"Memang salah saya!!!" Ning Xi mengambil keputusan untuk mengaku salah.
Ketika itu, semua yang ada di situ sudah tidak sanggup untuk terus menonton apa yang sedang berlaku. "Bro Xiao, jangan garang sangat dengan Cik Ning. Dia hampir terjatuh ke dalam tebing tu sebab nak selamatkan Xinyan!"
"Betul tu! Cik Ning pasti tengah takut sekarang. Kamu sepatutnya pujuk dia!" Semua orang mula memujuk Lu Tingxiao untuk membantu Ning Xi.
Riak wajah Lu Tingxiao kelihatan seperti ribut yang sedang menggila.
Hampir terjatuh dari tebing...?! Dia baru saja berjauhan dengan gadis itu selama lima minit!
Ternyata dia silap...
Dia sepatutnya tidak membiarkan gadis itu hilang dari pandangannya walau untuk lima saat!
Hanya selepas Ning Xi selamat dari bahaya barulah semua orang perasan yang sebenarnya ada satu lagi orang sedang berdiri di belakang Lu Tingxiao. Orang itu adalah Guan Ziyao.