"Saya melawat Xiaoxue dan anaknya." Huo Mian memandang Ning Zhiyuan dengan dingin.
Sebelum ini, dia tidak merasakan apa-apa apabila memandang Ning Zhiyuan. Namun, kini, apabila dia melihat sendiri lelaki yang tidak mahu menerima Wu Xiaoxue dan anaknya, dia mula membenci lelaki di hadapannya. Lelaki itu bukan lagi lelaki muda yang suci yang ditemuinya di universiti tetapi hanya lelaki tak guna yang menjijikkan…
"Kamu ke sini untuk jumpa Wu Xiaoxue? Kamu berdua pasti rapat." Ning Zhiyuan tidak tahu yang Huo Mian dan Wu Xiaoxue sudah berbaik semula.
"Tu antara kami berdua. Saya tak perlu jelaskan apa-apa pada kamu."
Kemudian, Huo Mian berpaling dan berjalan ke arah keretanya…
"Mian…"
"Boleh saya tolong kamu?" Huo Mian menghentikan langkah tetapi tidak berpaling. Dia langsung tidak berminat untuk memandang Ning Zhiyuan.
"Macam mana… keadaan kamu?"
"Haha… kamu tak tengok televisyen atau berita?" Huo Mian tergelak.