Akhirnya, Huo Mian berpaling, mencerlung pada Su Yu dan memberikan respon yang bongkak.
"Nampaknya kebelakangan ini saya terlampau baik semasa memberi suntikan kepada kamu."
"..."
Adakah jururawat bedebah ini mengugutnya secara terang terangan?
Huo Yanyan dan Shen Jiani sudah cukup memeningkan kepalanya, sekarang Huo Mian benar-benar tertekan apabila Su Yu menyebut tentang Huo Siqian.
Zhu Lingling pernah bertanya Huo Mian di WeChat apakah rancangannya untuk menguruskan semua ini.
Huo Mian memberitahu yang dia mahu abaikan sahaja perkara ini. Dia tidak akan memberi respon kepada sesiapa dan membiarkan semua perkara selesai sendiri.
Namun, melihat pada keadaan sekarang, jika Shen Jiani dan orang yang berada di pihaknya tidak mendapat jawapan, mereka tidak akan mengalah.
Huo Mian sedang merangka rancangan untuk membalas dendam sambil memberi tamparan ke muka mereka untuk melindungi dirinya sendiri.