App herunterladen
0.47% Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 6: Pinangan

Kapitel 6: Pinangan

Redakteur: EndlessFantasy Translation

"Hello?"

"..."

"Hello? Siapa ini? Saya akan putuskan panggilan jika kamu tak akan bercakap apa-apa." Huo Mian mula berasa jengkel.

Mungkin mereka mendail nombor yang salah?

Sewaktu dia hampir memutuskan panggilan tersebut, dia terdengan suara yang sangat dikenalinya.

"Kenapa kamu mengelak daripada saya?" suara tersebut kedengaran menerusi telefon.

"Qin Chu?" Huo Mian membalas, suaranya terketar-ketar.

"Kenapa kamu mengelak daripada saya?" Qin Chu mengulang soalan yang tidak dijawabnya daripada corong telefon sebelah sana.

"Qin Chu, boleh tak kamu hentikan benda mengarut ini? Kita sudah berpisah tujuh tahun yang lalu –"

"Saya berada di bawah." Qin Chu menyampuk. Dia segera mematikan panggilan sebelum Huo Mian sempat membalas apa-apa.

Macam mana dia tahu alamat saya? Adakah si mulut celupar, Zhu Lingling yang memberitahunya lagi? Huo Mian berfikir. Mengenang kembali apa yang berlaku di bilik air, Huo Mian benar-benar tidak mahu turun ke bawah. Dia tiada sedikit pun niat untuk berjumpa dengannya lagi.

Tapi kalau saya tidak turun ke bawah, adalah dia akan terus menunggu? Adakah dia akan terserempak dengan Ning Zhiyuan apabila Zhiyuan pulang ke rumah?

Huo Mian membalut dirinya di dalam jaket sambil memikirkan perkara-perkara yang mungkin terjadi. Selepas beberapa detik teragak-agak, dia memaksa dirinya turun ke bawah.

Sudah tentulah, Qin Chu berada di bawah. Dia bersandar pada kereta Audi R8 berwarna perak sambil memegang rokok di celah jarinya.

"Qin Chu, apa yang kamu mahukan?" Huo Mian berjalan ke arahnya. Matanya memandang tajam pada lelaki itu.

Sambil mengangkat kepalanya, Qin Chu menatap tajam pada Huo Mian. Mata jahanam itu lagi. Mata yang membuatkan Huo Mian merasakan seolah-olah dial ah satu-satunya perempuan yang dilihat Qin Chu, seolah-olah lelaki itu masih benar-benar meminatinya seperti suatu ketika dahulu.

"Mian, kamu masih sama seperti dahulu. Kamu tidak berubah sedikit pun." Qin Chu memandangnya tanpa berkelip. Matanya sarat dengan emosi yang sukar diterangkan.

Dengan senyuman pahit, Huo Mian membalas, "Kamu silap, manusia memang boleh berubah. Qin Chu, tidak kiralah apa pun yang kamu kejarkan, saya harap kamu boleh lepaskan perkara yang sudah berlalu. Saya penat dan saya tidak mahu sebarang masalah lagi. Lagipun, kita berdua sudah ada kehidupan masing-masing sekarang. Jadi, bolehkah kamu berhenti buat kerja gila?"

"Saya tidak gila. Saya tidak pernah waras," Qin Chu berkata dengan ikhlas.

"Jadi kenapa kamu buat begini? Untuk mengenang kembali kenangan bersama saya?" Huo Mian mengejek.

Mata Qin Chu berkilau semasa dia menatap dalam ke mata Huo Mian. Kemudian, dengan perlahan dia berkata, "Huo Mian, kahwin dengan saya."

Huo Mian hampir hilang kewarasannya mendengarkan perkataan itu. Kamu menghilang selama tujuh tahun, dan perkara pertama yang kamu buat apabila kamu pulang adalah meminang saya?!


Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C6
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen