App herunterladen
16.43% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 48: Bab 48

Kapitel 48: Bab 48

Redakteur: EndlessFantasy Translation

"Terima kasih, Ayahanda!" Jawab Zhao Che sambil menyembah sujud di lantai.

Hulubalang-hulubalang dan pegawai-pegawai yang menyaksikan keadaan ini serentak memberikan tepukan kepada Zhao Che di atas keberanian.

Yan Xun duduk di bawah dan terus menghirup tehnya tanpa mengujar sepatah kata. Matanya kemudian perlahan-lahan mengecil.

"Adik Yang Ketujuh sangat berani. Selama ini dialah yang mempertahankan sempadan Empayar Xia. Dia sememangnya seorang yang luar biasa. Jadi, dengan keberadaan Adik Yang Ketujuh di sempadan utara, tiada apa-apa yang perlu dikhuatirkan lagi." Putera Ketiga, Zhao Qi mengangguk perlahan-lahan. Dia mempunyai raut wajah yang biasa dan langsung tidak mencemburui atau berasa kecewa akan adiknya itu. Sebagai seorang yang berstatus diraja, dia memang wajar bersikap begitu tanpa mengira niatnya.

Setelah Zhao Che berterima kasih kepadanya, dia mula bersurai bersama pengikut-pengikutnya dan suasana kembali ceria. Hulubalang-hulubalang daripada pelbagai suku keluarga mula mempamerkan kehandalan mereka dalam seni mempertahankan diri sama ada dalam lumba kuda, memanah mahupun lawan pedang. Makanan yang sememangnya enak terutamanya daging haiwan liar dihidangkan di atas meja dan sudah tentu sekali baunya sangat meliurkan.

Keluarga Ba Tu Ha dari wilayah barat laut datang dari jauh semata-mata untuk menyerikan majlis. Zhalu dan Zhama merupakan antara yang hadir pada malam itu selain dari bapa saudara mereka yang bukan berasal daripada keturunan keluarga kandung. Zhalu mengetuai pahlawan-pahlawan suku keluarganya untuk mempamerkan pergerakan gusti yang telah tertanam dalam gaya rakyat barat laut telah mendapat sanjungan daripada orang ramai manakala Zhama pula mengetuai sekumpulan gadis yang menawan untuk mempersembahkan kemahiran menunggang kuda yang menakjubkan. Walaupun pergerakan mereka tidaklah sebegitu menakjubkan tetapi sudah tentu orang akan bersorak untuk sekumpulan gadis muda.

Maharaja Xia berasa seronok ketika menghadiahi gadis-gadis itu dengan 20 lapisan sutera dari Huai Song. Perkara ini kemudiannya telah meraih tepukan yang gemuruh daripada orang ramai. 

Zhama menghadiahkan sebuah senyuman kepada Maharaja Xia sebagai tanda terima kasih kepada Maharaja Xia. Kemudian, dia berdiri dan berkata, "Tuanku, rasanya sia-sia sahaja jika persembahan diteruskan. Di barat laut, perlawanan dalam seni mempertahankan diri dibenarkan ketika berada di jamuan, jadi sebagai penghormatan kepada saya yang baru pertama kali ke Zhen Huang, izinkan saya untuk mencabar seseorang di sini?"

Oleh sebab dia merupakan seorang gadis dalam lingkungan 16 ke 17 tahun, dia kedengaran naif sewaktu bercakap jadi secara tidak langsung orang ramai mula mentertawakannya.

Maharaja Xia yang duduk di atas mula berasa bingung. Namun, dia sangat tertarik dengan kenyataan itu lalu bertanya, "Kalau begitu, siapa yang kamu ingin cabar?"

"Saya dengar pembantu rumah Putera Yan Bei seorang yang handal. Namun saya masih belum berkesempatan untuk menyaksikannya sendiri jadi apa kata kalau kita adakan perlawanan sementara semua orang masih dalam keadaan yang gembira?"

Setelah tamat kata-katanya, semua berpaling ke arah Yan Xun di belakang. Bagi sesiapa yang sedia maklum tentang pertempuran itu tahu segalanya mengenai kisah silam yang berlaku tetapi bagi sesiapa yang tidak mengetahuinya, mereka beranggapan Zhama sengaja ingin memulakan konflik. Lagipun keturunan Ba Tu Ha dan Yan Bei sudah bermusuhan setelah sekian lama. Perlawanan seperti ini perkara biasa bagi kedua-dua keluarga tersebut walaupun sebelum kematian Yan Shicheng.

Sebelum sempat Maharaja Xia bercakap, Yan Xun berdiri dan mengujar, "Dia masih muda dan hanya tahu sedikit sahaja tentang seni mempertahankan diri jadi dia tidak mahu memalukan dirinya di hadapan Tuanku Maharaja. Tuan Puteri Zhama berbakat dan mahir sangat dalam menunggang kuda, jadi tolonglah jangan rumitkan keadaan." Yan Xun memakai jubah putih yang disulami corak berbunga. Rambutnya yang berwarna hitam serta kulitnya yang cerah memberikannya aura seorang putera raja.

"Putera Yan, penipuan itu satu kesalahan di ibu negeri. Lagipun, Puteri Zhama juga berusia 16 tahun. Pembantu rumah sepertinya patut berbangga kerana berpeluang untuk berlawan dengan seorang puteri raja. Bukan ke alasan awak itu seakan-akan menolak niat baik seseorang?" Seorang lelaki muda yang duduk di sebelah Wei Jing di meja keempat bahagian hadapan menyampuk. Namanya adalah Wei Qingchi. Dia semakin terkenal dalam kalangan suku keluarga Wei kerana bijak berkata-kata tanpa rasa ragu-ragu. Yan Xun ada beberapa kali terserempak dengannya dalam jamuan-jamuan lain tapi dia tidak menyangka hari ini dia akan menentangnya secara terang-terangan.

"Betul cakap Qingchi." Wei Jing tertawa dan menambah, "Putera Yan, seorang lelaki budiman patut patuh. Agak sukar bagi seorang puteri dari Dataran Barat Laut mempunyai minat seperti itu, kan? Jadi tak salah kalau kamu tunaikan permintaannya dan biar saja Jeneral Ba Tu Lama menuduh kerabat diraja Zhen Huang membuli anaknya pada masa hadapan." Semua orang bersetuju dengan kata-katanya.

Maharaja Xia memandang ke arah Zhama dan berkata, "Buat sajalah apa yang awak suka."

Yan Xun bermasam muka dan sebelum sempat dia mencelah, Chu Qiao tiba-tiba bangun dari tempat duduknya dan menarik lengan baju Yan Xun sambil mengangguk senyap. Yan Xun masih utuh dengan pendiriannya tetapi dia tahu dia tidak mempunyai pilihan lain lagi hari ini. Kalau dia berterusan membantah, dia boleh diserang. Jadi dia hanya mampu menggenggam tangan Chu Qiao dengan erat dan berkata, "Berhati-hati."

Chu Qiao menanggalkan jubah luarnya yang panjang dan kemudiannya bergerak ke tengah arena. Setelah menunduk ke arah utara, dia menoleh ke arah Puteri Zhama dan berkata, "Kalau begitu, saya sahut cabaran tuan puteri."

Semua mata segera tertumpu pada gadis ini.

Tujuh tahun lalu, Chu Qiao yang berusia lapan tahun mengalami nasib yang sama dengan Yan Xun. Mereka mematahkan tiga jari Wei Jing di Jalan Jiu Wai dan melarikan diri dari Zhen Huang dan menggunakannya sebagai tebusan. Seterusnya, mereka bergelut dengan pengawal di hadapan Platform Jiu You dan hampir tidak berjaya melepaskan diri. Memori ini masih segar dalam ingatan mereka. 

Kanak-kanak yang berusia lapan tahun sudah mampu mempamerkan keberanian dan kebolehan seperti itu pada usianya. Apakah kebolehannya dalam masa tujuh tahun kemudian pula? Walaupun dia hanya seorang pembantu rumah, namun dia mewakili seluruh keturunan Yan Bei.

Sungguhpun keturunan diraja keluarga Yan Bei berakhir dengan tragedi kematian Yan Shicheng tujuh tahun lalu, namun semua orang di Empayar Xia tahu pegawai-pegawai bawahan masih lagi mentadbir empayar tersebut. Keturunan Yan masih lagi dibenci sehingga ke Dataran Barat Laut tetapi oleh sebab campur tangan daripada suku keluarga Quan Rong, Empayar Xia tidak boleh menghapuskan Yan Bei dan kerana itu jugalah Maharaja Xia tidak berani untuk menghapuskan Yan Xun selama ini. Tambahan pula selama ini terdapat seseorang yang sedang membantu mereka dalam ekonomi secara senyap. Oleh itu, tanpa keyakinan yang menyuluruh untuk menyingkirkan Yan Bei, Yan Xun masih lagi diiktiraf sebagai Tuan Yan Bei.

Angin dari luar khemah meniupkan lengan baju berwarna hijau milik gadis itu. Chu Qiao yang mempunyai kening dan rambut berwarna hitam serta raut wajah yang lemah itu sememangnya bukanlah gadis yang paling menawan. Namun, ketenangan dan ketegasannya telah cukup untuk meraih penghormatan daripada mana-mana lelaki terhadapnya.

Ini merupakan kali pertama Chu Qiao berdiri di hadapan semua orang di dewan diraja Empayar Xia dengan menyahut cabaran daripada Puteri Zhama yang mungkin merupakan seorang yang terkenal di barat laut sebagai seorang pembantu rumah.

Zhama memandang gadis yang telah memalukannya sebentar tadi lantas dia pun tersenyum sinis sambil berkata dengan angkuh, "Saya masih belum lagi pulih setelah mempamerkan teknik menunggang kuda saya sebentar tadi. Ini merupakan cabaran yang berat sebelah. Apa kata kalau saya biarkan awak berlawan dengan orang gaji saya terlebih dahulu bagi pihak saya dan kalau awak dapat tewaskan dia, barulah saya berlawan dengan awak."

Semua yang berada di dewan berasa terkejut setelah mendengarinya. Zhao Song pun sudah tidak mampu menahan perasaannya lagi lantas dia pun berdiri dan berkata tanpa menghiraukan Zhao Qi di sebelah. "Ayahanda, ini tidak adil. Lagipun, Puteri Zhama berstatus tinggi untuk berlawan dengan seorang pembantu rumah. Lebih-lebih lagi dia baru sahaja selesai dengan persembahannya."

"Putera Ketiga belas, dia cuma seorang pembantu rumah dan tiada apa yang tidak adil mengenainya." Zhao Zhong Yan tertawa dan berkata dengan acuh tidak acuh.

Wei Jing tersenyum dan melirik ke arah Chu Qiao dengan penuh sinis. "Betul kata Putera Muda itu. Dia hanyalah seorang pembantu rumah dan ini semua hanyalah sekadar hiburan."

"Kamu semua ini…"

"Adik Ketiga belas!" Zhao Qi mengherdik, "Duduklah."

Setelah melihat Maharaja Xia tidak membantah, Zhama menoleh ke belakang dan bercakap dengan salah seorang orang gajinya yang bertubuh sasa. "Tu Da, kamu pergilah berhibur dengan gadis ini."

Setelah lelaki tersebut berdiri, semua orang tergamam. Lelaki tersebut bertubuh sasa dan tingginya melebihi tujuh kaki. Renungannya tajam dan badannya begitu tegap. Chu Qiao hanya kelihatan kecil jika berdiri di sebelahnya.

Akhirnya semua orang memahami niat sebenar Puteri Zhama. Ini bukanlah pertandingan perbalahan lagi tetapi sesuatu pembunuhan yang telah dirancang terlebih dahulu. Namun begitu, tiada sesiapa yang mengambil peduli kerana di mata mereka, dia hanyalah seorang pembantu rumah seperti yang Wei Jing katakan dan ini juga semata-mata hiburan.

Chu Qiao memandang ke arah Tu Da dengan tenang. Dia tahu sekiranya dia mula bertempur, reputasi Yan Bei akan dipertaruhkan. Setelah sekian lama barulah Yan Xun muncul kembali di hadapan pegawai-pegawai Empayar. Jika dia tewas, semangat Yan Bei akan pudar kerana taat setia tentera-tentera Yan Bei tiada tandingannya dan itulah kunci utama mengapa Yan Xun masih hidup sehingga kini. 

Chu Qiao menghela nafas sedalam-dalamnya dan bergerak menuju ke tengah pentas. Kemudian dia memilih sebatang lembing daripada rak senjata di tepi. Dia memegang lembing itu selama beberapa kali untuk merasai keberatannya dan setelah itu dia menoleh untuk bertanya, "Awak guna senjata apa?"

Tu Da menggenggam buku limanya dan menumbuk kedua-dua belah tangannya bersama untuk beberapa kali-kali sehingga menghasilkan bunyi yang membingitkan. "Senjata aku buku lima aku ni." Jawabnya dengan bongkak.

"Hati-hati, senjata tiada mata."

Angin tiba-tiba bertiup kencang ke arah Chu Qiao. Tu Da kemudiannya menjerit sekuat hati sama seperti dentuman guruh.

Chu Qiao berundur beberapa langkah ke belakang. Setelah dia mengangkat kaki dari tempat diriannya sebentar tadi, tumbukan gergasi dilepaskan ke tanah lantas menghasilkan sebuah lubang besar. Oleh sebab impak yang kuat, salji-salji bertaburan lalu menghasilkan lapisan kabut.

Orang ramai pun mula berteriak terkejut. Kekuatan yang digunakan oleh lelaki ini telah membuktikan niatnya untuk membunuh gadis itu. Muka gadis-gadis lain yang menyaksikan perlawanan ini mula berubah menjadi pucat akibat ketakutan. Mereka menutup mata mereka kerana tidak sanggup untuk melihat apa yang akan berlaku seterusnya.

Chu Qiao mengangkat lembingnya namun tidak berkesempatan untuk mempamerkan kebolehannya kerana Tu Da mempunyai kekuatan yang amat menakjubkan dan dia juga seorang yang lincah. Dia terus menerkam Chu Qiao seperti harimau yang bengis.

Zhao Song kelihatan begitu resah ketika menyaksikannya. Walaupun dia tahu yang Chu Qiao merupakan seorang yang sangat handal tetapi bagaimana mungkin dia setanding pihak lawan yang begitu berkaliber? Jadi, putera itu membuat keputusan untuk campur tangan demi menyelamatkan Chu Qiao sekiranya keadaan menjadi semakin teruk.

Dalam sekelip mata sahaja, kedua-dua mereka sudah bertukar serangan namun gadis yang kelihatan lemah itu tidak membalas serangannya, sebaliknya dia mengelak daripada bertembung dengan lelaki itu secara terus. Orang ramai beranggapan Chu Qiao akan tewas apabila Tu Da menerpa ke arahnya sambil melaung dengan kuat. Raut wajahnya yang bengis itu penuh dengan aura untuk membunuh. Apabila angin kencang bertiup, obor menyala dengan terangpada malam itu, semua orang mendecit terkejut secara serentak setelah beranggapan Chu Qiao sememangnya sudah tewas di tangan Tu Da.

Dalam suasana yang riuh-rendah itu, raut wajah Yan Xun mula berasa lega lantas memegang cawan wainnya dengan erat lalu digerakkan ke bibir, menghirup wain tersebut dan kemudian melepaskannya jatuh berderai di atas lantai.

Mereka yang sedang menyaksikan perlawanan tersebut tiba-tiba tercengang. Gadis yang tadinya hanya cuba melarikan diri kemudiannya menoleh lantas memusingkan pinggangnya dengan menggunakan kekuatan abdomen lantas melakukan balik kuang di udara yang menyerlahkan lagi ketangkasan dan langkahnya. Lembing yang diheret bersama lantas ditujahkan ke hadapan dan sekaligus darah terpancut keluar tatkala lembing tadi mengenai sasarannya. Bunyi nyaring tikaman tersebut kini disertai dengan pekikan yang kuat.

Angin kencang meniup rambut ikal mayang gadis itu. Lembing tadi telah terpahat di dada Tu Da tetapi tikaman tersebut tidaklah begitu dalam kerana Chu Qiao masih berhati perut dan tidak berniat untuk membunuh sesiapa.

Chu Qiao kemudiannya menarik lembing itu keluar lantas mengangguk dan berkata, "Terima kasih kerana memberikan saya peluang." Dengan itu, dia menoleh dan menunduk ke arah utara sekali lagi.

Orang ramai menghadiahkannya tepukan yang paling gemuruh! Empayar Xia begitu mementingkan nilai seni mempertahankan diri. Setelah menyaksikan gadis muda telah berjaya menewaskan seseorang yang begitu berkaliber dengan mudah, semua orang bersorak kegembiraan.

Namun begitu, Tu Da cepat-cepat menempiknya. Dia menggenggam erat penumbuknya dan melancarkannya kepada Chu Qiao yang tidak menoleh ke arahnya.


Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C48
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen