Ini sangat berbeza dengan apa yang dialaminya di Wilayah Selatan dan Tanah Hitam. Ia seakan orang di sini.. sedikit naif.
"Mustahil," fikir Meng Hao . "Bukankah Pertapa Gurun Barat sepatutnya kejam dan zalim? Aku ingatkan kerana tanah itu tandus, segalanya berada dalam keadaan huru-hara." Dia benar-benar tidak dapat menjangkakannya. Walau dia ragu-ragu, dia tiba-tiba ternampak pancaran cahaya di kejauhan. Ia bertukar menjadi seorang lelaki pertengahan usia yang menampakkan riak angkuh pada wajahnya. Lelaki itu tinggi dan tegap dan selepas mendarat, dia segera menunjukkan keinginannya untuk menjadi pengikut.
Wu Hai kelihatan sedikit bimbang, tetapi dia tetap menyerahkan lelaki itu medalion pimpinan lalu membenarkannya masuk.
Kejadian itu menyebabkan hati Meng Hao makin tidak percaya.