App herunterladen
77.73% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 227: Bab 227

Kapitel 227: Bab 227

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Kecurigaan Chu Qiao akhirnya telah disahkan. Kekecohan di Tang akhirnya tercetus di makam empayar di Meishan selepas sepuluh tahun yang aman. Ia berlaku secara tiba-tiba, seperti disimbah air sejuk dan sebelum sempat sesiapa daripada pihak istana mampu bertindak balas pada masa itu, mereka telah terjerat di dalam permasalahan tersebut.

Konflik telah menjadi semakin teruk di Hanshui. Selepas tanah dipijak dan dilenyekkan oleh beberapa kumpulan tentera berkuda, bandar itu musnah. Rumah telah dibakar; tanah yang subur itu menjadi tanah gurun yang tandus. Kemakmuran kota yang meriah sebelum ini hilang dengan begitu sahaja. Kedua-dua belah jalan dilitilupi mayat-mayat orang awam dan bau darah yang hamis boleh dihidu daripada mayat yang mereput.

Raja Luo telah memulakan pemberontakan di Meishan. Para penduduk yang tidak mahu digelarkan sebagai pemberontak itu telah membawa keluarga mereka untuk berhijrah ke arah Hanshui. Tetapi, mereka kini telah menyedari Xu Su, salah seorang saudara iparnya, telah mengambil alih pemerintahan di Laluan Hanshui. Laluan untuk melintasi air menuju ke arah timur telah ditutup. Pasukan Tentera Tang yang terletak di sebelah barat Laluan Hanshui tidak teratur dan dikalahkan oleh Raja Luo di bandar Hong. Kehidupan Empayar Tang kini bagaikan nyawa-nyawa ikan saja.

Akibatnya, pengembaraan Chu Qiao dan kumpulannya telah ditangguhkan. Sepanjang daerah Hanshui, penduduk awam berkumpul dalam jumlah besar. Oleh kerana mereka dalam pertengahan musim panas, penyakit berleluasa di dalam bandar tersebut dan wabak telah pun tercetus di sana dalam masa tidak sampai setengah bulan. Para bangsawan tinggal di rumah mereka dan menghantar hamba mereka untuk berjaga-jaga dan meronda kawasan tersebut. Rumah-rumah penginapan dan restoran-restoran semuanya telah ditutup yang menyebabkan bekalan makanan tidak mencukupi. Chu Qiao dan kumpulannya tidak mempunyai pilihan selain menuju ke pinggir bandar. Mujurlah mereka telah membuat persiapan untuk perjalanan yang jauh, jadi makanan dan khemah mereka cukup untuk menampung mereka.

Dalam hari-hari seterusnya, mereka telah mendengar pelbagai khabar angin yang berbeza. Usaha Pingan dan kumpulannya langsung tidak mendatangkan hasil apabila mereka masuk ke bandar untuk mengumpul maklumat.

Pelbagai desas-desus yang telah meneroka ke dalam telinga mereka. Ada sesetengah orang mendakwa Li Ce telah mengumpul 800,000 orang tentera berkuda elitnya di bahagian timur untuk menyerang Hanshui. Ada sesetengah orang mendakwa Raja Luo telah membunuh Tentera Nanhuai di Junshan beberapa hari lalu. Kawasan sekitar Jiangzhe, Bandar Fei, Nanwang, daerah Anxi dan Pergunungan Matahari Terbenam juga telah terjejas dengan sungguh teruk. Pasukan tentera kerajaan maharaja telah mengalami kematian banyak sementara para tentera yang selamat telah menyerah diri. Dalam masa kurang daripada lima hari, pasukan tentera raja Luo telah menakluki Hanshui. Ada juga yang mendakwa keluarga-keluarga bangsawan ternama di barat daya telah memberikan sokongan terhadap pemberontakan Raja Luo dalam bentuk sumbangan wang dan makanan kepada mereka kerana ketidakpuasan hati terhadap maharaja mereka kini. Mereka telah menghantar tentera peribadi mereka untuk menyertai Tentera Meishan yang lantas menyebabkan bilangan tentera raja Luo menjadi hampir 1,000,000. Lebih banyak teori yang tidak masuk akal mendakwa Li Ce tidak lagi berada di Tang Jing dan dia telah melarikan diri ke Xia dengan para gundiknya. Kononnya Empayar Song telah membina sebuah bot untuknya supaya dia dapat melarikan diri ke lautan yang luas.

Orang-orang di sepanjang Hanshui menunggu dengan cemas. Walaupun khabar-khabar angin tidak semestinya benar, namun pasukan tentera Raja Luo terasa seperti semakin mendekati Hanshui. Apabila bilangan pelarian yang memasuki bandar menurun, ia bermakna tentera Raja Luo telah mula mengelilingi Hanshui. Pertempuran besar akan berlaku.

Selepas tujuh hari berlalu, pasukan tentera Raja Luo akhirnya tiba di Cerun Qibai yang terletak kurang dari 40 kilometer dari Hanshui. Walau bagaimanapun, mereka berhenti di sana tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda konfrontasi dengan Jeneral Xu Su. Hanshui tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berpaling dan menyertai Raja Luo itu. Perang tiba-tiba memasuki jalan buntu.

Tiba-tiba, Tentera Xishuo dari ibu kota maharaja telah mengesan ada sesuatu yang tidak kena. Jeneral Xu Su merupakan jeneral tentera maharaja yang telah mengikuti Jeneral Besar Murong ketika tahun-tahun awalannya. Sekiranya dia menyertai Li Ce, harapan mereka untuk kemenangan akan meningkat.

Selepas empat hari, komander Tentera Xishuo, Lu Bingkuan, telah membawa 30,000 tentera ke arah Cerun Qibai lantas melibatkan diri mereka dalam pertempuran sengit dengan tentera Raja Luo. Walaupun mereka mengalami angka korban yang banyak, mereka telah berjaya membolosi garis pertahanan pihak musuh supaya dapat maju ke arah Hanshui. Jelas sekali mereka telah berpihak pada pasukan Hanshui kerana mereka mahu melindungi ibu kota Tang.

Walau bagaimanapun, sebuah lagi kisah telah berlaku pada malam itu. Secara tiba-tiba, suatu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Hanshui telah menggoncang seluruh benua Meng barat. Kesemua 13,000 tentera Lu Bingkuan disembelih kejam oleh Xu Su pada malam itu, membuatkan darah mereka mengalir ke dalam Sungai Hanshui dan memerahkannya. Aliran darah juga kelihatan di bawah sungai yang terletak lebih dari 15 kilometer jauhnya. Segunungan mayat yang menimbun pada hari itu sudah mencukupi untuk membentuk sebuah empangan tinggi.

Sekumpulan burung hering berkumpul di daerah-daerah Hanshui. Di tengah malam, mereka mengeluarkan tangisan tajam sambil menjamah mayat yang mereput, sememangnya kelihatan seperti sebuah mimpi ngeri.

Tiga hari kemudian, Raja Luo yang seakan-akan berasa yakin dengan kesetiaan Xu Su kepadanya itu telah memasuki Hanshui dengan pasukan tenteranya yang seramai 150,000 itu. Hari berikutnya, dengan sokongan tenteranya, pemuda itu telah mengisytiharkan dirinya sebagai pembesar tempat itu dan melakukan upacara untuk naik takhta. Dia lantas dikenali sebagai Raja Jingheng.

Dua hari kemudian, Tentera Meishan yang terdiri daripada 200,000 tentera telah tiba di Hanshui bersama Raja Luo. Bersama dengan tentera milik Xu Su yang seramai 180,000 tentera, angkatan tentera raja Luo hampir mengecapi angka 600,000 orang. Dengan ini, Empayar Tang telah dibahagikan kepada dua, dengan setiap bahagian dijajah oleh pemerintah yang berbeza.

