Ye Wan Wan tersengih. "Abang, Abang bagi saya boleh?"
Ye Mu Fan mengerutkan keningnya. "Awak nak untuk apa?"
Ye Wan Wan. "Saya nak minum!"
Ye Mu Fan merenung gadis itu dan sedar. "YE WAN WAN! Awak jangan nak menipu! Awak rancang nak mabukkan lelaki tu supaya lagi senang awak nak terkam dia kan?!"
Ye Wan Wan. "..."
'Abang, awak memang terlalu banyak fikir, okey…
'Aku nampak macam binatang buas ke? Nak terkam-terkam macam tu…'
…
Namun, Ye Wan Wan masih mengambil botol wain merah itu daripada Ye Mu Fan dan kemudian pulang ke taman Jin sambil menyanyi dengan gembira.
"Baby, saya dah balik!"
Si Ye Han sedang duduk di atas sofa di ruang tamu dengan papan catur kelihatan di atas meja kopi. Selepas mendengar suara gadis itu, dia meletakkan buah catur itu ke bawah dengan perlahan dan mendongak pandangannya, memandang tepat kepada gadis itu.