"Hei… kamu ingat kamu boleh bercakap di belakang orang lain?" bentak Zhu Lingling dengan agresif.
"Hah? Siapa… kamu?"
Keliru, wanita itu berpaling untuk melihat Zhu Lingling…
"Saya kawan Puan Muda GK, kamu ada masalah? Saya rasa orang yang cakap buruk di belakang orang lain menjijikkan."
"Kami boleh cakap apa saja yang kami nak."
"Kamu memang boleh bercakap tapi kamu tak boleh putar belit kebenaran, faham? Perempuan simpanan…? Biar saya beritahu kamu, mak Huo Yanyan yang sebenarnya perempuan simpanan paling hebat. Saya tak percaya dia sanggup duduk di bawah satu bumbung dengan isteri Huo Zhenghai selama ni. Lagipun… Huo Yanyan ialah perempuan jalang yang bodoh masa di sekolah. Saya tak percaya kamu boleh boleh percaya apa yang dia cakap, kamu semua lebih teruk daripada perempuan bodoh tu."
Zhu Lingling sentiasa kasar dalam pemilihan kata-katanya dan dia terus meradang apabila orang lain merendah-rendahkan Huo Mian.