Sepuluh hari kemudian, Maharaja Tang, Li Ce, tidak dapat lagi menyaksikan penghinaan sebegitu. Jadi, dia akhirnya telah mengeluarkan perisytiharan perang dengan banyak kenyataan yang telah ditulis dengan tajam katanya. Dia sendirinya akan mengetuai pasukan tenteranya untuk berperang. Tenteranya terdiri daripada Tentera Darat (90,000 orang), Tentera Darat Tenggara(110,000 orang), dan tentara wilayah tempatan (200,000 orang). Selepas mengumpul mereka di satu tempat, dia menuju ke arah Hanshui. Pertempuran besar bakal muncul di ufuk.

Pada hari kesembilan bulan kelapan, Raja Luo telah berdiri di atas Platform Zhaoyang untuk memberi penghormatan kepada nenek moyangnya. Selepas itu, dia mengetuai pasukan tenteranya dan 150,000 anggota pasukan lain dari Tentera Meishan untuk menyeberangi sungai, meninggalkan 50,000 tentera dari Tentera Meishan dan Xu Su supaya melindungi dan mempertahankan Hanshui. Tentera Li Ce tinggal di kem mereka sendiri, tidak berani bertempur secara langsung. Selama lima hari, hanya pertempuran kecil sahaja yang telah berlaku, lebih menyerupai rusuhan kecil berbanding pertempuran tentera. Pada masa itu, Li Ce telah menjadi bahan ketawa di Tang. Maharaja Tang seorang yang penakut pada Raja Luo kerana dia tidak berani bertempur dengannya secara terus. Berita ini telah diketahui ramai di pelosok dunia.

Ketika semua orang berfikir Li Ce akan kehilangan empayarnya, Chu Qiao mengarahkan Meixiang untuk mengemas dan memasuki Tang Jing. Meixiang bingung kerana dia sendiri mempersoalkan motif cik puannya itu.

Chu Qiao memandang kem Xu Su yang terletak di arah timur dan penglihatannya tiba-tiba menjadi sedikit kabur ketika dia berfikir tentang pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada Tentera Xishuo pada malam itu. Dia teringat jeritan tanpa henti itu dengan jelas.

"Perang ini akan berakhir."

Pada hari ke-17 bulan kelapan, tentera Tang akhirnya berani untuk bertempur dengan tentera Raja Luo di Dataran Hulin. Pertempuran itu telah berlangsung selama sehari semalaman, dengan kedua-dua pihak tidak menunjukkan niat untuk berkompromi. Kedua-dua pihak tahu ini pertempuran demi ketuanan dan juga pengaruh kuasa ke atas empayar, iaitu masa depan yang cerah sebagai ganjaran bagi pemenang. Bagi yang kalah, seluruh keluarganya akan dibasmi.

Semasa peperangan telah memasuki saat-saat kritikal, Jeneral Xu Su tiba-tiba muncul di medan perang. Tentera Raja Luo lantas bersorak kerana beranggapan yang mereka bakal menikmati rasa kemenangan. Namun, sebelum perayaan mereka berakhir, Jeneral Xu Su telah menyerang tentera Raja Luo dengan melakukan serangan menyelinap dari belakang!

Pada hari ke-20 bulan kelapan, tentera Raja Luo telah dikalahkan. Lebih 40,000 tenteranya yang telah terkorban, manakala mangsa yang terselamat telahpun menyerah diri. Di bawah pengiringan 2,000 tentera elit, Raja Luo telah melarikan diri ke Hanshui hanya untuk mendapati 50,000 tentera yang ditinggalkannya itu telah dibunuh. Di samping itu, tiada lagi laluan air untuk keluar dari Hanshui. Dalam keadaan terdesak, dia membunuh diri di tebing Sungai Hanshui.

Dengan ini, Raja Jingheng yang telah naik tahta selama 11 hari tiba-tiba hilang dari medan politik Tang. Kehilangannya tiba-tiba, seolah-olah dia tidak pernah muncul sebelum ini.

Pada hari ke-21 bulan kelapan, tentera kerajaan maharaja telah mengesan saki-baki keluarga Raja Luo yang masih hidup dan menghapuskan lebih daripada 300 keluarga di barat daya. Wanita yang ditangkap telah dijadikan sebagai pelacur, manakala para lelaki pula dibunuh. Dalam satu malam, seluruh keluarganya di sepanjang barat daya telah hilang, membuatkan rantau ini menjadi tanah lapang yang tidak bertuan.

Pada hari ke-27 bulan kelapan, Maharaja Tang telah kembali ke istana sebagai seorang pemenang. Dia telah membenarkan Jeneral Xu Su yang berjasa besar dalam menghapuskan pemberontakan tersebut supaya meneruskan usahanya untuk menyingkirkan lagi pemberontak yang masih kekal. Pertumpahan darah tersebut terus tersebar ke seluruh tanah Tang sehinggalah ke luar Meishan.

Pada hari keempat bulan kesembilan, Maharaja Tang telah mengisytiharkan separuh daripada aset yang dirampas dari barat daya itu akan disumbangkan sama rata ke pelbagai wilayah dan daerah yang telah terjejas akibat perang. Di samping itu, pemuda itu juga telah menurunkan cukai di barat daya selama lima tahun untuk membolehkan mereka untuk membina semula kehidupan mereka selepas perang. Pada masa itu, reputasi Li Ce melonjak ke tahap yang lebih tinggi. Orang-orang yang telah kehilangan rumah dan keluarga mereka tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu atas rahmat yang diberikan kepada mereka.

Pada hari kesembilan bulan kesembilan, Chu Qiao dan kumpulannya telah mengambil sebuah bot untuk menyeberangi Sungai Hanshui supaya dapat menuju ke Tang Jing. Keadaan telah dipulihkan seperti sediakala di Tang. Langit masih membiru manakala angin masih terasa mengasyikkan. Satu-satunya perkara yang berbeza ialah pahlawan yang telah mati tidak akan dapat dibangkitkan semula.

Bulan purnama bersinar terang di langit seperti jed halus pada hari ke-15 bulan kesembilan. Banyak kelip-kelip yang telah berkumpul di sekeliling pokok di luar istana untuk melepaskan kerlipan cahaya biru ketika mereka mengelilingi pokok itu. Istana maharaja ini terasa sejuk dan sepi. Tirai putih digantung di seluruh tempat, manakala lilin putih pucat menggantikan lampu istana yang cerah.

Wanita itu mengekori belakang pembantu kediaman yang sedang berjalan perlahan-lahan. Istana Jinwu masih besar seperti biasa, tetapi kini sudah tidak ada lagi lagu-lagu merdu yang disenandungkan sehingga lewat malam dan para penari dengan badan yang kurus. Istana ini tiba-tiba terasa lebih luas.

Corak panah pada lengannya bergeser ke atas dua lapisan pakaian yang sedang dipakai wanita itu, sekaligus menyebabkan bunyi berderak. Malam itu terasa aman dengan hanya burung gagak yang terbang ke langit dapat dilihat di atas bumbung yang tinggi. Warna senja merebak ke seluruh tanah sementara bau setanggi yang semerbak menyusup keluar dari pokok-pokok yang tebal. Chu Qiao memandang di kejauhan dan lantas terdengar bunyi suara para sami yang sedang mengalunkan doa mereka dari jarak jauh. Rasa kekosongan segera meneroka hatinya.

Kediaman Mihe ini masih sama. Pokok Sycamore menghiasi latar belakang istana bersama kolam teratai yang diiringi dengan bunyi cengkerik. Bulan cahaya pucat bersinar melalui tingkap. Beberapa tingkap ditinggalkan terbuka di bahagian barat tempat itu, menyebabkan angin lembap memasuki bangunan. Langsir berwarna putih kehijauan terkepak-kepak di udara sambil diiringi dengan deringan loceng angin yang antik di depan tingkap. Bunyinya masih lantang seperti seseorang sedang memecahkan selapisan ais.

