"Baiklah." Huo Mian mengangguk. Dia tahu itu kecemasan. Jika tidak, Qin Chu tidak akan risau begini.
Qin Chu memandu laju pulang ke Bandar C. Perjalanan yang sepatutnya lima jam hanya mengambil masa empat jam untuk sampai. Matahari masih belum terbenam ketika mereka tiba ke Bandar C.
"Saya nak ke syarikat dulu. Kamu balik ke rumah dan berehat," kata Qin Chu dengan lembut.
Huo Mian mengangguk dan keluar daripada kereta di pagar Taman Diraja. Qin Chu memandu ke ibu pejabat GK.
"Ayah, kenapa Ayah tergesa-gesa perlukan saya?" Qin Chu melihat ayahnya duduk di kerusi pejabatnya sendiri sebaik sahaja dia masuk. Wajah ayahnya menyinga seakan akan mahu menyampaikan berita buruk atau sesuatu seperti itu.
"Ayah nampak jumlah wang yang dipindahkan Jabatan Kewangan kepada badan amal di Gunung Yunding. Jumlahnya agak tinggi iaitu lima puluh juta yuan, betul?"