen