App herunterladen
1.8% Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 23: Memerlukan Wang

Kapitel 23: Memerlukan Wang

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Huo Mian tidak dapat tidur dengan lena pada malam sebelumnya. Dengan lingkaran hitam di bawah matanya, dia bangun dan membuat sedikit bubur kosong dan dua gulungan telur dadar. Huo Mian membawa hidangan tersebut ke Hospital Rakyat Keempat.

Nasib baiklah dia bekerja untuk shif malam hari ini. Jadi, dia mempunyai masa lapang di waktu siang. Walaupun Huo Mian begitu letih, dia tidak mahu membiarkan Zhixin mengabaikan pengajiannya untuk menjaga emak mereka.

"Mak, saya bawakan emak sedikit makanan."

"Keluar dari sini. Saya tidak akan makan semua itu." Yang Meirong masih bermasam muka.

"Kalau selera emak masih tidak pulih, emak masih perlu makan sedikit. Makanan ini sedap. Saya sendiri yang masak jadi saya jamin memang bersih. Saya tinggalkan di sini, ya."

Huo Mian meninggalkan sarapan tersebut di atas meja, berkemas sedikit dan meninggalkan bilik itu.

Selepas Huo Mian berlalu pergi, Yang Meirong mengamati makanan di atas meja itu. Perutnya berkeroncong, mengkhianati dirinya sendiri.

Dia memandang pada pintu itu sekilas. Memandangkan Huo Mian tidak kembali, Yang Meirong segera mengambil makanan itu dan terus menjamu selera.

Sebenarnya, meskipun Yang Meirong agak panas baran, dia bukanlah seorang yang teruk. Dia tidak membenci anaknya juga. Cuma, Yang Meirong masih berduka dengan pemergian suaminya yang tidak dijangka-jangka itu.

Dalam pejabat doktor –

"Doktor, adakah kesihatan emak saya bertambah baik?" Huo Mian bertanya dengan resah.

"Keadaan emak kamu sememangnya telah bertambah baik. Beberapa hari lagi, dia akan dibenarkan keluar dari hospital. Tapi, walaupun dia sudah dibenarkan keluar, dia perlu terus mengambil ubat darah tingginya."

"Baiklah. Terima kasih." Akhirnya, Huo Mian boleh melepaskan nafas lega selepas mendengar bahawa keadaan emaknya bertambah baik.

"Tetapi, bayaran untuk hospital yang kamu jelaskan hari itu sudah tidak cukup untuk menampung kos emak kamu. Kamu perlu menjelaskan bayaran selebihnya nanti." Doktor tersebut mengingatkan Huo Mian.

Huo Mian agak terkejut memandangkan dia sudah menjelaskan bayaran sebanyak tujuh ribu yuan untuk kos hospital beberapa hari sebelum ini. Sekarang, baru sahaja beberapa hari berlalu, semuanya sudah habis digunakan. Aduhai…

Dia sudah pun menggunakan jumlah maksimum untuk kad kreditnya pada hari itu. Jika dicampurkan pula dengan wang belanja yang diberi kepada Zhixin, Huo Mian memang benar-benar pokai.

Andainya perkara seperti ini berlaku sebelum dia dan Ning Zhiyuan berpisah, Huo Mian boleh meminjam sedikit wang daripadanya. Tapi, dengan keadaan sekarang, tiada harapan untuk perkara tersebut berlaku.

Kerana dia sudah kesuntukan jalan penyelesaian, Huo Mian membuat panggilan kepada Zhu Lingling. Gadis itu segera memindahkan 10,000 yuan daripada aplikasi perbankan melalui telefonnya. 

"Lingling, terima kasih!" Huo Mian menghantar pesanan teks kepada Zhu Lingling dengan rasa segan.

"Jangan cakap begitu. Kalau kamu perlukan lebih lagi, beritahu saja pada saya. Yang penting, kesihatan emak kamu. Jangan risau mengenai duit."

Balasan Zhu Lingling membuatkan Huo Mian begitu terharu. Dia merasakan bahawa persahabatan mereka adalah hubungan yang patut dikekalkan.

Sebenarnya, apabila bapa tirinya terlibat dalam kemalangan itu, Keluarga Qin telah menawarkan jumlah pampasan yang lumayan. Tetapi, tawaran tersebut ditolak oleh keluarga Huo Mian.

Sebaliknya, mereka mendesak supaya pemandu yang bersalah itu dikenakan hukuman mati mandatori. Namun, pada akhirnya, pemandu tersebut hanya disabitkan dengan kesalahan memandu semasa mabuk dan dihukum lima tahun penjara.

Keluarga Huo Mian pula tidak menerima walau satu sen pun sepanjang penyelesaian kes tersebut. Kini, tujuh tahun selepas kejadian itu, pemandu yang bersalah tersebut sudah lama bebas dari penjara.

Namun, Pak Cik Jingnya kini sudah lena di bawah Perkuburan Awam Bukit Utara. Dia tidak akan pernah membuka matanya lagi.

Perkara itu membuatkan Huo Mian menerima dengan rela apa sahaja layanan yang diberikan emaknya tidak kira lah bagaimana buruk atau benci sekalipun. Sepanjang tujuh tahun ini, dia sendiri tidak dapat memaafkan dirinya.

"Mak, saya bekerja shif malam hari ini. Sekejap lagi saya akan beredar. Mak rehatlah secukupnya. Saya akan aturkan supaya makanan tengahari dan malam emak dihantar nanti. Zhixin tidak bersekolah esok. Jadi, dia akan datang melawat emak."

"Berambus." Yang Meirong masih melayan Huo Mian dengan sikap yang kejam itu.

Dari hospital itu, Huo Mian menaiki bas ke Hospital Pertama.

Dia memeriksa jam tangannya sebaik sahaja tiba di destinasi. Masih terdapat 40 minit sebelum shifnya bermula. Selepas menukar pakaian kepada seragam jururawat, Huo Mian menuju ke bangunan oftalmologi.

Dia masih mahu mencuba nasibnya dengan Ning Zhiyuan sekali lagi. Lagipun, mereka sudah bersama selama tiga tahun. Jika sudah tiada perasaan cinta antara mereka sekalipun, masih ada sedikit rasa terikat antara mereka.

Apabila Huo Mian tiba, pintu itu hanya separuh tertutup. Sewaktu dia hampir mengetuk pintu itu, dia terdengar suara menggoda dari dalam bilik tersebut.

"Doktor Ning, kamu ini teruk lah. Kamu buat rambut saya tidak terurus."


Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C23
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen