"Tak, tak apa. Cakap sahaja di sini. Lagi pun… kamu berpasangan dengan Doktor Wu. Jika dia dapat tahu, dia mungkin salah faham." Ning Zhiyuan dikejutkan dengan penolakan Huo Mian.
"Mian, tolong beri saya peluang untuk bercakap dengan kamu seorang, okey?"
Huo Mian tidak pernah melihat Ning Zhiyuan begitu merendah diri dan sikapnya itu sedikit sebanyak melembutkan kekerasan Huo Mian.
"Huo Mian, saya tinggalkan kamu berdua kalau begitu." Huang Yue tidak berasa selesa duduk bersama mereka. Jadi, dia mengangkat dulangnya dan beredar.
Ning Zhiyuan nampak peluangnya dan segera duduk bertentangan dengan Huo Mian.
"Kamu tak takutkah jika Doktor Wu dapat tahu yang kamu bercakap dengan saya di tempat terbuka yang boleh dilihat oleh semua orang?"
"Saya tak takut pada dia. Saya tak kisah." Ning Zhiyuan membalas dengan tenang.