App herunterladen
8.4% Perceraian Ke-99 / Chapter 77: Melakukan Kerja Kami

Kapitel 77: Melakukan Kerja Kami

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Dua lelaki tinggi memegang lengannya dengan kuat dan menariknya ke pintu keluar. Su Qianci ketakutan, tetapi mengumpulkan kekuatannya untuk menjerit kepada mereka, "Lepaskan aku!"

Tiba-tiba, dia merasakan pergerakan kecil dari poketnya dan tahu bahawa panggilan tadi berjaya menghubungi seseorang.

"Kau bekerja di pusat latihan bela diri terbaik di Kingstown, tetapi mahu merogol saya hanya kerana gagal ajak saya keluar?" Su Qianci meninggikan suaranya.

Dia mahu mengingatkan mereka dan pada masa yang sama memberitahu orang yang berada di talian telefonnya. Ketika itu, hampir semua orang di pusat latihan itu telah pulang. Hanya beberapa orang jurulatih, kawan kepada jurulatih Jin yang tinggal. Tiada siapa yang hirau apa yang terjadi kepada Su Qianci.

Jurulatih Jin mengingatkan dengan suara rendah, "Hei perempuan jalang, baik kau diam saja. Tiada sesiapa akan selamatkan kau walau sekuat mana pun kau jerit."

Hati Su Qianci runtun. Dia sudah dapat mengagaknya. Semua yang sedang berada di situ telah bersepakat.

"Apa yang kau mahu?"

"Tidak banyak, kami cuma mahu lakukan kerja kami seperti yang diarahkan seseorang berserta bayaran yang lumayan," kata Jurulatih Jin sambil menggosok kelangkangnya yang masih sakit. "Saya ingat mahu lakukannya dengan mudah, berikan kamu dadah. Tetapi disebabkan kamu tidak mahu jadi gadis baik, saya harus buat kamu sakit. Bawa dia ke tingkat tiga. Saya yakin ada sesuatu yang boleh kita lakukan."

Su Qianci mula bergelut dan menjerit, "Siapa bayar kau? Berapa pun dia bayar, aku akan bayar dua kali ganda."

"Dua kali ganda? Dia beri aku sejuta! Aku belum pernah lihat wang sebanyak itu selama aku hidup. Sejujurnya, kau tidak kelihatan seperti orang yang miliki wang sebanyak itu. Kau sepatutnya tak cari pasal dengan wanita seperti itu."

Su Qianci dapat meneka orang yang disebutnya. "Tang Mengying?"

"Aku tak tahu namanya. Tapi dia jauh lebih menarik dari kau."

Juratih Jin memandang Su Qianci dari atas ke bawah sewaktu dia bergelut dan berkata dengan intim, "Tenang, kau pun dah cukup bagus. Aku hanya akan "meratah" kau dan ambil beberapa keping gambar. Ini tidak lama."

Su Qianci diseret ke lif dan kemudian dibawa ke ruang yoga di tingkat tiga yang dikelilingi cermin. Jurulatih Jin menolak Su Qianci ke satu sudut sebelum menanggalkan pakaiannya lalu mendedahkan otot-otot yang dibanggakan.

Wajah Su Qianci menjadi sangat pucat. Dia menggenggam penumbuk dan menjerit sekuat hati, "Pergi! Jangan dekat!"

Di bawah cahaya lampu, kulit gangsa lelaki itu berkilau. Jurulatih Jin menghempap Su Qianci dan merobek jubah jujitsu yang dipakai wanita itu…

Hari ini adalah hari abang sulung Li Sicheng, Li Beixing kembali dari kem askar. Datuk mereka mengajak Li Sicheng dan Su Qianci pergi ke rumah lama keluarga Li bagi acara makan malam keluarga. Maybach hitam Li Sicheng sudah diletakkan di hadapan pusat latihan itu selama lebih dari sepuluh minit. Jika mengikut jadualnya yang biasa, Su Qianci sepatutnya sudah keluar. Apa yang membuat wanita itu begitu lambat?

Li Sicheng melihat jam tangannya. 6 petang. Dia menelefon Su Qianci dan mendapati taliannya sedang sibuk, tanda wanita itu sedang bercakap di telefon dengan seseorang. Li Sicheng mengerutkan dahinya lalu keluar dari kereta dan terus berjalan masuk ke pusat latihan itu.


Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C77
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen