Su Yan menyumpah dalam diam, ekspresi wajahnya muram sambil dia menumbuk pintu keretanya. Sikap Ning Xi terhadapnya dah lembut sebelum ini, jadi kenapa dia kembali jadi kejam dan tak menghiraukannya?
Hakikat yang Ning Xi sukar untuk dibaca dan perubahan anginnya yang mendadak membuatkan Su Yan terus memikirkannya; fikirannya penuh dengan Ning Xi…
…
Keesokan pagi, Ning Xi rasa curiga apabila dia nampak orang gaji sedang mengangkat barang keluar masuk di tingkat bawah. "Kenapa ni?"
"Cik Xiao Xi, ini hadiah hari lahir daripada orang ramai," jawab Butler Yuan.
"Hadiah hari lahir?"
"Ya, tak lama lagi ulang tahun kelahiran Tuan Besar."
"Patutlah…"
Orang yang terima jemputan jamuan hari lahir itu mesti golongan kelas atasan. Selain itu, orang-orang yang tak layak dijemput tapi masih nak mengampu keluarga Lu mesti akan ambil peluang itu dan hantar pelbagai jenis hadiah.