Li Ce terduduk di meja di antara tirai, dengan dua tikar yang berada di sebelah pemuda itu. Teko teh jed hijau dan dua cawan wain putih diletakkan di atas meja.

Langsir hijau menari bersama-sama dengan angin ketika ia melintasi istana besar dan kosong itu. Rambut Li Ce dilepaskan dan terbiar mengurai di sisi kepalanya. Dia berpakaian serba ungu gelap dengan lapisan atas lapisan awanan menghijau yang telah disulamkan pada pakaiannya itu, lantas menonjolkan gaya eksklusif para kaum kerabat. Wajahnya bercahaya putih pucat ketika dia terduduk di bawah cahaya bulan, kelihatan seperti sebuah gambar dalam potret.

Chu Qiao berdiri di pintu sambil bersandar pada tiang hijau, tidak tahu cara untuk mendekati pemuda itu.

Angin malam mengangkat langsir kediaman itu perlahan-lahan. Li Ce berpaling sementara cahaya bulan masih bersinar di wajahnya. Dia masih kacak ketika dia mengecilkan matanya, tidak ubah dari seekor musang. Dengan lembut dia berkata, "Awak ada di sini." Suaranya kedengaran tenang, tetapi ia mampu menimbulkan rasa kesedihan dalam hati Chu Qiao ketika dia memandangnya. Li Ce masih lagi orang yang sama ketika wanita ini pergi meninggalkannya dahulu, seorang yang suka bermain tetapi sungguh bijak.

Masa telah berlalu dalam sekelip mata sahaja. Banyak perkara yang telah berlaku membebani jiwa dan raganya. Pada masa ini, ketika Chu Qiao memandangnya, dia seakan-akan dapat merasakan jarak di antara mereka yang membuatkan hatinya meruntut kesedihan sedikit.

Chu Qiao berjalan di depan sebelum bercangkung di hadapan Li Ce. Matanya berair dan bibirnya mencebik. Li Ce lantas tersenyum dan mengusap rambutnya, sengaja mengacau seperti yang telah dilakukannya sebelum ini. Tertawa, dia berkata, "Kenapa muka awak sedih ini? Saya masih hidup." Dia sentiasa ceria sebegitu yang membuatkan Chu Qiao berasa lebih sedih. Dia lantas memaksa sebuah senyuman sebelum mengangguk dan menjawab, "Nasib baiklah awak baik-baik saja."

Tingkap itu dibuka separuh untuk menampakkan sekuntum bunga teratai terakhir yang sedang memekar indah.

Li Ce menundukkan kepalanya sambil menyentuh jari-jemarinya pada corak bunga di atas cawan. "Dia itu pemberontak. Dia tak boleh dikebumikan di makam empayar. Jadi, saya kebumikan mayat dia di Pergunungan Luofu. "

Satu tiupan angin menghembus ke dalam istana, lantas menyebabkan loceng angin mengeluarkan bunyi. Ketika mereka memandang loceng tersebut, mereka melihat corak-corak indah yang terukir indah di dalam loceng angin tersebut. Di hujung loceng tersebut, terdapat corak seni bunga yang indah dapat dilihat menghiasi lapisan serbuk emas di atas. Warnanya masih terang walaupun sudah berusia.

Li Ce meneguk secawan wain. Dengan wajah yang tenang, dia berkata dengan jelas, "Fu'er dikebumikan di sana juga." Dengan pandangan mendalam di matanya, dia meneruskan, "Mereka tidak dilahirkan pada hari yang sama, tetapi mereka dikebumikan bersama. Kematiannya bukanlah sia-sia. "

Istana itu terasa tenang. Chu Qiao terduduk di sebelah Li Ce, menemani pemuda itu ketika dia meneguk cawan demi cawan wain. Chu Qiao tidak duduk bertentangan dengannya kerana dia tahu tempat duduk itu tidak disediakan untuknya. Di bawah kesepian cahaya bulan, Li Ce sedang menunggu seseorang yang tak akan dapat ditemuinya lagi.


Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C227
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen