App herunterladen
53.93% Perceraian Ke-99 / Chapter 494: Ada Seseorang di Dalam Bilik…

Kapitel 494: Ada Seseorang di Dalam Bilik…

Redakteur: EndlessFantasy Translation

"Jangan kecil hati. Tuan nak jaga Puan. Puan patut dengar cakap Kapten Li dan berhenti pergi ke kelas buat sementara. Tuan tak boleh ubah fikiran Puan, jadi dia perlu hantar beberapa orang lagi pengawal peribadi sebagai langkah berjaga-jaga. Kalau ada sesuatu berlaku, ia pasti teruk."

"Okey Nenek Rong." Su Qianci makan dengan agak berselera. Selepas menghabiskan dua mangkuk nasi, dia mengambil begnya dan naik ke tingkat atas. Selepas mandi, dia mendengar bunyi nafas seseorang di dalam bilik tidur mereka. Sambil mengeringkan rambutnya, dia memanggil, "Sayang?"

Walau bagaimanapun, tiada sesiapa menjawab.

Su Qianci tidak mengendahkannya. Dia duduk di katil dan terus mengeringkan rambutnya. Kemudian dia mengambil buku panduan kehamilan dan membeleknya. Tetapi bunyi nafas itu kedengaran semakin kuat. Su Qianci mendongak dan tidak melihat sesiapa. Dia meletakkan buku itu di atas katil dan pergi ke bilik pakaian lalu memanggil, "Sayang?"

Bilik itu gelap gelita. Su Qianci membuka lampu tetapi tidak melihat sesiapa. Dia menoleh ke arah katil Tiada sesiapa juga. Dia keluar dari bilik itu dan memandang ke tingkat bawah. Li Sicheng baru sahaja membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Wajahnya berubah lembut sebaik melihat isterinya.

Su Qianci melihat Li Sicheng dengan bingung dan mendengar bunyi nafas itu di belakangnya pada masa yang sama. Li Sicheng berasa hairan melihat kelakuan isterinya yang agak pelik.

Su Qianci terkaku seketika sebelum memanggil lemah, "Sayang…"

Li Sicheng dapat merasakan sesuatu yang tidak kena lalu segera berlari naik ke tingkat atas. Dia mendekati Su Qianci dan berasa risau apabila mendapati isterinya itu sedang menggeletar.

Su Qianci berkata perlahan, "Ada seseorang di dalam bilik kita…"

Li Sicheng menarik nafas lega dan segera memeluk isterinya. "Cheng! De!"

Dua pengawal yang berjaga di pintu mendengar panggilan itu dan segera masuk ke dalam rumah. Mereka melihat Li Sicheng berada di tingkat atas lalu terus naik. Li Sicheng menunggu mereka sambil memeluk isterinya dan merenung ke dalam bilik. Dua pengawal itu terus memahami isyaratnya. Mereka terus masuk dan mencari di seluruh bilik itu.

Li Sicheng turut masuk bersama Su Qianci dan melihat Cheng membuka langsir di tingkap besar. Mereka terus ternampak satu patung badut yang hodoh digantung pada tingkap itu.

Su Qianci yang ketakutan terus menjerit.

Li Sicheng menepuk bahu isterinya. "Tak ada apa-apa. Jangan takut…"

Patung badut itu mempunyai pembesar suara di dalamnya, Sebaik langsir itu dibuka, mereka mendengar bunyi nafas orang dimainkan melaluinya. Cheng mengambil patung itu. Selepas memeriksanya dengan teliti, dia menghulurkan patung tersebut kepada Li Sicheng. Pada masa yang sama, De menghulurkan sebuah buku biru yang baru dijumpainya di atas ambang tingkap.

Di bawah patung badut itu, satu nota dengan tulisan yang comot ditampal: 'Aku dengar isteri kau sedang hamil.'

Bunyi aneh dari badut dan nota pelik itu membuatkan jantung Li Sicheng seakan terhenti. Matanya yang dingin seolah hampir membeku dan dipenuhi amarah. Cheng dan De sudah lama bekerja di bawah Li Sicheng, tetapi ini adalah kali pertama mereka melihat bos mereka semarah itu. Kedua-dua mereka memandang satu sama lain dan berdiri sedikit jauh dengan hormat.

Su Qianci mengambil buku biru itu dan melihat satu tajuk pada muka hadapannya: Diari Ibu. Dia membelek buku itu dan melihat tulisan yang cantik. Pemilik buku ini ialah… Tang Mengying.


Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C494
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen