"Mian, kamu ada sorok apa-apa daripada kami?"
Pasangan tua itu berasa sangsi apabila melihat Huo Mian teragak-agak…
"Pak Cik, Mak Cik, saya tak sorok apa-apa dari kamu. Sebenarnya… saya dah lama tak bercakap dan tak berjumpa Ning Zhiyuan. Saya tak tahu apa yang dia buat sekarang."
"Boleh kamu tanyakan Pengarah Wu bagi pihak kami? Saya dengar Pengarah Wu ialah pak cik Xiaoxue, kami tak nak apa-apa dari dia, kami cuma nak jumpa cucu kami…"
Pasangan itu merayu kepada Huo Mian…
Huo Mian serba salah…
"Mian… saya tahu kamu budak yang baik, boleh kamu tolong Mak Cik dan Pak Cik? Kami tahu Zhiyuan tak guna tu dah buat salah pada kamu dan tak layan kamu dengan baik dulu. Boleh kamu hubungi Pengarah Wu untuk kami? Kami ke pejabatnya tapi pembantunya tak benarkan kami masuk. Dia tak nak jumpa kami," kata Mak Cik Ning dengan hiba.