Binatang berwarna emas yang telah menyerang Meng Hao jelas jauh lebih kuat daripada yang telah dihantar untuk melawan Lu Bai.
Meskipun begitu, binatang itu hampir mati. Kalau bukan disebabkan campur tangan penyelia emas tua itu, binatang itu pasti akan hancur.
Namun, Meng Hao juga hanya mampu membuat satu pukulan ini sahaja!
Serangan itu mengandungi semua kekuatan yang baru sahaja dia serap. Pada masa ini, tubuhnya kembali normal. Meskipun auranya sedikit lebih lemah, tidak ada orang yang berani memandang rendah dirinya.
Lima Pertapa Sekta Fros Emas tergoncang sepenuhnya.
"Dia… malah lebih kuat daripada sebelum ini!!"
"Jangan bagitahu bahawa pusaran emas itu muncul kerana dia baru saja mendapat makrifat?! Atau, adakah dia hanya menahan diri sebelum ini?!?!"