App herunterladen

Kapitel 14: Bab 14

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Disebabkan hal ini, Chu Qiao dilayan dengan lebih baik oleh semua hamba tanpa mengira darjat.

Pada tengahari itu, Chu Qiao memakai pakaian serba baru, bergaun putih kemerahan, but berkulit unta putih, dengan bunga berwarna zamrud di atas kepala. Dia kelihatan comel apabila berjalan di tepi sungai di halaman belakang. Dia baru sahaja mengutip setanggi gaharu dari luar perkarangan. Semasa dia bergerak melepasi sebuah kebun buluh, sebentuk bayang-bayang tiba-tiba muncul di hadapannya. Lelaki itu melepaskan gelakan yang besar dan berlaung "Haha! Akhirnya, saya jumpa awak!"

Putera muda itu sedang berjubah biru muda bersama sulaman burung-burung dalam sebuah himpunan warna-warna terang. Dengan riang dia melambai cemetinya di hadapan Chu Qiao. Putera itu merenungnya dari kepala sehingga ke kaki, dan berkata dengan sebuah senyuman yang sangat lebar, "Apa khabar? Cuaca hari ni baik sangatlah, jom kita pergi buru burung."

Chu Qiao mengangkat keningnya tinggi apabila dia melihat riak wajah putera itu yang berseri dengan kegembiraan. Dia menggeleng kepalanya dan memberi alasan, "Saya tak lapang, saya masih ada banyak kerja untuk dibuat, jadi maafkan saya." Dengan itu, dia berpaling dan beredar.

"Hey, jangan pergi." Putera muda itu bergegas untuk menghalang laluannya dengan menghulurkan tangannya, lantas dia berkata, "Bukannya senang saya nak cari awak, saya tunggu dekat kebun ni satu tengahari tahu. Macam mana kalau awak bagitahu saya nama awak dan untuk istana mana yang awak berkhidmat? Saya akan minta Zhuge Huai untuk benarkan awak teman saya, apa pandangan awak?"

Dia mengangkat keningnya sekali lagi, berpaling dan mendepani putera itu. "Awak betul-betul nak saya teman awak?"

Putera muda itu mengangguk kepalanya dengan ikhlas dan berkata lembut, "Ya, berbanding dengan gundik-gundik yang lain, awaklah yang paling menenangkan mata saya. Biarkan saya lantik awak untuk jadi ketua pengawal peribadi saya. Apa pendapat awak?"

Chu Qiao tersenyum malu dan mengangguk. "Baiklah, saya akan bagitahu awak siapa nama saya. Tapi sama ada awak dibenarkan untuk ambil saya daripada tuan saya, kita akan lihat nanti."

"Jangan risau!" Dia menepuk dadanya kuat dan mengumum, "Walaupun saya minta sepuluh gundik, Zhuge Huai masih kena dengar arahan saya, inikan pula kalau hanya awak seorang saja."

"Okay, dengar elok-elok, nama saya ialah 'Tiada' dan saya berkhidmat untuk istana 'Wujud'. Saya dibawah jagaan puan 'Helah' dan tugas saya adalah untuk membuat patung kecil daripada tanah liat untuk tuan besar dan untuk bermain dengan puan besar supaya mereka mendapat keseronokan. Awak kena ingat."

Anak mata putera muda itu bersinar-sinar apabila dia berkata, "Awak tahu cara untuk membuat patung kecil daripada tanah liat?"

"Ya." Chu Qiao menahan ketawa di dalam tekaknya dan setelah melihat kecomelan budak lelaki di hadapannya ini, dia berjengket dan memanjangkan lengannya untuk mencubit lembut pipi putera muda itu dan berkata, "Saya ada banyak bakat dan akan bagi awak lihat semua bakat saya tu pada masa akan datang. Saya masih ada banyak kerja untuk dilakukan dan saya harus pergi sekarang. Jangan lupa untuk bercakap dengan Tuan Muda Pertama saya."

"Jangan risau, saya akan bercakap dengannya." Putera muda itu mengangguk dan tersenyum lebar. "Lebih baik awak pergi dan bersiap-siap dulu. Saya akan ambil awak sekejap lagi."

