"Hanya dia yang akan bercerita pasal saya kepada kamu…" kata Huo Mian sambil mengambil sekeping tisu, mengelap tangannya dan menyerahkan telefon Qin Chu kepada Puan Qin, "Tengoklah, dia hantar video yang sama kepada Qin Chu tengah hari semalam. Qin Chu dalam mesyuarat dan tak ada masa untuk berurusan dengan dia. Jadi, Qin Chu sekat dia. Saya rasa sebab tu dia hantar video ni pada kamu juga. Biasalah tu, dia memang cenderung untuk buat benda macam tu." Huo Mian tersenyum.
Huo Mian langsung tidak terkejut dengan cerita yang direka Song Yishi. Namun, dia akan terkejut jika suatu hari nanti, Song Yishi berhenti membuat onar.