Ming Fangfang bagaikan seorang ratu daripada keluarga yang berprestij di Empayar manakala suaminya pula salah seorang taikun yang terkenal, jadi mereka tidak menyangka pemilik Spirit akan berkawan dengannya. Pengurus Allstar serta-merta menjadi bertambah hormat dan memandang tinggi terhadap kedai itu.
"Puan Zhao, masuklah ikut sini! Kalau saya tahu kamu nak datang, saya akan tutup semua bucu-bucu dekat tempat ni sebab takut kamu terlanggar apa-apa!"
Semua orang tahu betapa CEO Zhao manjakan isterinya!
Ning Xi yang berada di tepi terkelu. Boleh tahan juga mereka mengampu!
Ming Fangfang memegang dahinya dan berpura-pura tertekan. "Kamu nampak tak tu? Mana-mana saya pergi, semuanya macam ni! Saya kena lalui hari sama macam ni untuk tujuh bulan lagi!"
Ning Xi tersenyum mengusik. "Kasihannya kamu!"
Semasa Ning Xi katakannya, dia pasti tidak terfikir... satu hari nanti, dia pula akan jadi orang yang menerima semua perhatian itu…