Mereka bercumbu agak lama sebelum Qin Chu akhirnya melepaskan Huo Mian…
Huo Mian pula kembali memikirkan apa yang mereka lakukan dan memuji keberanian mereka. Jika ada sesiapa yang masuk sebentar tadi, perkara itu pasti akan menjadi perkara paling memalukan. Bukankah mereka sepatutnya melakukan perkara begitu di rumah mereka sendiri?
"Sayang, pergilah kerja semula, saya akan balik sekarang."
"Secepat itu…?" Huo Mian tidak mahu melepaskan Qin Chu lagi.
"Kamu sedang kerja dan saya tak nak ganggu." Kemudian, Qin Chu bangun dengan senyuman di wajah.
Huo Mian mengekori Qin Chu dengan tangannya berpegangan dengan tangan Qin Chu.
Mengenai gambar yang ditunjukkan Puan Qin, Qin Chu tidak rasa dia perlu bertanyakan perkara tersebut kepada Huo Mian kerana dia meletakkan kepercayaan penuh pada Huo Mian.
Siapa sahaja yang mengambil gambar tersebut pasti berniat memisahkan mereka.