App herunterladen
1.73% Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 22: Taruhan

Kapitel 22: Taruhan

Redakteur: EndlessFantasy Translation

"Sumpah, saya rasa sangat seronok memerhatikan kamu bergaduh dengan orang. Nampaknya kamu masih ada lidah setajam pisau kamu itu. Sama tajam seperti waktu dahulu." Zhu Lingling ketawa. "Saya rasa, kedegilan kamu inilah yang membuatkan Qin Chu jatuh cinta pada kamu." Ketika ini, Zhu Lingling sedar bahawa dia sudah menyebut sesuatu yang salah. Dia terbatuk-batuk dan menukar haluan perbualan mereka. "Maksud saya, Tuan Muda Huo sekalipun menerima pukulan lisan daripada kamu. Kamu memang hebat. Ajarkan saya wahai guru hebat!"

"Saya sudah berhenti mengambil anak didik." Huo Mian bercanda sambil tersenyum lebar.

"Tengok lah itu. Main main betul. Humph! Macam lah kamu pernah mengambil anak didik sebelum ini." Zhu Lingling membalas gurauannya.

Masa yang diluangkan bergembira dengan kawan perempuan selalu berlalu dengan pantas.

Kedua-dua mereka tidak akan mencetuskan masalah pada waktu malam. Sewaktu mereka selesai minum, malam sudah pun larut. Masing-masing mengambil teksi berbeza untuk pulang ke rumah.

Setibanya dia di pangsapuri sewaannya, Huo Mian menyalin pakaiannya kepada gaun tidur dan menghantar pesanan mesej kepada Zhu Lingling.

"Saya sudah sampai di rumah Lingling. Kamu macam mana?"

Zhu Lingling membalas dengan segera. "Sampai di rumah dengan selamat. Saya mahu mandi dan kemudian masuk tidur. Selamat malam!"

Sewaktu Huo Mian mahu mematikan telefonnya, dia menerima satu pesanan mesej. Nombor itu berakhir dengan 8866 yang dikenalinya sebagai nombor Qin Chu.

"Sudah tidurkah?"

Dua patah perkataan ringkas. Namun, tanpa sebarang sebab, Huo Mian merasakan hatinya bergemuruh di dalam dadanya. Sudah tujuh tahun semenjak dia merasakan perasaan ini. Perkara ini memang sangat aneh.

Selepas berfikir sementara, dia terus memadamkan mesej tersebut, mematikan telefonnya dan masuk tidur.

Di hujung talian sana, dia Rumah Manor Pinggiran Bukit –

Selepas tidak menerima sebarang balasan buat beberapa ketika, Qin Chu sedar bahawa dia tidak akan menerima sebarang balasan malam ini. Dia yang cukup kenal dengan personaliti Huo Mian, tahu benar bahawa gadis itu tidak akan membalas mesejnya.

Qin Chu bangun dan menuruni tangga. Dia berhenti sebentar di rak wain dan mengambil sebotol wain merah.

Kemudian, derapan tapak kaki yang kedengaran berat datang dari arah belakangnya. Tanpa perlu bertanya siapa, Qin Chu sudah dapat mengagak siapa gerangannya.

"Chu, datang ke sini sekejap. Ayah ada perkara yang mahu ditanyakan pada kamu."

Qin Yumin tidak dapat tidur dengan begitu lena kebelakangan ini. Dia terjaga di tengah malam dan terdengar pergerakan dari tingkat bawah. Jadi, dia turun untuk melihat siapa. Seperti yang dijangkakannya, anak lelakinya juga belum tidur.

Qin Chu menuangkan dirinya segelas wain dengan bersahaja dan berjalan ke ruang tamu sebelum duduk di atas sofa. Dengan kepalanya yang tertunduk, dia memutarkan gelas tersebut dengan lembut.

Jubah malam berwarna biru gelap yang dipakainya menunjukkan wajahnya yang terbentuk sempurna. Matanya ditundukkan dan jari runcingnya mengetuk-ngetuk bahagian tepi gelas itu terjeda-jeda. Mana-mana wanita yang melihatnya pasti akan kemaruk.

Melihat anaknya dalam keadaan begini, Qin Yumin merasakan seolah-olah dia tidak mengenalinya.

"Ayah terdengar mengenai mesyuarat hari ini. Kamu batalkan Projek Rumah Manor Padang Hijau?"

"Betul." Jawapan Qin Chu begitu lurus.

"Kenapa?" Qin Yumin mendesak. Dia sedikit marah.

"Saya tidak sukakannya."

"Mengarut! Perniagaan bukannya dijalankan berdasarkan apa yang disukai dan tidak disukai. Kalau begitulah ianya dijalankan, GK sudah lama muflis. Chu, ayah serahkan GK kepada kamu kerana ayah percaya dengan kamu. Tapi, kamu tidka boleh begitu melulu!"

"Saya ada sebab saya sendiri untuk apa yang saya lakukan. Kalau ayah tidak percayakan saya, ayah buat sendiri. Ayah sendiri tahu yang saya tidak pernah berminat untuk melakukan kerja bosan seperti ini pada awalnya."

"Kamu…" Qin Yumin kehilangan kata-kata kerana begitu marah.

Sedetik kemudian, Qin Chu tiba-tiba mengangkat kepalanya. Matanya bersinar dengan cahaya saat itu. "Ayah, adakah ayah masih ingat tentang taruhan kita tujuh tahun yang lalu?" Dia bertanya.

Mendengarkan perkara ini, Qin Yumin terkaku sebentar tetapi dia kekal diam.

Tujuh tahun lalu, dia bertaruh dengan anaknya, satu taruhan untuk perkara yang sangat mustahak.

"Apa yang kamu cuba sampaikan?" Qin Yumin mengerutkan wajahnya dan bertanya Qin Chu.

"Tiada apa-apa. Saya cuma mahu ingatkan ayah yang saya sudah lakukan semua yang diminta ayah. Jadi, bukankah ini masanya untuk ayah membalasnya?"

Riak wajah Qin Yumin berubah muram mendengarkan balasan tersebut.

Namun, pada akhirnya, dia hanya berkata, "Ayah tidak ambil kisah macam mana sekalipun, ayah mahu kan prestasi suku ini meningkat sebanyak 15 peratus. Kalau tidak, Projek Padang Hijau akan diteruskan dan kamu akan diturunkan pangkat." Dia merengus. "Jangan fikir yang mentang-mentanglah kamu anak ayah, ayah tidak boleh buat apa-apa pada kamu."

Dengan itu, Qin Yumin berpusing dengan kasar dan berlalu pergi. Amarahnya jelas kelihatan.

Walaupun dia tidak berkata sepatah perkataan pun mengenai janji tujuh tahun yang lalu, Qin Chu tahu ayahnya faham apa yang dimaksudkannya.

Mengenai prestasi GK pula, dia berfikir, saya boleh naikkannya kepada 15 peratus sambil memejamkan mata sahaja. Saya pelik kenapa Ayah begitu bersungguh memberikan tugas yang tidak mencabar itu.

Pada jam 5 pagi, Qin Chu terbangun kerana bunyi bising.

Di pintu rumah mereka berdiri seorang lelaki separuh usia di dalam sut hitam. Di belakang lelaki itu merupakan lapan orang anggota Unit Khas Polis dengan pistol di tangan mereka.

"Doktor Qin, maaf kerana menganggu kamu. Ada kecemasan sekarang dan kami betul-betul memerlukan kamu."

Emak dan ayahnya terkejut dan keliru. Namun, riak wajah Qin Chu kekal tenang. "Berikan saya seminit untuk bersiap." Kemudian, dia berpusing dan berjalan naik ke atas dengan tangannya di dalam poket.

Selepas anaknya berlalu pergi, Puan Qin yang pucat dan menggeletar bertanya, "Yumin, anak kita…adakah dia terlibat dalam masalah dengan seseorang yang penting?"


Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C22
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen