Wanita muda itu, bernama Cheng Ling nampak gementar apabila dia terdengar apa yang Bai Yunlai katakan. Dengan cemas dia memeriksa helaian jed itu. Mungkin bakat tersembunyinya pada tahap biasa-biasa sahaja. Selepas melihatnya dalam masa selama sepuluh nafas, dia mengjulurkan tangannya ke hadapan lalu bersinar dengan cahaya ungu…
Mata Bai Yunlai mula bersinar.
"Boleh tahan, Adik Seguru Chen! Baik, keluarkan benih tumbuhan perubatan."
Chen Ling segera mengeluarkan beg pegangannya lalu mengeluarkan sebutir benih. Dia meletak benih tersebut di atas tapak tangannya, kemudian dengan wajah yang serius dia mula memangkin benih itu. Qi Ungu di tangannya semakin padat sehingga ke tahap maksimum. Benih itu mula menggeliang-geliut, kemudian tiga helai daun mula bercambah keluar.
Ramai pemerhati di sekeliling perasan akan hal ini dan memandang ke arah Cheng Lin. Mukanya berubah merah, dia teruja. Dia memandang Bai Yunlai dengan harapan.