App herunterladen
1.24% Suami Perkahwinan Percubaan - Perlu Berkerja Keras / Chapter 15: Peragawati yang Bodoh dan Memalukan Nombor 1

Kapitel 15: Peragawati yang Bodoh dan Memalukan Nombor 1

Redakteur: EndlessFantasy Translation

"Oh…kamu tidak mahu berkahwin? Kalau macam itu kita tidak perlu kahwin…" Tangning tersenyum. "Kita tunggu apabila kamu sudah tidak sibuk lagi, kita berbincang mengenai hal ini nanti."

Dengan ini, Han Yufan terkejut. Dia menghulurkan tangannya dan meletakkannya di atas bahu Tangning dengan gaya mengawal. Matanya membara dengan amarah. Dia bertanya, "Kamu sudah tidak cintakan saya?"

"Bagaimana dengan kamu? Adakah kamu mencintai saya?" Tangning berhati-hati melepaskan dirinya daripada pegangan Han Yufan. Dia sudah berjanji dengan Mo Ting yang dia tidak akan membuat sebarang sentuhan fizikal dengan lelaki lain.

Han Yufan terkaku. Dia membuka mulutnya, tapi tiada kata-kata yang terluah kerana dia tidak pernah mempunyai perasaan terhadap Tangning. Dia hanya menggunakan Tangning. Dia merehatkan tangannya perlahan-lahan. "Kita sudah hampir berkahwin. Kenapa kamu mempersoalkan cinta kita? Kamu akan menjadi isteri saya nanti. Tidak bolehkah kamu berfikir bagi pihak saya? Bukan mudah bagi Mo Yurou untuk tercalon dalam Anugerah Peragawati Sepuluh Teratas. Tangning, saya hanya berasa jengkel kerana kamu tidak cuba memahami."

Tangning menjarakkan dirinya daripada Han Yufan perlahan-lahan. Dia kekal tenang. "Kalau begitu, kamu perlu biasakan diri kamu dengan saya yang sekarang." Selepas perbualan mereka, Tangning meninggalkan Han Yufan berdiri keseorangan sewaktu dia beredar daripada bangunan itu.

Han Yufan keliru. Dia tidak faham kenapa perangai Tangning berubah begitu sekali. Namun, selepas berfikir dalam-dalam, dia menyangkakan yang Tangning masih cemburu pada dia dan Mo Yurou. Namun, dia tiada tenaga untuk memujuknya. Lagipun, Mo Yurou masih perlu dipujuk dan Tangning bukannya jenis yang membuatkan orang lain bimbang. Selepas marahnya reda, perkara akan kembali seperti biasa.

Dia biasanya tidak berguna, tanpa sebarang baran untuk menyokong dirinya sendiri.

Tangning tahu Han Yufan tidak akan mengejar dirinya. Hatinya sudah putus asa terhadap Han Yufan. Sebaliknya, dia bergegas ke rumah untuk berjumpa Mo Ting. Sewaktu memikirkan Mo Ting, hati Tangning berasa seolah-olah diserikan dengan cahaya terang.

"Tangning, saya akan bawa kamu pulang dahulu supaya kamu boleh kembalikan tenaga kamu. Esok, kita akan menandatangani kontrak kamu untuk mula penggambaran di lokasi." Long Jie berkata dengan gembira pada Tangning.

"Long Jie, batalkan sewa untuk rumah kamu. Pindah masuk ke rumah lama saya. Serikan sedikit rumah saya itu. kamu boleh tukar kunci sekali. Jika Han Yufan bertanya, beritahu sahaja yang kamu berpindah masuk untuk menjaga saya dan ianya tidak lagi elok untuk dia mempunyai kunci itu." Tangning mencadangkan. "Esok, saya akan menandatangani kontrak baru dengan kamu."

"Okey. Baguslah untuk saya. Dengan ini saya boleh menyimpan sedikit duit." Selepas perbualan mereka, Long Jie memandang Tangning dengan senyuman misteri. "Presiden Syarikat Hiburan Hai Rui itu, macam mana dia dalam aspek itu?"

"Jangan sibuk sangat, okey?" Tangning membalas, sambil merenung Long Jie.

Selepas kembali ke rumah, Tangning mempunyai banyak masa terluang kerana Mo Ting masih lagi berada di luar. Dia menuju ke dapur dan melihat pembantu rumah memasak. Sambil melipat lengan bajunya, dia menawarkan, "Biar saya tolong!"

"Puan Besar, bagaimana mungkin kami akan susahkan kamu?" Tukang masak yang bertugas menyediakan hidangan merupakan perempuan separuh usia berumur lebih 40. Dia sukakan Tangning kerana wanita itu memberikan aura yang tenang.

"Apa kata kalau kamu berehat hari ini dan biarkan saya yang memasak untuk Mo Ting malam ini." Tangning membawa tukang masak keluar dari dapur tersebut.

Sewaktu Mo Ting tiba di rumah, hari sudah pun lewat malam. Tetapi, sebaik sahaja dia tiba di rumah, perkara pertama yang dilakukannya adalah mencari Tangning. Mo Ting menjumpai Tangning yang fokus dengan memasak, memakai apron dan berdiri di dapur berkaki ayam. Mo Ting terkejut sewaktu dia menatapnya dalam diam. Dia segera tertarik dengan kakinya yang panjang dan kurus. Dia berjalan terus kepada Tangning dan memeluknya daripada belakang lalu menciumnya lembut di telinga.

"Presiden Mo, jangan nakal-nakal. Saya sedang memasak ikan…"

Mo Ting menghulurkan tangannya dan menutup dapur. Sambil mengangkat dagu Tangning, dia terus merapati bibirnya. "Tetapi, sekarang ini saya hanya mahu makan kamu…"

Tangning meletakkan peralatan dapur di tangannya dan berpusing untuk memeluk Mo Ting sambil membalas ciumannya dengan cemerkap. Sentuhan lembut Mo Ting menawannya dan sebaik sahaja dia perasan akan tahi lalat menarik di telinganya, dia tertarik sepenuhnya.

Ciuman Mo Ting segera tetapi lembut, perlahan-lahan menuruni tubuhnya sehinggalah dia berhenti di tulang selangka Tangning. "Kalau saya terus ke bawah lagi, saya tidak boleh kawal diri saya."

"Ikan...saya perlu siap memasak ikan itu." Tangning menarik dirinya dari bibir Mo Ting dan sekali lagi menyalakan dapur untuk menyelesaikan apa yang dimulakannya. Mo Ting tergelak dan menghulurkan tangannya untuk menepuk kepala Tangning sambil mengagumi ciptaannya.

"Biar saya tolong kamu."

"Presiden Mo boleh memasak?" Tangning bertanya dan mengangkat keningnya.

"Hari ini, saya benarkan perkara ini. Tapi, mulai sekarang, jangan masuk ke dapur lagi. Saya tidak mahu kamu cedera." Mo Ting begitu melindungi Tangning, terutamanya kakinya. Malah, di dalam hatinya dia turut merancang untuk membeli insurans untuk kaki dia.

"Mengawalnya…" Tangning membuat komen, tetapi di sudut hatinya dia tahu ianya kerana Mo Ting mengambil berat.

Pasangan berkahwin itu menyediakan makan malam dengan diam. Rupa-rupanya mereka berdua tukang masak yang bagus. Tangning memasak makan kegemaran Mo Ting manakala Mo Ting memasak makanan kegemaran Tangning. Tanpa sebarang kesukaran, meja makan kemudiannya dipenuhi dengan hidangan yang memuaskan.

Dalam senada, pasangan tersebut melihat pada meja makan dengan kagum. Lagipun, menikmati kehidupan seperti ini bukan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja.

"Esok, saya mungkin perlu ke Liusen untuk penggambaran. Kemungkinan besar saya tidak dapat pulang ke rumah." Tangning memberitahu Mo Ting dengan jujur.

"Bukankah kamu akan menandatangani kontrak esok? Kamu akan bergerak terus ke sana pada tengahari?"

"Ya, pelancaran produk baru HF sangat segera." Tangning mengangguk. "Mo Ting, beri saya sedikit masa lagi. Saya pasti akan kembali ke kedudukan yang abang dapat banggakan."

"Saya tidak pernah tidak yakin pada kamu." Mo Ting meletakkan sedikit makanan dalam pinggan Tangning. Mata mereka bertemu, mereka sama-sama mengagumi satu sama lain.

Sudah tentulah, Mo Ting bersemangat menunggu Tangning perlahan-lahan mara ke hadapan dan bagaimana sengsaranya Han Yufan dan Mo Yurou nanti.

...

Selepas malam yang bergolak, kesannya mula kelihatan.

Sekembalinya dia ke rumah Han Yufan, Mo Yurou mengambil apa sahaja yang boleh dicapainya dan membaling mereka ke lantai, pecah berderai. Terutamanya apabila dia memikirkan Tangning yang akan menandatangani kontrak tersebut esok, hatinya langsung tidak boleh menerimanya. Yang paling teruk, Han Yufan sebenarnya membantu Tangning. Ini yang paling tidak boleh diterima olehnya.

Han Yufan membuka pintu dan terkejut melihat suasana di hadapannya. Dia ternampak Mo Yurou yang berdiri dengan pasu pada tangannya. Dengan segera, dia berlari ke arahnya dan memeluk Mo Yurou, "Janganlah begitu marah, ianya tidak bagus untuk bayi."

"Saya terkejut yang kamu tahu ianya buruk untuk bayi walaupun kamu hanya memerhatikan Tangning mencuri tawaran saya."

"Kita masih ada banyak peluang. Saya sudah pun berusaha untuk mendapatkan kerjasama yang lebih besar. Berhentilah beri perhatian pada Tangning. Kalau dia menjadi jurucakap pun, apa yang akan terhasil?" Han Yufan berterusan menepuk bahu Mo Yurou. "Sayang, dengar cakap saya. Jangan cederakan diri kamu."

"Walau kamu buat begini pun, saya masih tidak yakin." Mo Yurou mendongakkan kepalanya dengan mata berkaca-kaca. "Dia sudah lama bergantung pada kamu. Saya tidak akan benarkan dia dapat apa yang dia mahukan."

Realitinya, dia sudah pun mengarahkan pembantunya untuk mencetuskan kekecohan dalam kalangan peminatnya dan hasilnya sudah pun dapat dilihat. Peminatnya sudah memulakan perbincangan untuk menjatuhkan Tangning dan memakinya.

Jika dia kalah sekalipun, dia tidak akan membenarkan Tangning menang.

Yang paling penting, dia sudah mengarahkan pembantunya memuat naik jadual Tangning esok hari, memberikan peluang kepada anti-peminat untuk menyusahkan Tangning.

Tangning fikir ianya begitu mudah untuk menjadi jurucakap? Esok, dia akan menjadi peragawati yang bodoh dan memalukan nombor satu di lapangan terbang.


Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C15
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen