"Xia Xinghe, jika kamu mahu mati, baiklah, saya akan pastikan keinginan kamu tercapai. Apa yang kamu tercegat sahaja disitu, tangkap perempuan itu!" Wushuang menatap dengan tidak puas hati pada ketua konstabel.
Dia fikir mereka masih mengawal keadaan.
Ketua polis tidak mampu berkata-berkata melihatkan kebodohan perempuan ini. Dia tidak tahu kah yang keadaan sudah berubah?
Dia menjawab dengan tenang, "Puan Chui, saya di sini untuk memberitahu kamu Cik Xia telah diikat jamin. Kami akan menyiasat lebih dalam mengenai kenyataannya yang berbaur fitnah, tetapi sekarang ini, Cik Xia Xinghe bebas untuk pergi."
Wajah Wushuang muram. "Apa kamu kata?"
Dia dijelaskan, "Encik Xi Mubai telah membayar jaminan Cik Xia supaya dia bebas untuk pergi sekarang."
Wushuang dan Wu Rong menatap satu sama lain dengan penuh kejutan.
Xi Mubai membayar wang jaminan Xia Xinghe.