"Saya tak takut untuk cakap yang Qin Chu merupakan lelaki pertama yang saya suka."
"Oh," Huo Mian mengangguk; dia langsung tidak terkejut.
Ia sangat normal untuk orang lain menyukai Encik Qin, melihat kepada betapa luar biasa dan cerdiknya dia.
"Saya tinggal dengan keluarganya masa berumur 8 tahun dan ibu bapa dia layan saya macam anak sendiri. Saya sangat bersyukur pada waktu tu, tapi selepas saya berpindah kembali dengan keluarga saya sendiri, saya tak dapat jumpa Qin Chu lagi. Namun, saya tak pernah lupa tentang kawan saya tu selama ni… haha… saya tak takut untuk ketawa bila bercakap pasal hal ni, tapi saya tak pernah terfikir seorang lelaki macam Qin Chu akan berkahwin pada usia yang sangat muda. Saya ingat dia akan menunggu sekurang-kurangnya sehingga dia berusia lebih daripada tiga puluh tahun."
"Jadi, kamu tak pernah buat apa-apa, atau luahkan perasaan kamu kepada dia?" tanya Huo Mian.