Dalam masa yang singkat, seluruh taman Jin dihurung suasana sunyi tanpa sebarang bunyi yang kedengaran.
Ye Wan Wan menyangka Si Ye Han mahu meluangkan masa berseorangan dengan dirinya dan tidak mahu sesiapa menganggu mereka. Jadi dia tidak berfikir panjang mengenainya dan membawa dua gelas wain dengan gembira.
Gelas yang dia berikan kepada Si Ye Han telah diisi dengan susu manakala gelas untuk dirinya pula diisi dengan wain merah.
Ye Wan Wan mengangkat gelasnya. "Jemput minum!"
Apabila melihat gelasnya dipenuhi dengan susu, wajah Si Ye Han ketika itu. "..."
Ye Wan Wan memberi amaran dengan tegas, "Doktor Sun pesan awak tak dibenarkan minum wain. Jadi awak minum susu je, lebih sihat!"
Jika bukan kerana kesihatan Si Ye Han, dia sudah tentu mahu… memabukkan lelaki itu…
Lelaki ini terlalu bersopan dan dia tidak tahu apa yang berlegar dalam kepala Si Ye Han. Dia ingin tahu bagaimana perangai lelaki itu jika dia mabuk.