Chu Qiao bergerak ke hadapan buat seketika dan apabila dia menoleh ke belakang, putera muda itu masih berdiri di atas batu besar itu, melambai-lambai dengan penuh semangat. Chu Qiao menahan senyumannya itu daripada terukir dan berjalan melepasi kebun buluh, memegang setanggi gaharu semasa dia bergerak ke arah istana Qing Shan.

"Bernama 'Tiada', istana 'Wujud', gundik puan 'Helah' dan cekap dalam membuat tanah liat berbentuk patung kecil dan suka bermain. Macam mana kau boleh dapat ilham macam ni?" Suara seorang lelaki jelas kedengaran tiba-tiba. Chu Qiao terperanjat besar dan mengangkat wajahnya untuk melihat Yan Xun di dalam jubah hijau kebiruan yang gelap, sedang duduk berehat di atas dahan pokok pinus,tersenyum sambil merenungnya.

Chu Qiao sudahpun menunjukkan dirinya yang sebenar di hapadannya beberapa kali dan berfikir yang dia tidak perlu berlakon lagi. Dia merenungnya Yan Xun dingin dan mula mengherdik, "Kau panjat tinggi sangat, kau tak takut mati ke?"

"Itu tak sepatutnya jadi kebimbangan kau. Kau budak kecil yang nakal, kau patut lagi bimbang tentang diri kau sendiri. Awan menghitam tengah berkumpul, kau tak boleh pasti sangat yang takde ribut masa musim sejuk ni, dan orang-orang yang bersalah akan dihukum."

Dengan badannya yang kecil itu, Chu Qiao berdiri di bawah pokok dan merenung ke atas sambil berkata dingin, "Tak kira berapa banyak kesalahan yang aku buat, aku takkan boleh dibandingkan dengan orang tak guna macam kau orang yang bunuh hamba-hamba tanpa peduli. Kau orang semua ni babi dan semuanya tak berguna."

"Beraninya!" Walaupun kata-katanya itu kedengan serius, namun dia masih bercakap dengan nada santai dan masih tersenyum. Yan Xun duduk tegak di atas dahan pokok itu, menundukkan pandangannya ke gadis kecil itu dan berkata, "Aku sengaja biarkan anak panah aku tak kena kau pada hari tu untuk selamatkan nyawa kau. Disebabkan kau, aku tak dapat menang lapan penari barat daripada Tuan Muda Pertama kau. Kau dahlah tak berterima kasih, malah menghina aku. Apa sebab kau?"

"Sebab hanya boleh dibincangkan dengan manusia, apa guna aku bercakap mengenai sebab dengan seekor babi? Aku dah cakap jangan kacau aku lagi, dan jangan berani nak mengangkap aku sebagai seorang ancaman. Kalau kau berani, kau akan menyesal perbuatan kau tu."

Setelah dia menghabiskan ayatnya, Chu Qiao berpaling dan beredar laju. Tak sampai beberapa langkah, dia telah dihentak oleh sebuah objek di belakang kepalanya. Dia memandang ke bawah dan melihat sebuah kon pinus yang masih diliputi salji, dan memalingkan kepalanya dan merenung tajam Yan Xun, "Kau sengaja cari pasal dengan aku ke?"

"Tak." Yan Xun tersenyum bangga dan menyambung, "Aku tak nak cari pasal dengan kau, cuma nak buli kau saja."

Chu Qiao menyendengkan kepalanya dan serta-merta berpaling dan beredar tanpa menguturkan sepatah kata. Yan Xun dengan sengaja menutup matanya seolah-olah dia sedang berfikir panjang, menganggap bahawa gadis kecil itu akan bergaduh dengannya, tetapi setelah melihat Chu Qiao beredar begitu sahaja, dia berasa sedikit kecewa.

Pada masa ini, sebuah batu bersaiz penumbuk manusia tanpa disedari sedang terbang ke udara menghala ke muka Yan Xun. Mujur dia mempelajari seni mempertahankan diri dan mempunyai tindak balas yang baik, dan dia berjaya mengelak batu itu, lantas berasa bangga dengan dirinya. Namun secara tiba-tiba Yan Xun terasa sejuk di bahagian belakangnya dan diikuti dengan satu bunyi hentakan. Yan Xun telah diliputi salji akibat impak daripada pokok pinus itu.

Tuanku Maharaja yang muda itu terjun dari pokok masih diliputi salji. Dia mengangkat kepalanya dan terlihat seorang gadis kecil sedang berdiri di atas tanah bersalji, menepuk-nepuk tangannya untuk membuang tanah kotor. Gadis itu ternampak Yan Xun yang sedang memerhatinya, lalu dia mengangkat jari hantunya kepada lelaki itu. Dia tersenyum bangga lalu beredar.

Yan Xun mengerutkan wajahnya sedikit dan mengangkat jari hantunya juga. Tuanku Yan yang berusia tiga belas tahun itu berasa keliru. Apakah maksud tanda itu?

Seorang budak suruhan berumur sebelas tahun bernama Feng Mian berlari keluar dari kebun itu dan berkata garang, "Tuanku, saya akan pergi tangkap dia supaya Tuanku boleh ajar gundik kurang ajar tu."

"Kau? Tangkap dia?" Yan Xun mengejek dan lalu mengangkat jari hantunya. "Feng Mian, apa maksud tanda ni?"

"Ni?" Feng Mian terperanjat besar tetapi menjawab pasti, "Tanda ni bermaksud memohon kemaafan. Dia sedar apa yang dia buat tu melampau tapi dia masih lagi seorang budak dan dia malu untuk berhadapan dengan Tuanku untuk meminta maaf, jadi dia menggantikan tanda ni dengan ayat dia."

"Memohon kemaafan?" Yan Xun mengerutkan mukanya. "Tak rasa macam tu pun."

"Saya pasti, Tuanku Maharaja."

"Ye ke?"

Di dalam dewan utama istana Bukit Merah, Zhuge Huai, Zhao Che dan yang lain-lain gelak terburai-burai apabila mereka mendengar perbualan itu.

Wei Jing tersenyum dan berkata, "Zhuge, aku tak sangka kau ada gadis kecil yang cerdik. Sekarang aku pun nak jumpa dia."

Zhuge Huai menggelengkan kepalanya lalu menyangkal, "Hamba aku tu bodoh dan buat diri sendiri jadi bahan lawak."

"Apa terjadi? Kenapa kau orang semua gelak?" Muka putera muda itu merah akibat malu apabila menyedari dia juga telah menjadi bahan lawak, tetapi tidak mengetahui apa kesalahannya.

Zhao Che mengekeh. "Bernama 'Tiada', daripada istana 'Wujud', gundik puan 'Helah', cekap dalam membuat tanah liat berbentuk patung kecil untuk bermain dan suka berseronok. Letakkan semua itu sama-sama, ia akan jadi 'tidak wujud, bermain helah dan berseronok.' Ianya semua tipu. Adik ke tiga belas, dia memainkan kau je!"

Muka kecil Zhao Song merah akibat malu. Dia menghentak-hentakkan kakinya dalam kemarahan dan beredar keluar.

Suatu bunyi derapan terus kedengaran. Satu gelombang mercun api tiba-tiba dinyalakan, percikan api yang cantik bercampur dengan salju-salju yang besar di atas tanah. Anak-anak kecil ramai bergelak ketawa dan bermain di sepanjang jalan sambil menutupi telinga mereka dan menyalakan 'mercun-petir', yang telah mengeluarkan pelbagai bunyi petir tanpa sebarang percikan api. Mereka berseronok sakan.

Setelah majlis penaikan takhta untuk Maharaja Bai Zong dari Dinasti Xia selesai, lantera ke dua puluh lima festival akhirnya dilepaskan. Khalayak ramai terharu dengan kegembiraan di sepanjang jalan dan pihak kerajaan telah membekalkan mercun api secara percuma untuk rakyat, dan dengan jayanya telah memeriahkan suasana. Tuan besar istana Sheng Jin yang menghargai tindakan pihak kerajaan ibu negara lalu telah memuji dan membalas jasanya.

Di tengah-tengah bunyi percikan mercun itu, kediaman Zhuge juga telah menyiapkan persiapan untuk hari yang penting. Pada hari ini, banyak salju besar yang menghujani tanah, salju yang kelihatan seperti bulu angsa yang berterbangan merata-rata. Tuan Kehormat di dalam bandar telah menyatakan bahawa salji pada tahun ini lain daripada yang lain, selalunya pada masa ini mereka hanya akan dapat fros.

Chu Qiao memakai gaun merah jambu yang baru sahaja dijahit bersama kot bulu musang, dan muka putih mulus seperti jed miliknya telah diliputi bulu musang daripada kot tersebut. Dia nampak comel dengan dua biji matanya yang bersinar, dan dia dengan lemah-lembut memyapu salju yang sedang berehat di atas hidungnya yang mancung.

"Xing Er, Tuan Muda tengah cari awak." Gundik baru, Huan Er, bergegas ke arah Chu Qiao lantas bercekak pinggang sambil memanggilnya.

Chu Qiao mengangguk dan menjawab, "Jom kita pergi." Dia melangkah ke arah dewan Xuan dengan tenang tanpa sedikit pun rasa bimbang.

Memasamkan wajahnya, Huan Er melihat Chu Qiao yang sedang beredar pergi. Setelah seketika, dia menggelengkan kepalanya dan bergegas cuba untuk mengejar Chu Qiao. Zhuge Yue sedikit perlahan daripada Chu Qiao dan apabila dia membuka pintu dewan, dia melihat tuan keempat dari keluarga Zhuge itu sedang duduk di atas sofa mewah yang telah dipanaskan dan membaca arahan permainan go. Keningnya dikerutkan sementara dia berfikir.

Chu Qiao telah menyediakan dan memeriksa sekali lagi semua barangan yang perlu dibawa sebentar lagi, dan menyerahkan mereka kepada budak-budak suruhan yang lain. Setelah dia selesai, dia menuangkap secawan teh dan menempatkannya di atas meja di sebelah Zhuge Yue kemudian dia melutut di sebelah pembakar setanggi, menunggu arahan seterusnya daripada tuan mudanya yang keempat itu dengan senyap.

Sebuah buku yang berada di atas meja telah dibuka luas. Helaian buku itu telahpun menguning, jelas menunjukkan bahawa buku itu sudah lama dan rapuh. Anak mata Chu Qiao tertumpu pada buku itu dan ternampak yang buku itu sebenarnya adalah kitab suci Buddha, dan dia serta-merta menjadi sangat berminat.

Zhuge Yue tidak boleh dikatakan sebagai terlalu kejam, dan tidak juga boleh dikatakan sebagai terlalu licik. Pada dasarnya, dia tidaklah seteruk rakan-rakan bangsawannya yang telah menyertai permainan di arena buruan diraja tempoh hari. Namun, dia seorang yang dingin dan sangat berkeyakinan tinggi. Selain daripada dirinya sendiri, dia tidak menghormati, tambahan pula dia tidak mempercayai sebarang agama atau kepercayaan. Mengapakah kini dia tiba-tiba menukar pandangannya dan membaca kitab suci Buddha?

"Apa yang ditulis dalam tu bukanlah semuanya sampah." seperti membaca fikiran Chu Qiao, Zhuge Yue menggumam. Dia mengangkat buah go hitam dan meletakkanya di atas papan permainan, sementara menyelak beberapa lagi helaian buku arahan permainan itu. "Baca dengan kuat."

"Kehidupan ibarat membesar dengan duri. Jika hatimu tetap tenang, maka tubuhmu akan tenang. Tubuhmu menjadi tenang, jadi kamu tidak akan disakiti. Jika hatimu terganggu, tubuh akan mengekori hati dan mula bertindak cuai, terus kamu akan disakiti duri. Duri akan mencakari tubuhmu, mencucuk menembusi tulangmu, kamu akan merana segala jenis kesakitan di dalam dunia…"

Zhuge Yue mengangkat wajahnya perlahan, anak matanya mendedahkan segunung emosi semasa dia memandangn Chu Qiao dengan renungan mendalam. Akhirnya Zhuge Yue tersenyum dan berkata, "Eloklah, kau tau baca banyak perkataan dalam usia muda. Siapa ajar kau?"

Chu Qiao sudah dapat merasai sesuatu yang tidak kena apaila dia mula membaca ayat pertama itu, namun dia tidak cepat melatah, tetapi tersenyum, "Terima kasih, Tuan Muda, untuk pujian tu. Saya memang suka membaca sejak kecil lagi dan belajar membaca daripada abang dan kakak saya."

"Ye ke? Kamu faham ke apa yang kamu dah baca?"

"Saya faham sikit-sikit saja." Chu Qiao menjawab, "Boleh tuan terangkan kepada saya?"

Zhuge Yue tersengih dan membisu sebelum menundukkan kepalanya dan terus menyambung permainan go.


Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C14
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen