Han Xian Yu memandang Ye Wan Wan. Seluruh wajahnya yang berdebu itu dipenuhi dengan kehangatan apabila dia berkata, "Ye Bai, dah lama tak jumpa."
Ye Wan Wan tidak menjangka Han Xian Yu akan muncul di hadapannya selepas melihat pos Weibo lelaki itu, jadi dia masih agak terkejut. "Uh, Xian Yu… kenapa awak ada dekat sini?"
Han Xian Yu menaikkan keningnya sedikit dan berkata, "Tahniah untuk syarikat baru awak. Saya datang sini nak bagi hadiah."
Ye Wan Wanmasih belum kembali lagi ke alam realiti. "Hadiah? Hadiah apa?"
Han Xian Yu mengangguk. "En, saya."
Ye Wan Wan. "..."
Gong Xu. "!!!"
Apabila melihat Ye Wan Wan yang selalunya bersahaja dan tenang, termangu seperti itu, Han Xian Yu ketawa kecil. "Awak sudi terima saya?"
Ye Wan Wan terpegun dengan senyuman menawan lelaki itu dan mengambil masa setengah hari untuk keluar dari lamunannya. "Ah?"