"Semua tu bergantung kepada siapa saya bercakap, sebab bukan semua orang tahu tempat mereka. Apa-apa pun, saya dah cakap apa yang saya nak dan saya harap kita tak berjumpa lagi."
Kemudian, Huo Mian berpaling untuk pergi. Dia tidak mahu membazirkan walau seminit atau sesaat masanya dengan mereka.
Huo Mian tidak pernah berasa marah kepada Wei Dong kerana tidak membantunya.
Tambahan pula, ketika ayah Wei Dong ditahan di hospital, Huo Mian telah membantu Wei Dong mengatur bilik di Bahagian Selatan. Dia telah melakukan lebih daripada sepatutnya untuk Wei Dong sebagai bekas rakan sekelas.
Huo Mian akan menjadi orang yang sangat bodoh jika dia bersetuju untuk membantu Wei Dong dan menjebakkan dirinya ke dalam keadaan yang huru hara itu…
Wei Dong mungkin telah menganggap Huo Mian sebagai gadis yang bodoh… dan menyangkakan Huo Mian akan bersetuju jika dia merayu…